::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, December 31, 2010

new year


WELCOME 2011

doakan terbaik untuk setiap detik yang mendatang!
hope more glory in the future, yeah....


Wednesday, December 29, 2010

GO GO!


SKUAD HARIMAU MALAYA!


picture inspired by: ian

selamat berjaya untuk perlawanan malam ini. pihak lawan tuh saja ja nak pscho kita dengan isu laser lah dan macam-macam isu lagi. rilek aaa, kitorang kalah 5-1 dulu pun tak kecoh pun macam lu orang. lu orang apa hal? biasalah, kalau orang berpelajaran tinggi memang tak buat benda-benda budak sekolah rendah nih. kalah nanges...!uwaaa..uwaaa...pastu tak puas hati pijak bendera negara orang. ape kes lu? dah, orang kite pon kalau kalah tak yah jadik macam diorang. wat maluuu jer...

GOOD LUCK GUYS!
dari kami yang jauh, mendoakan kejayaan buat MALAYSIA sekali lagi dalam AFF Piala Suzuki 2010 malam ini...


Monday, December 27, 2010

jangan baca kalau anda sedang sibuk

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
~Suhaimi Meor Hassan~



(1) saya sedang kesejukan, jemari kaki dan tangan jadi beku hence saya rasa malas nak updates. cuma rajin bloghoping sahaja. maaf pada yang datang selalu untuk entri baru.

(2) saya sedang lapar tapi gusi saya bengkak pula, hence saya banyak minum sahaja untuk kenyang. bila dah lapar sangat saya makan dan kunyah dengan sebelah geraham sahaja. it's kurang selera.

(3) saya sedang batuk suara juga serak macam penyanyi rock, hence saya batalkan niat telefon bonda nanti dia risau pula.

(4) saya ada blog, tempat updates perkembangan hidup. disebabkan ada yang tak baca hence mereka kata saya sudah lama membisu. sigh...

(5) saya suka tanya untuk ambil tahu. tapi sebelum saya bagitahu sebab saya bertanya dia sudah jadi sangat emosi hence memberhentikan komunikasi secara paling tidak sopan. dia menjadi sungguh tidak matang kerana cinta. saya harap dia dapat berubah segera. haish...

dengan sebab paling atas, saya berhenti menulis di sini. ahah.

disclaimer: tajuk di atas sudah beritahu, kalau anda rasa its wasting ur time reading this crap, it is not my fault.

Friday, December 17, 2010

condition and uncondition love

bila rasa itu ada dalam dada,
sesaknya tiada siapa yang boleh menduga

sampai sekarang saya masih tertanya-tanya, sampai bila saya harus punya emosi sebegini. entahlah, agaknya beremosi (read: emotional) nih dah jadi traits kot. penat sebenarnya nak berlawan dengan emosi yang selalunya sangat susah untuk jadi positif. sementara nak memikir yang positif saat negatif state itu datang, seram sejuk dibuatnya. jantung pulak semakin laju. saya ini seorang yang pelik kah? ada sesiapa boleh bantu?

otak atau hati nih selalu pikir yang bukan-bukan. sering terjadi degup jantung saya bertambah kencang saat saya merasakan diri ini terpinggir dari sekumpulan orang. sedangkan, itu hanya semata-mata perasaan yang merasa dipinggir. tambah pulak bila dah berjauhan dengan what so called uncondition- love-and-care people (i'm refering to: ibuabah, adikberadik serta keluarga), so kadang-kadang macam mengejar pulak favour orang sekeliling what so called conditionally-love-and-care people yang sebenarnya kita tidak tahu bagaimana hati budi mereka. sedangkan sebenarnya, saya tak perlu berdebar sampai begitu sekali bila merasa dipinggiran dengan orang kebanyakan yang entah siapa-siapa. ada dan tiadanya mereka sepatutnya tidak memberi kesan kepada saya.

itulah, sepatutnya tiada kesan. tapi kenapa memberi kesan pula kepada saya? mungkin juga, secara sejarahnya saya banyak membesar bersama conditional-love-and-care-people such as kawan-kawan dan sahabat handai. kebanyakan perjalanan dan perkembangan hidup saya terhasil daripada kehidupan berasrama. jauh dari keluarga yang kaya dengan unconditional-love-and-care itu. jadi pada zaman itu, untuk memastikan keberlangsungan hidup saya adalah dengan gembira dan menyenangkan hati, saya harus memastikan keadaan persekitaran saya adalah mesra orang sekeliling. jika tidak hati saya akan berdebar-bedar.

