::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, May 29, 2009

utusan raja sehari

semarak kasih jalinan budi
segunung harap seikhlas hati
dengan penuh rasa syukur dan horamatnya
kami mempersilakan

*En. Mohd Khairuddin dan Pn. Ila Nursalida serta keluarga*

akhir-akhir kebelakangan ini, sering saya dapati di peti pos rumah saya, kad-kad wangi yang kebanyakan dimuali dengan ungkapan seperti di atas. kebanyakannya sekitar hujung may dan awal jun. biasalah, bila dah kad wangi (kekadang tak wangi pun ade) dan dimulai dengan ungkapan manis seperti di atas. jemputan ke walimah, perutusan raja sehari.

cek-cek kalender, rupanya ini musim cuti sekolah. patutlah ramai yang kenduri. ramai yang membina mahligai cinta bahagia. jika tidak silap saya, lebih kurang 5 jemputan yang kami diundang. tetapi maaflah, ternyata tidak semua undangan dapat kami penuhi. apa-apa pun tahniah kepada anda semua yang bakal melangsungkan hari bahgia. notation ini goes esspecially for;

the friends,

1. Fatimatul Husni Nawawi dan Mohd Hizam Azmi (31 Mei 2009 )
bertempat di pulau pinang, insyaAllah akan kami hadiri. bertolak mungkin malam nanti. dan akan transit di rumah ibu saudara saya di ipoh. sahabat ini adalah sahabat paling rapat. teman sekuliyah, teman sebilik, teman sepermainan, teman kepercayaan, dialah teman tika duka lara. saya sangat bersyukur akan dapat bersamanya di hari bahagia beliau. tidak sabar juga nak jumpa teman sepelajaran yang lain. kami gelarkan diri kami 5 sekawan. saya rindu kamu semua!muahhahhaaa. jumpa di sana!

2. Farida Pasha Mansor dan Ahmad Fikri (4 Jun 2009)
bertempat di perlis indra kayangan. eh hari khamis? ini yang susah ni fren. jadi dukacita saya mungkin tidak dapat menghadirinya. baru lepas seminggu ke penang, saya tidak rasa mr. soulmate akan temankan saya ke perlis pula. lagipun khamis hari bekerja laaa. pasha juga teman baik dan rapat. mengenalinya sewaktu saya mengambil ijazah kedua. kami bersama-sama ke kuliyah, berkongsi cerita, teman sebilik, dialah teman tika 5 sekawan semua telah meninggalkan bangku pelajaran. bersama dialah saya teruskan pengajian dengan segala mehnah dan pancaroba, segala letih dan penat menyiapkan assignment. double degree dapat saya sempurnakan bersama semangat beliau juga dorongan beliau. thanks my freind, sorry can't be with you...:((

3. Mardziah Hayati dan Nor Amin (6 Jun 2009 dan 21 Jun 2009)
bertempat di gurun, kedah. lor, jauh juga. ini teman saya juga mr.soulmate. kami kenal ketika sama-sama menjadi committee taaruf week. rakan baik kepada JR yang juga teman sepejabat mr.soulmate. kemungkinan juga tidak dapat saya hadiri. doa aje pengganti diri. tahniah mar..

4. Shaiful Nizam Razali & Norsahmilahyani (7 Jun 2009)
bertempat di kepong, berkemungkinan akan kami hadiri. beliau sahabat mr.soulmate. kalau mr.soulmate pergi, saya ikut aje.

5. Dr.Fatimah & Hakimi (30 Mei 2009)
tarikhnya jatuh sewaktu kami di jadualkan berada di ipoh. jadi, maaflah tidak dapat hadir. mempelai adalah sahabat mr.soulmate, tahniah diucapkan.

sekalung tahniah dan penghargaan buat semua, semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.

doa saya, sama seperti doa yang tertera di kad jemputan,

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalan ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berilah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Amieen.


Thursday, May 28, 2009

baik,baiklah...

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud;
"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung.
Barangsiapa yang amalannya hari ini samadengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.
Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t."

