la in syakartum la azidannakum
jika kamu bersyukur, akan aku tambahkan nikmat ku ke atas kamu~Quran
sejak petang semalam dan seawal pagi tadi hujan turun mencurah-curah membasahi bumi. petang ini (sekarang) juga ianya sedang lebat teramat sangat. siap petir dan kilat lagi. suami pula belum pulang. tentunya jalan jem begini. tapi tidak mengapalah.saya bersyukur. kami semua bersyukur di atas nikmat ini ya Allah. setelah lebih dua minggu bumi di mana saya menetap ini kekeringan tanpa setitis rahmatmu dari langit. kami bersyukur.
selama waktu tanpa rahmat dari langit, saya dan suami tidak beradu di kamar indah di teratak kami. lebih selesa tidur di ruang tamu hadapan. kerna di situ lebih mendamaikan dan melenakan tidur tanpa bermandi peluh (read: kerana tidur di bawah kipas automatik dan kerana tiada pendingin hawa di kamar itu lantas kepanasan). kini kami kembali dengan rutin biasa di kamar peraduan. heh. dan kulit saya tidak lagi kerengsaan disebabkan peluh di siang hari. yeay!

Ya allah, kami bersyukur di atas nikmat yang tidak terhingga ini...
wahai rahmat dari langit, janganlah turun banyak sangat, nanti banjir pula T__T (susah juga)

No comments:
Post a Comment