kini setelah sekian lama kehidupan asrama ditinggalkan, tetapi cara kehidupan itu seolah-olah tidak meninggalkan saya. sekarang saya sudah ada uncondition-love-and-care-person (refer to: en.suami) yang dekat di sisi. jadi kenapa saya masih harus ada rasa berdebar dengan orang sekeliling. sepatutnya hati saya tidak merasa apa-apa kalau ada orang tidak tanya pendapat saya untuk sesuatu. saya patutnya tidak rasa apa-apa kalau ada yang tidak memerlukan penglibatan saya sedang saya secara pemurahnya ingin terlibat sama. saya sepatutnya tidak berasa apa-apa jika tidak mendapat undangan dan jemputan orang sekeliling. tapi kenapa saya ada perasaan? senang cerita kenapa saya merasa hati jadi kecil ya? saya tidak mahu rasa itu. kerana ada atau tiadanya orang sekeliling itu sedikit pun tidak menjejaskan perjalanan kehidupan saya.

nota kaki 1: fenin fenin ana fenin..uhuh...
nota kaki 2: sudah mula sejuk, sudah mula ribut pasir dengan kerap...uhuks

Wednesday, December 15, 2010

sekaya manis

this is a quick updates,
lets share a recipe

SEKAYA MANIS



INGREDIENTS,
BAHAN-BAHANNYA,

2 cups fine sugar
2 cawan gula pasir

1/2 (half) cup plain water
setengah cawan air
2 cups coconut milk (thick)
2 cawan santan pekat
5 egg yolks
5 biji kuning telur
2 table spoon custard flour (mix with some water)
2 sudu besar tepung kastad (dibancuh dengan air)
1 pandan leave
1 helai daun pandan

HOW TO MAKE IT;
CARA MEMBUATNYA;

1. put sugar in a pot on top of the stove with medium heat. cook till melted and add water bit by bit resulting a caramel sugar
masukan gula ke dalam periuk dan di letakkan atas dapur dengan api sedrhana.masak gula hingga mencair dan sambil itu masukkan air sedikit sedikit. ianya akan menghasilkan gula hangus

2. then, put coconut milk and stir till it combined well with the caramel
kemudian, masukkan santan pekat dan kacau sehingga menjadi sebati dengan gula tadi

3. let it cool for a while

biarkan betul-betul sejuk sebentar

4. then, put egg yolk, custard mix and pandan leave.
masukkan kuning telur, bancuhan tepung kastad dan daun pandan

5. simmer in a medium heat till it boiled
masak atas api sederhana hingga mendidih

6. off the fire and put aside. it will be thicken automatically after cooling process.
alihkan dari api dan biarkan sejuk. sekaya akan menjadi pekat dengan sedirinya





sekian,
taaada...!


Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah

action speaks louder than word

semalam, saya berbual santai dengan seorang rakan. dalam bual, saya ada sebut, suami saya itu majikan saya. dia (kawan) macam terkesima. jadi saya explain semula kepada dia, literally he is my boss, technically he is my husband.

yelah, bila ade bos atau majikan, harus ade yang menurut atau buat kerja. saya yang menurut perintah (orang gomen mesti selalu baca ayat nih). later you'll be paid ujung bulan. walaupun i'm not being paid monthly, but i'm being paid daily or being paid every second. in my case, being paid tak semestinya ko dapat duit berkepuk setiap hari dan dapat bonus bagai. my situation of being paid is getting what i want and what i need conditionally. to list it down are so many. dapat makan cukup (sampai dah terlebih berat), dapat pakai cukup, dapat rehat cukup (sampai dah terlampau bosan berehat), dapat cukup kasih sayang. that's consider being paid of what i've done. mengorbankan rasa hati ingin dekat bersama keluarga dan kawan-kawan selalu, mencipta rindu setiap saat, belajar hidup jauh dari zon selesa yang sudah sebati dengan diri, adalah satu tugas besar yang harus saya jalani. walaupun pahit, ku tempuh jua dan alhamdulillah, i am worthly and nicely paid. syukur.

selepas itu kawan tadi seakan impress pulak dengan saya. dia suka the way i'm thinking. being loyal to a husband as being loyal to the boss. accept the truth that aku hidup kat sini semata-mata sebab bos (suami) aku, dan aku terima kehidupan kat sini seadanya walaupun banyak kos lepas yang aku terlepas. in my defence, cakap memang senang tapi untuk melalui mehnah dan tribulasinya bukan senang. dengan sikap keras kepala dan degil, kadang-kadang things were being beyond control.