Tak baik.
Alhamdulillah, hari ini hari saya adalah lebih baik dari semalam. Tamaulah jadi golongan yang dilaknat lagi sebab semalam dan hari-hari sebelumnya, waktu pagi saya kurang bermanfaat. selepas menghantar suami pergi bekerja (sampai depan pintu), saya mula berbaringan sambil menonton hot fm selang seli dengan tazkirah pagi di tv9 dan mhi di tv3. kemudian pabila saya rasa keletihan (see, melepak pun letih), lalu saya tidur. saya bangun semula hanya untuk sarapan dan mandi kemudian menonton semula. sekalipun tiada rancangan yang agak menarik (read:tiada astro diteratak indah saya), televisyen tetap terpasang. sambil itu melayan blog rakan-rakan dan chatting dengan ym buddies. cuma petang saya agak efektif dengan kerja2 seperti, cooking, baking or cleaning the house. itu jelah...

Baik.
okey, hari ini adalah baik kerana saya tidak lagi tidur selepas menonton pagi. saya tidak lagi mandi lambat. berbaringan sebentar, (masih suka baring, whateverlah...) kemudian bersiap ala kadar, keluar rumah. menuju ke seberang jalan besar (main road) dengan berjalan kaki sambil menghirup udara segar, membeli surat khabar dan sebungkus nasi lemak berlaukkan sotong. banyaknye kenderaan di pagi hari ini, hingga menyebabkan saya merasa gerun untuk melintas jalan itu.o h, terlupa minta izin, lantas saya text suami memaklumkan keadaan saya yang telah keluar lari dari rumah mengambil angin. suami terus menghubungi dan menasihati agar berhati-hati ketika melintas jalan dan jaga-jaga tas tangan. ya, baiklah suami. sepertinya dia tahu saya sedang gerun melintasi jalan yang sangat sibuk itu.



Lebih Baik.
impaknya, menjadi lebih baik bagi saya membaca di pagi hari. surat khabar orang putih oke!(the star
namenye), sile biar saya kagum sendiri kerana saya jarang sangat baca surat khabar selain bahasa yang mudah saya fahami itu. tetapi demi latihan yang baik untuk diri, sile support saya dengan sokongan moral yang membina. ya, terima kasih atas sokongan anda. kemudiannya saya bersarapan, doing laundry, terakhirnya baru saya berbloging dan blog hoping dan bergossiping berchatting dengan rakan mengucapkan selamat pagi dan wish them good luck for the day!

waaaa... waaaa... sile jangan saiko dengan unemployed surirumah seperti saya. berada di rumah seorangan, dan buat apa yang dia suka sendirian dan ikut kepala hotak dia sesedap oren! okey, doakan saya yang lebih baik lagi untuk esok, k!

Tuesday, May 26, 2009

dhiya' attaimy setahun sudaaaa....

...tatih sebulan lagi
mana letih situ berhenti...

ungkapan permulaan seperti yang di atas sering diungkap oleh arwah nenek saya, ketika men'tatitih' anak kecil. kini, nenek sudah tiada, tetapi ungkapannya tetap kami guna sampai bila-bila. nenek meninggalkan sangat banyak kenangan buat kami. tambahan lagi bagi saya dan adik beradik, dibesarkan oleh tangan nenek. nenek yang memasak hidangan tengahari sebelum ke sekolah agama selepas selesai sekolah kebangsaan. nenek yang menjemur pakaian. neneklah yang mengurus kami sedang kami masih hingus-hingusan. ketika nenek hampir dengan hujung hayatnya, kami semua telah besar. kami mengambil alih, mandikan nenek, suapkan nenek, menjaga nenek ketika di hospital juga melayan kerenahnya yang semakin lupa dimamah usia. saat itu kelakar juga. namun, kini nenek sudah tiada. tiada lagi penghibur duka lara.

sindrom rindukan nenek lagi (ouwh,..ouwhhh). okey sebenarnya saya nak cerita pasal anak buah saya, dhiya' attaimy yang sudah pandai bertatih. sudah mencapai usia satu tahun, si kecil anak abang saya itu pada 21 mei yang lalu. jadi ahad minggu lalu, kami berkumpul sekeluarga meraikannya.

