::.Da' Sweet Friend Follows.::

Showing posts with label kek batik. Show all posts
Showing posts with label kek batik. Show all posts

Thursday, December 29, 2011

kek batik

membaca menyihatkan minda
sebagaimana senaman menyihatkan tubuh badan
Richard Steel

saya mungkin akan berjauhan dengan blog, laptop, internet dan sama makna yang lain dengannya untuk lebih kurang beberapa minggu. untuk itu, selamat menamatkan tahun 2011, welcome 2012. saya tinggalkan tahun 2011 ini dengan sebuah entri resepi kegemaran ramai.



kali ini adalah dengan versi yang lebih sempurna. ada sukatan dan ada cara langkah membuatnya dengan lebih teratur. resepi ini saya adaptasi dari blog ibu muda dari sabah di DAPUR LANGIT BIRU dan kesedapannya dijamin. sungguh memang tak tipu. tapi dengan syarat kene buat betul-betul macam yang diarahkan dalam resepi. mesti jadi. mesti. eh, lupa lak, InsyaAllah jadi.

saya adaptasi dari link ini. di sana ditunjukkan bagaimana mahu mendapatkan struktur kek batik yang menjadi. insyaAllah, kalau sudi mencuba hasilnya memang tidak mengecewakan. mari kita lihat senarai penuh bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya. saya cuma buat setengah dari adunan asal.


bahan-bahan yang diperlukan;

3 biji telur
125 gm mentega
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
3/4 cawan milo
3/4 cawan nestum
2 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan susu pekat

biskut marie secukupnya
bahan hiasan seperti coklat manik urai dan sebagainya


cara membuatnya;

STEP 1
1. pukul mentega dengan gula hingga kembang
2. kemudian masukkan telur satu persatu
3. masukkan susu pekat dan diikuti dengan serbuk milo dan serbuk koko
4. akhir sekali masukkan tepung dan mesrakan semua bahan hingga sebati.

STEP 2
masukkan adunan tadi ke dalam kuali. masak dengan api sederhana hingga kental. sila rujuk gambar dari sumber asal untuk kepastian.

STEP 3
alaskan loyang 6x6 inci dengan kertas aluminium foil atau plastik cling flim.
masukkan sedikit bancuhan coklat sebagai base. kemudian lapiskan dengan biskut marie. kemudian lapiskan dengan coklat semula. ratakan dan tekan sedikt supaya padat. ulang langkah yang sama sehingga coklat habis. lapisan atas diakhiri dengan coklat. hiaskan bahagian atas dengan manik urai atau biskut marie yang dikisar halus atau apa sahaja mengikut kreativiti. *susun lapisan biskut seperti menyusun bata untuk mendapatkan hasil yang cantik*

STEP 4
simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam atau sehingga adunan cukup mengeras. untuk mengeluarkan kek, angkat tepi kiri dan kanan foil dan letakkan di atas pinggan. potong dengan pisau tajam dan hidangkan.

phew, baca macam susah, tapi bila buat, tak susah mana pun. nak makan adalah yang paling senang. *sila percaya*


selamat mencuba!

Thursday, April 9, 2009

exam period

learning is a journey not a destiny

saya selesai satu peperiksaan hari ini. tinggal lagi comprehensive exam yang melayakkan saya graduate semester ini. sebanyak 8 paper lagi. 4 paper in one go. jadi dua harilah untuk 8 paper. semua paper ni actually has been taken in the previous semesters since I started the course 'once upon a time' lama dahulu.heh.

lihatlah kecemerlangan saya dalam menghadapi banyak paper untuk peperiksaan ini. semalam, sambil mengulangkaji untuk pepriksaan hari ini, saya sempat mereview skill memasak saya. ntah apa gile saya ni. saya sempat buat tiga jenis desert dalam satu hari. cemerlang lah sangat...ngeee. pagi bangun dari tidur selepas hantar mr.soulmate (depan pintu) pergi berkerja, saya siapkan kek batik. petangnya pula saya sempurnakan bubur sum2 (resepi dari kak liza) dan review semula kuih seri muka. heh. tapi semuanya mudah sahaja.

untuk kek batik itu resepinya cuma milo (dilarutkan dgn sedikit air) dimasakkan dengan mentega yang dicairkan, susu pekat untuk rasa manis, dan campuran badam kisar. masak sehingga pekat. kemudian ratakan selang seli dengan biskut marrie. sejuk bekukan dan boleh dinikmati.



untuk resepi bubur sum-sum dari kak liza, setengah cawan tepung beras dilarutkan dengan satu setengah cawan santan dan sedikit pewarna hijau. masak hingga pekat. sejukkan dan makan dengan air gula. mudah kan...ada yang buat warna putih, jadi eliminate lah pewarna hijau itu. saya suka yang berwarna hijau.

[courtesy gambar dari carian google]
yang saya buat tak sempat diketik fotonya sedang entri ini di tulis.

ok, ini pula review kuih seri muka. kenapa saya kata review? sebab sebelum ini saya telah kongsikan resepinya di sini. cuma review ni adalah apabila saya buat menggunakan bahan sedia ada di rumah (santan segera dan pewarna hijau serta perasa panadan) dan untuk kuantiti sedikit mengikut jumlah isi rumah (2 orang). lagi pula review ini bermakna ringkasan dari resepi penuh yang asal. kerana kawan saya (aqilah) kata, resepi itu agak complicated. okeh meh saya senangkannya.

mula-mula, masak pulut dulu dengan santan. kiraannya, jumlah santan sama dengan jumlah pulut. untuk kali ini saya buat, 1 cawan pulut yang telah (kembang) dengan satu cawan santan. masak selama 15-20 minit.

untuk yang hijau atas pula, konsepnya, kalau pulut dan santan (yang tadi) adalah satu cawan, jadi yang atas hijau juga harusnya mendapat satu cawan untuk kombinasi tepung dan gula. jadi setengah cawan tepung gandum (campur sedikit tepung jagung) dan setengah cawan gula. dibancuh dengan secawan air. setitik pewarna hijau 2 titik perasa pandan.

setelah pulut masak, padatkan pulut, kukus semula sebentar, dan tuangkan bancuhan hijau tadi. masak lagi lebih kurang 15-20 minit. selesai. mudah kan?


hehe..inilah syndrom yang melanda dikala menjelangnya peperiksaan. syndrom tiba-tiba rajin. ramai sahabat saya mengakuinya. contohnya rakan yang telah saya anggap sebagai saudara ::amyyna, uncle amir daughter:: juga saifuddin (rakan tfrm) yang tetiba teringat nak basuh baju di kala sedang menjawab peperiksaan. dan saya pasti ramai lagi rakan mengalami syndrom yang sama kan. eheh, udahlah, saya mahu sambung mengulangkaji..tadaaa~~