bila rasa upset dan down, menangis-nangis mintak balik. sudah sangat emosi, terus nak lepaskan diri. rasa macam balik ke tanah laman boleh selesaikan masalah. pastu bila upset dengan orang lain, terefek sama upset dengan dengan orang lain pulak. biasanya en suamilah kene. kebetulan pulak baru lepas baca tulisan sahabat ini yang ada kene mengena dengan situasi hari ini. dia kata break the Chain of Anger supaya tiada sesiapa terkesan dari anger tersebut. tapi, cakap memang senang, nak buatnya ingat senang? let us see, who is louder, the action or the word? tapi kita cubalah, break the chain by stopping or eliminating the anger. TRY to make changes.

nabi ajar begini;
"apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


dan begini juga;
"sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

juga begini;
apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam "Nabi saw mengucapkannya 3 kali”
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)


[salam maal hijrah, together we make change...]



Wednesday, December 1, 2010

welcome december, welcome winter

kerana nila setitik
rosak susu sebelanga

sudah masuk disember 2010. bermakna kita sudah berada dipenghujung tahun. wow! how fast time flies. sekarang seperti kebiasaanya, di sini adalah sedang sejuk. tapi tidak sesejuk negara orang putih. sejuk tuh sejuk jua tahap kene pakai stokin dalam rumah macam orang lepas pantang, tapi belum sampai tahap tak isap rokok pon keluar asap berkepul-kepul dari mulut. belum sampai tahap tuh lagi.

terima kasih Allah kasi sejuk yang belum tahap beku. itupun dah rasa kurang selesa. yelah, kalau setakat nak baring-baring sikit kat sofa pun kene pakai selimut macam orang demam. nak pakai sleeveless shirt dalam rumah pon takde harapan lagi. bye-bye sleeveless shirt and bye-bye shorts. cukuplah sejuk yang setakat ini. tak kisahlah takde snow pun turun jadi tak dapat main snow. cukuplah sejuk setakat ini yang kalau nak mandi pun asik berkira-kira rasa cam tak nak je mandi. basuh pinggan tuh kalau boleh rasa macam nak delay je. bukan kalau boleh, memang boleh pun main delay-delay. lepas basuh pinggan atau setakat basuh tangan adalah dilarang touch each other sebab tangan sejuk macam ais.huh!

[Oud:- biasanya kegemaran si Saud]

dah setahun duduk sini, sikit-sikit dah faham dah perangai Saudi nih. tak yah nak tunggu mengumpat dengan jiran tetangga untuk tahu perangai diorang nih, cukup sekadar tengok aksi diorang di jalanan, memandu kenderaan dah tahu dah diorang nih ummat yang macamana. tiba-tiba hari nih baca news ade pulak cerita pasal perangai Saudis nih. so, sapa-sapa yang baru nak berkenalan dengan encik Saud nih, boleh dapat sikit-sikit view pasal diorang.

Saudis do not know how to deal with people gently. They abuse their wives, daughters and sisters. Abusing maids and workers is part of their nature


petikan nih saya ambil dari sini. bukannya saya saje-saje nak kutuk diorang tau. tapi dah itu yang dilaporkan oleh akhbar tempatan kat sini. ini adalah berikutan kes pembantu rumah Indonesia yang keje kat sini buat laporan pasal kene dera dengan majikan. itupun adalah salah satu kes dari berpuluh kes yang tidak pernah dilaporkan. kat Malaysia pon ade jugak laporan pasal penderaan pembantu rumah nih kan. tapi rasanya takde plak Malaysian kene kutuk personally as abuser, ade tak? takde rasanya, tapi kalau ade please give me information.

tapi secara general kita tak leh lah nak pukul rata Saudis nih semuanya teruk. kalau nak yang baik, ada jugak bukannya takde. tapi tulah orang melayu kata, sebab nila setitik, rosak susu sebelanga kan. dalam kenyataan akhbar tuh jugak ade menyebut,

we should not generalize that all Saudis are abusing expatriate workers. Unfortunately, Saudis misunderstand their workers’ rights. They treat workers like robots. Such poor treatment is not a result of a wild Saudi nature, but a result of their lack of knowledge of how to treat workers.

at last, their experts cuma salahkan lack of knowledge. tapi bukan ke berbuat baik sesama manusia tuh is common sense. takkan nak kene ade specific knowledge to inform you that kene berbuat baik sesama manusia? tulah abah selalu kata, sometimes common sense is not that common. tapi saya selalu argue dengan abah sebab pada saya sense setiap orang tak sama. tu sebab ahli psikologi sifatkan manusia ini sebagai unik. jadi uniknya Saudis ialah mereka adalah kasar dan tidak menghormati pekerja secara semulajadi.hahah.