inilah dia budak baru dapat kaki. terkedek-kedek berjalan. dah panaas memula dia buka baju, last sekali dengan seluar2 dia bukak. suka menari juga budak ni. atuk dia suka melayan menari. dia nih keletahnya klakar tak boleh tahan....huhu

ini sebelum dia dapat kaki (read: berjalan sendiri). tapi dah ade ura-ura macam pandai. dah pandai pegang botol, memanjat, dan macam2 lagilah. pada usia 3 bulan, dia dah mula tumbuh gigi. ajaib betul. sekarang dah ada banyak gigi dan suke gigit bahu orang. at least pertumbuhannya mengikut milestone dia yang sepatutnya. itu tandanya si comel nih normalla macam orang lain.heh.

biasalah kalau sambut birthday mesti ade kek kan. yang kiri tu kek dhiya'. abah dia buat. kek oren kegemaran atuk dan unyang dhiya'. mak lang dan mak cik dia hias. harap kat mak ngah dan mak uteh dia, hmmm --> hampes. takde seni. tapi mak ngah (a.k.a saya) menyumbang segala peralatan hiasan. yang satu lagi plak kek adib husaini dah 8 tahun. anak buah saudara saya (read: sepupu saya punya anak). yang pakai songkok itu (gambar bawah), adalah anak-anak sepupu saya yang paling sulung. sebab dia sulung of koslah kami panggil dia along, dan isterinya mesra dengan panggilan kak long. yang bertudung hijau terlentok comel tu pun anak diorang gak.

inilah pertama kali dhiya' pegang pisau kek (heh, dah namanya pun setahun, mestilah pertama kali,isy mak ngah nie...) tengok muka dia, ala-ala cuak dan tak paham ape-ape. biasalah tue, kanak-kanak lain je akan exicted lebih. kalau zaman saya kecik-kecik dulu, bila potong kek ni semua orang kene potong. kalau tak alamatnya adelah yang merajuk nanti. huhu...tapi kanak-kanak sekarang paham dah, tak semua yang nak potong. cuma setakat nyanyi dan tepuk tangan. pastu beratur dengan piring masing-masing. uhhhh memang comels...

[dalam gambar, ibu saya (tudung biru), ibu saudara saya (tudung putih) juga kami panggil ibu dan kak long bertudung hijau bercorak abstrak]

antara juadah yang ada, karipap (kan dah kata, this is mesti ade juadah) dari kak long yang of koslah mengikut resepi arwah nenek, talam ubi, tahu sumbat, laksa dan bihun sup. owh, lupa lak trade mark saya dan suami pastinya kami menyumbang sate (sebabnya suami saya orang kajang, walaupun takde kene mengena ngan sate kajang) sebagai santapan perut semua orang. waaa kami sangat kekenyangan dengan keramaian makanan yang masuk ke perut. owh, lupa lagi, ucu pula buat roti bilis dan tau fu faaa dan air kacang soya.semuanya buatan sendiri kecuali sate yang saya beli di sate kajang hj. samuri yang di jual di taman melati.uhukks...

percubaan edit gambar menggunakan paint brush.eheh. cantik juga. ini lingkungan keluarga saya yang selalunya saya sangat fun berada bersama mereka. tengok semua makan-makanan ni buat saya craving laa.
ini along dengan anak perempuan bongsunya. comel sangat. mata bulat. takut ngan orang. asik nanges je sapa yang nak ambek...namanya auni.

okey, tadaaaa..sampai nanti kite jumpa lagi ek..!

Friday, May 22, 2009

berehatan

What are the differences between a ringgit and a friend?
A ringgit is easy to earn, a friend is hard to find
A ringgit loses its value, a friend increases its worth
I don't have a ringgit but I have you!

sedang dalam mood hooray. kerehatan. berbaringan. stay at home, me alone (during office hour), cooking, baking, sleeping, weighting (sekalipun saya kurang makan tika seorangan di rumah, namun bak kata ibu "asyik tidurrr aje..mana tak gem**ks.." hummm. best ape tidooo nape tak bole? alllaaaaa....

disebabkan itu, demi mengisi masa lapang yang ada, saya penuhi sedikit masa di rumah dengan practicing beberapa skil antaranya;

.karipap saya.
karipap agak sinonim dengan keluarga saya. untuk rekod, arwah nenek saya dahulunya berniaga di kantin sekolah dan juga gerai kecil (tak silap saya, di pekeliling). antara menu utama jualan adalah nasi lemak dan karipap. setiap malam, nenek (termasuk atuk dan abah juga adik beradik yang lain) pasti akan menyiapkan paling lebih kurang 1000 biji karipap. dan pada saya, karipap nenek memang tiada tandingan. seingat saya, "spek" karipap nenek tidak pernah saya rasa di pasaran yang seumpama dengannya. paling ketara, kulitnya sedikit nipis (tidak terlalu) dan rangup. tetapi bagi kebanyakan orang, tidak suka kulit karipap "spek" nenek saya ini. paling pasti, ahli keluarga saya pasti sangat suka. nasi lemak nenek, saya belum cuba buat. heh. mungkin nanti.

saya ingat lagi, sejak kecil saya menyaksikan nenek dan atuk menyediakan karipap. juga saya masih ingat, jari saya mengalami pendarahan yang banyak gara-gara ingin mengupas kulit kentang secara sembunyi. pakai pisau lak tu. kalau gune "peeler" taklah cedera. juga, sejak kecil saya akan mencuba kelim tepi karipap menggunakan plastecine dan tunjukkan kepada nenek. dan nenek pasti akan geleng kepala, hmmm tak jadi lagi. hinggalah saya besar, suatu ketika bersama nenek kami membuat karipap untuk hidangan keluarga, saya mencuba kelim tepi karipap, dan nenek begitu impress! ya, saya berjaya.



jadi sekarang saya sedang practicing skill dalam pembikinan karipap ini berseorangan. mengikut pakar (*pastinya ahli keluarga saya), karipap saya sudah hampir mencapai tahap sirim (*hampir berjaya, tapi masih perlukan improvement) hehe. saya akan lebih berusaha. rugi rasanya kalau saya tidak dapat menurun skill ini. bak kata lawak adik beradik saya "kang nenek bangun marah baru tahu..." heh.


.choclate chip cookies saya.
ini pula untuk kudapan saya dan suami sambil menonton. mr.soulmate itu teramat suka makan cookies ini sambil berehatan di rumah. sambil mengisi masa lapang, saya usahakanlah.


setakat ini sahaja, saya rindu nenek. rindu kawan-kawan sekuliyah. rindu ingin bersama-sama. saya rindu nak jumpa 5 sekawan. rindu semua....


updates

...biasakan yang betul
betulkan yang biasa...


ahha, saya nak update sebenarnye, tapi mengantuk plak..ehh, boleh pulak mengantuk lepas baru bangun tido? hello, ni pagi lagi tau. nak tdo? haah, nak tido...saya in the mood hooray setakat ini, jadi saya nak tido dan bangun sesuka hati...heh. suke seyhhhh!!!

kejap-kajap lagilah saya update okey!

Tuesday, May 19, 2009

separa lega

if there's something that you are dreaming of
then may it all come true because
you deserve it all

semalam 18 mei 2009, hari lahir ibu saya. boleh dikatakan mei adalah hari untuk segala hari bagi ibu saya. 12 mei setiap tahun adalah hari jururawat. ibu saya telah pun bersara dari jabatan kerajaan itu setelah sekian lama berkhidmat. tentu ibu sedih, sudah tidak bekerja lagi. tapi abah pasti gembira kerana isteri sentiasa di sisi. untuk rekod, frekuensi ibu berada di rumah berbanding abah, adalah kurang. abah lebih selalu bersama kami. tuntutan kerjaya ibu memberikannya lebih masa di luar rumah dari dalam rumah. kini, persaraan (dengan hadiah yang banyak; to name few: hand bags, watch, baju dsb) mungkin menggembirakan hati secara physical dan material, tapi secara emotional (to have social frens and collective work) mungkin menyedihkan. hati ibu, tak siapa tahu. penumpuan kini boleh dilebihkan untuk keluarga. sekalipun anak-anak sudah semuanya growing older (ish, kitorang dah tue ke, hehe...)tapi ade cucu pula sekarang ini (not from mine, my bro la...). mei juga adalah hari ibu. pasti ibu gembira di bulan mei. wish and wihes for her.


sempena hari lahir ibu semalam, saya pulang ke teratak kedua ayahbonda, sementara menunggu kepulangan mr.soulmate. menyambutnya tanpa specific event, cuma dengan keberadaan saya bersama ibu, dengan harapan ibu gembira. juga dengan sedikit pemberian kecil yang saya pasti tidak dapat membalas segala jerit perih ibu membesarkan dan mengasuh.

bercerita sedikit tentang perkembangan diri kepada orang tua. melaporkan tentang stage pembelajaran sekarang. thesis telah dihantar untuk penilaian penilai kedua. comprehensive exam (read: yang 8 subjek compress jadi 2 paper tu) rasanya seperti lulus. abah menyambut; "kenapa rasa-rasa je? tak sure ke dapat result ape?" saya membalas; "yuran belom bayar, jadi result kene block" abah lantas memberi arahan kepada adik, "masukkan duit untuk akak bayar yuran" uuu yes! terima kasih abah.


comprehensive exam saya itu cuma regard as pass and fail sahaja. alhamdulillah, saya lulus di situ. untuk thesis saya (read: directed research practicum) masih incomplete. jadi markah belum release lagi. tapi so far saya boleh bernafas separa kelegaan (read: belum sepenuhnya lega, kerana masih diperingkat penilaian lagi).

cuma sekarang, saya sedang menanti penuh debar tentang any outcoming berkenaan thesis ini. harap semuanya lancar dan tiada major changes perlu dibuat. juga, saya boleh berfoya-foya (dalam erti kata: buat apa sahaja such as membuang masa, layan blog semua orang, tengok tv, layan movie dan melepak kemalasan) lantas melepaskan segala tekanan selama ini. namun, saya hanya boleh bernafas separa kelegaan setakat ini T___T;
~**tada;sampai nanti jumpa lagi**~

Friday, May 15, 2009

salam ceria gembira

ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
selawat ke atas nabi Ya rasullullah...


untuk hari ini saya punya beberapa sebab untuk merasa sebuah (oh mungkin lebih dari sebuah) kegembiran. beberapa perkara membuatkan senyuman saya bertambah indah dari biasa...kepada perasaan yang tidak indah, pergilah menjauh ya!




1. saya sudah siapkan elemen penting untuk penulisan thesis saya. supervisor saya yang cool itu tidak banyak kerenahnya, dan terus memberi green light kepada saya untuk submit ke ofice. proceed ke penilaian kedua (read: sepatutnya harusnya mendapat penelitian beliau dahulu, baru penilai kedua. dia percaya dengan hasil saya dengan sekali imbas). syabas! tu sebab saya kata beliau cool amat. yeay!
hari isnin saya akan selesaikan semuanya. harap tiada masalah dengan penilai kedua. korang doalah untuk saya lagi ek...


2. perjalanan perpindahan suami (termasuk saya) ke tempat kerja baru di rantau orang sedikit ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. doa saya agar perancangan jadual pemergiaan lebih perlahan adalah dimakbulkan Allah. mungkin ticker kecil itu sudah boleh diabaikan.saya bersyukur di situ, Alhamdulliah.

3. sebelum keluar rumah tadi saya mendapati kad jemputan perkahwinan sahabat saya Fatimatul Husni di peti pos rumah saya. tarikhnya hujung bulan ini. saya berasa agak gembira kerana saya berkemungkinan besar akan dapat menghadiri majlis tersebut. lantas saya boleh bertemu dengan semua yang saya rindui. mereka pencipta kenangan bersama saya sewaktu menuntut ilmu tidak lama dahulu.

4. hari ini hari terakhir ibu saya bekerja setelah lebih 30 tahun berkhidmat sebagai jururawat. di Hospital Kuala Lumpur. beliau sudah (akan) berpencen dan berkemungkinan besar sepenuh masa di rumah. yeay!best. sekalipun saya tidak serumah dengan ibu yang sedang menukar jawatan kepada desperate full housewife itu, namun saya tumpang gembiralah bagi pihak adik-adik saya, dan seisi rumah seluruhnya.heh.

5. mr.soulmate akan pulang lebih awal dari biasa. selalunya asyik pulang lambat sahaja. lepas magrhib atau sesudah isyak baru sampai rumah.(huh!am i complaining? eh, taklah...) tapi betul ke dia akan sampai sebelum maghrib hari ini, seperti kebiasaan yang dulu2?

itu ajelah ciri-ciri kegembiraan saya setakat ini.
selamat bergembira di hujung minggu!

Thursday, May 14, 2009

akhirnya, rahmat dari langit turun jua!

la in syakartum la azidannakum
jika kamu bersyukur, akan aku tambahkan nikmat ku ke atas kamu~Quran

sejak petang semalam dan seawal pagi tadi hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. petang ini (sekarang) juga ianya sedang lebat teramat sangat. siap petir dan kilat lagi. suami pula belum pulang. tentunya jalan jem begini. tapi tidak mengapalah.saya bersyukur. kami semua bersyukur di atas nikmat ini ya Allah. setelah lebih dua minggu bumi di mana saya menetap ini kekeringan tanpa setitis rahmatmu dari langit. kami bersyukur.

selama waktu tanpa rahmat dari langit, saya dan suami tidak beradu di kamar indah di teratak kami. lebih selesa tidur di ruang tamu hadapan. kerna di situ lebih mendamaikan dan melenakan tidur tanpa bermandi peluh (read: kerana tidur di bawah kipas automatik dan kerana tiada pendingin hawa di kamar itu lantas kepanasan). kini kami kembali dengan rutin biasa di kamar peraduan. heh. dan kulit saya tidak lagi kerengsaan disebabkan peluh di siang hari. yeay!



Ya allah, kami bersyukur di atas nikmat yang tidak terhingga ini...
wahai rahmat dari langit, janganlah turun banyak sangat, nanti banjir pula T__T (susah juga)



Tuesday, May 12, 2009

life is grand!

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmatmu melangit luas

Entri kali ini adalah demi menyambut award yg diberi oleh sahabat saya, bie. Ini awardnye;


L.I.F.E I.S G.R.A.N.D
comes with these rules;

* Give five reasons why you think life is grand
* Pass it on to 5 more blogs


Sepertinya juga bie, my life is not only grand, it is SUPER GRAND.

tetapi sebelum itu, sepenuh pengahargaan dan rasa kesyukuran saya panjatkan kehadrat ilahi. Kerana dengan nikmat dan inayahnya saya mampu mengecapi nikmat hidup yang tidak terhingga ini. sekalipun dosa saya setinggi gunung, namun rahmat dan kasih sayang Allah yang saya kecapi sebesar luasnya angit. Alhamdulillah... dalam banyak-banyak perkara yang menyebabkan hidup saya sangat grand, 5 perkara saya sisipkan di sini


1. Allah anugerahkan saya seorang lelaki yang sangat adorable demi meyempurnakan agama saya. saya bersyukur punyai seorang insan sebagai teman hidup yang mencintai dan meyayangi saya tanpa sempadan batasan. dengannya saya boleh berkongsi apa sahaja tanpa risau akan sebarang judgement. tanpa ragu akan sebarang prasangka. jujur memberi sebarang pandangan, very supportive dalam apa jua keadaan. saya bersyukur masih belum dikurniakan cahaya mata, kerana hingga masa itu akan sampai nanti saya sempat menjalani kehidupan berdua dengan suami saya. saya mampu melayannya dengan sepenuh perhatian, saya mampu memenuhi keperluannya sepenuh daya saya demi menentukan syurga adalah milik saya di bawah keredhaannya.



2. Allah juga kurniakan saya keluarga yang sangat mendamaikan. detik indah berada bersama lingkungan ibu bapa dan adik beradik tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. saya punyai abah yang sangat tegas tapi penyayang. saya punyai ibu yang sangat lembut lantas mendamaikan. buat ibu, ucapan
selamat hari ibu. you are such a very wonderful mother...


tanpa ibu saya tidak mampu mengecapi nikmat hidup yang grand ini. saya punyai abang yang caring dan responsible. saya punyai adik2 perempuan yang semesra kawan-kawan saya. saya punyai adik lelaki yang manja dan menghiburkan. life is super grand bersama mereka. saya belajar menangis dan ketawa semuanya bermula dengan mereka.


3. Allah juga kurniakan saya dengan sahabat-sahabat yang tidak pernah lupakan diri saya. sentiasa bersama bersedia mendengar dan menemani saya di masa saya menghadapi saat getir. kawan-kawan saya sekalipun kini jauh dari mata dan mempunyai kesibukan hidup masing-masing, namun saya percaya mereka tidak pernah lupa segala memori yang pernah kami bina bersama suatu tika dahulu.


4. Allah kurniakan saya peluang dan ruang untuk menuntut ilmu hingga ke peringkat ini. saya dalam usaha meyempurnakan ijazah ketiga dalam kamus kehidupan saya. saya bersyukur dapat belajar di pusat pengajian terunggul di negara saya. saya bersyukur dapat peluang menuntut ilmu lantas menaikkan darjat saya setaraf dengan ilmuan-ilmuan lain sekalipun saya tidak sehebat mereka.

5. Allah yang maha hebaat juga menjadikan hidup saya lebih bermakna apabila Dia menentukan saya mampu menjalani rutin hidup yang penuh pancaroba ini. Allah berikan saya kekuatan, semangat, dan jalan terbaik untuk saya hadapi segala mehnah dan tribulasi kehidupan. Saya sangat bersyukur.


Saya doa begini;
Ya tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesilapan
Ya tuhan kami janganlah engkau bebani kami dengan bebanan yang berat

Ya tuhan kami janagnlah engkau pikulkan kepada kami dengan apa yang tidak sanggup kami memikulnya

Maafkanlah kami, ampuni kami dan rahmatilah kami...

award ini ingin saya panjangkan kepada;
* Jah
* Fatanah
* Hanan
* K.ummi -jah
* Mardeque
dan semualah,
saya nak tahu cerita kehidupan anda yang grand itu~

Friday, May 8, 2009

orange festival

innal mubazzirina kanuu ikhwanus syayathiin

i got this from mail fowarded by mr.soulmate. stated as an "orange festival in Netherlands". peps! enjoy the piccas k!










looking at these piccas i remembered my luvly abah during my late primary school. ceritanya begini, satu hari di dalam kelas pendidikan seni guru kelas saya meminta semua pelajar membawa kacang hijau dan beras pada minggu hadapan untuk latihan kolaj. sesampainya di rumah, saya memberitahu abah permintaan cikgu. lantas, abah dengan tegas menjawab, nak buat ape? saya balas, nak buat latihan pendidikan seni, kolaj. akan tetapi abah membalas dengan lebih tegas (tetapi lembut), tidak boleh. abah menyambung lagi, orang lain ramai takde beras nak makan, tapi cikgu kamu mudahnye nak membazir makanan....kerana beras dan kacang itu adalah makanan. jadi tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. kalau cikgu tanya, cakap abah tak bagi.

dan seperti yang dijangka, semua rakan kelas membawa bahan yang diperlukan ke sekolah kecuali saya. cikgu berkata siapa tak bawa bahan berdiri. saya dengan bangganya berdiri dan saya lihat ade lagi dua orang rakan juga berdiri. huh! ada juga teman. cikgu bertanya saya kenapa tak bawa, dan saya menjawab, abah kata beras adalah makanan, tak boleh dibuat lukisan. cikgu pula membalas, beras dan kacang bukan sahaja boleh dimakan tetapi boleh juga dibuat benda lain.seni. saya cuma tunduk dan angguk.

setelah menginjak dewasa dan menyambung pembelajaran ke peringkat tinggi, pensyarah pula mengajar, membazir itu rakan syaitan. barangkali dahulu abah tak nak saya tergolong dalam golongan makhluk yang terlaknat itu. juga, saya semakin sedar betapa ramai rakyat di negara miskin mati kebuluran kerana kekurangan makanan. saya bersyukur saya masih lagi dapat makan hingga hari ini. tapi, kenapa orang Netherlands tak terfikir semua ini? mungkinkah mereka sependapat dengan guru lukisan saya tidak lama dahulu?

selamat hari Jumaat semua!




Tuesday, May 5, 2009

Evening Primrose Oil

ku gembira sentiasa badan ku sihat dan kuat
biar panas atau sejuk ku bermain penuh minat


family relatives and close freinds know well about my menstrual cycles. i am the type that have irregular cycles. hinggakan when its comes, they will congratulate me and be happy for me. sampai camtu sekalik kan...sometimes i do worry on it, sometimes it is okey for me. sampaikan abang saya yang sangat prihatin itu, bekalkan some capsul (from dunia herbs) to be consume. dia agak kerisauan kerana saya masih tiada "apa-apa" sedangkan kakak ipar saya sedang mengandungkan cahayamata mereka yang kedua. abang saya itu, kadangkala memang cute!ngeee:)

recently, i've try consuming this Evening Primrose Oils (EPO) and it works best for me. jom kita review sikit apa benda alah ini is all about.



[courtesy gambar; Google image yg bijak!]

1) Evening primrose is a plant native to North America, but it grows in Europe and parts of the Southern Hemisphere as well. It has yellow flowers that bloom in the evening.
dari bunga ini pati minyaknya diekstrak dan dijadikan kapsul. jelly-like capsule

2) pati minyaknya mengandungi gamma-linolenic acid (GLA), iaitu sejenis essential fatty acid.
Essential fatty acids ini diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan badan, dan selalunya diperolehi dari diet pemakanan.


3) EPO has been used since the 1930s for eczema (a condition in which the skin becomes inflamed, itchy, or scaly because of allergies or other irritation).
- my notes: saya ini dan beberapa adik beradik yang lain memang mengalami eczema allergies. kulit saya akan kegatalan bila kepanasan, kegatalan dipelipat kaki dan tangan, juga sometimes allergies to sabun, ataupun sometimes allergies to some seafood and even chicken. kenapa saya kata sometimes, ya ianya memang berlaku kadangkala. bukan selalu dan biasanya tidak dijangka. kekadang ok kekadang tidak. my doc said, you have to see by ears-

4) EPO is used for conditions affecting women's health, such as breast pain associated with the menstrual cycle, menopausal symptoms, and premenstrual syndrome
-my notes: it works best for my irregular menses cycles. my dear friend and pn.Marliza also reported that it work best to relieve their period pain-

5)
EPO is well tolerated by most people. Mild side effects include gastrointestinal upset and headache.
-my notes: saya ini memang menghidap gestric tegar (sejak kecil). jadi EPO memberi side effect kepada saya. alternatively, i consume the capsule while having meal, not after or before. pertama kali consume, saya menghidap sakit kepala tetapi tidak untuk pengambilan kali kedua dan seterusnya. jadi jangan risau! itu cuma side effect yang biasa-


[courtesy gambar; Google image yg bijak!]

tidak kisah brand ape, saya kira semua EPO contain GLA yg diperlukan untuk badan itu. tetapi di ruangan forum (yang telah saya baca) mencadangkan beberapa jenama yang terbaik. mungkin kawan-kawan yang juga mengambilnya boleh mencadangkan jewnama tersebut. ia didatangkan dengan kapsul 500mg atau 1000mg. untuk yang baru ingin mengambilnya, cukup dengan kapsul 500mg dahulu. untuk pengambilan seterusnya baru comsume yang lebih tinggi. dosage kalau tidak silap saya 1000mg sahaja untuk satu hari.

EPO baik untuk kesaihatan wanita secara total. juga wajar diambil sebagai supplement yang berguna.

ps: sakit perut yang saya rekodkan dalam entri tempohari adalah kerana ketidakselesaan perut saya menjalani rutin bulanan wanita (setelah sekian lama it wasn't)!


Monday, May 4, 2009

i'am back

lucky to becoming home again!




saya sudah pulang semula ke teratak nan indah. harus settlekan hal-hal berkaitan laundry dan all cleaning. kene lebih tumpukan perhatian penuh untuk thesis writing (sekalipun saya sedang malas!). saya sedang berperang dengan kesakitan di perut. will update soon...ok!