::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, September 24, 2009

salam aidilfitri 1430

salam aidilfitri
minnal aidil wal faiizin



have a great blessing
have a nice happy hari raya!

ps: will update later,
this is a short break entry while visiting during hari raya at my mummy palace



Monday, September 14, 2009

.c.i.n.t.a.

kebaikannya disyukuri
kekurangannya diredhai

saya ingin berbicara mengenai cinta. mungkin ianya agak kejiwangan, namun percayalah saya tidak akan membawa anda ke alam yang penuh fantasi, malah ianya realiti semata-mata. ingat lagi, pernah saya kongsikan bahawa saya ada miliki tiga buku koleksi terbaik dari blogger islamic terkenal, Ustaz Hasrizal? dikesempatan kali ini ingin saya kongsikan beberapa intipati menarik yang saya adaptasi dari buku beliau melalui membacaan saya dan kongsikan dengan anda semua.


AKU TERIMA NIKAHNYA, dengan tagline

pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan sms?


(1) dalam membina rumahtangga dan mencari pasangan, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna.
kesempurnaan tidak ada pada manusia. setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya. mencari yang paling sempurna pasti tidak akan diketemui sampai bila2. kita ini manusia, pasangan kita juga manusia. jika kesempurnaan yang kita cari, maka kekuranganlah yang menjadi fokus. apabila kita terlalu fokuskan kekurangan, maka perbalahanlah yang sering berlaku tambah pula dengan rasa tidak puas hati yang sangat menebal dan jauh dari rasa bahagia.


(2) kebahagiaan rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. penentunya ialah kualiti.
walaupun tinggal sebumbung tapi hakikatnya tidak bersama. ianya berlaku apabila seisi rumah hanya membuat aktiviti masing-masing. nafsi-nafsi. ketika berada di rumah, waktu yang ada tidak dihabiskan dengan diluangkan bersama-sama. susahkah jika waktu makan seluruh isi keluarga berada bersama di meja makan? susahkah sewaktu masuknya waktu maghrib semua telah berada di rumah dan bersedia di atas sejadah untuk berjemaah bersama? susahkah jika isteri memasak suami menghidang makanan? isteri menyapu suami mengelap? jadi keberadaan seluruh isi rumah dapat dirasai bersama. seperti nabi Ismail sering ditinggalkan bapanya nabi Ibrahim, namun nabi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. mereka bertemu kerana Allah, berpisah jua kerana-Nya. isteri yang sering mmenghalang suamiya keluar berjuang akan memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. namun perginya suami atas dorongan isteri ialah pemergian yang dibayangi kepulangan.

(3) kita selalu tidak rasioanal dan realistik semasa kita romantik
lumrah alam, mula-mula kita suka dan sayang apabila sudah lama, perasaan tersebut semakin berkurang dan pudar. sudah menjadi kebiasaan pada awal perhubungan atau awal alam rumahtangga, semuanya dirasakan bagai manis belaka dan indah semuanya. masuk tahun berikutnya, perasaan itu seakan pudar dan hilang sedikit demi sedikit. tiada lagi ungkapan sayang setiap hari, tiada lagi belaian cinta setiap masa. mudah terjadi, suami mula pandai marahkan isteri. isteri pula menjadi tertekan dengan warna sebenar suaminya. namun begitu, atas dasar tanggungjawab kepada isteri mahupun anak-anak, bahtera rumahtangga itu dilayari jua. diharungi bersama walau dengan sedikit badai melanda. ianya adalah proses biasa sebenarnya. dengan rasa tanggungjawab itu lantas hubungan suami isteri selamat dan terus memanjat usia matang untuk tahun berikutnya. hubungan itu selamat kerana ianya berlaku dengan ikatan sah perkahwinan bersaksikan Tuhan berlandaskan syariat. perkahwinan itu sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. pada hari air pasang, cinta memainkan peranan. pada hari air surut maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.


(4) hubungan tidak perlu dimulakan jika tiada kemungkinan hubungan tersebut akan dinaik taraf menjadi perkahwinan dalam masa terdekat

ini mungkin nasihat untuk adik-adik belia remaja yang masih dibangku pengajian tinggi atau buat mereka yang masih berusia muda. jika anda menghitung tarikh menamatkan zaman bujang anda masih jauh, janganlah sesekali anda mencuba menjalin hubungan dengan mana-mana kaum lawan jenis anda. tidak perlu untuk itu. buat pertimbangan sebaiknya. komitmen 'atas angin' yang tidak diikat dengan sebarang tanggungjawab yang digariskan oleh perkahwinan hanya akan berakhir begitu sahaja disebabkan kecelaruan emosi dek pasang surut angin perasaan atau lebih mudah ditakrifkan sebagai kejemuan.

setakat itu dulu perkongsian buat kali ini. saya tinggalkan anda dengan definisi cinta (kecil) dan CINTA (besar).

cinta(kecil): kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta.

CINTA (besar): terbit daripada naluri dan fitrah manusia. lahir dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta.

pilihlah, pilihan di tangan anda!



Thursday, September 10, 2009

'itqum minan naaar

”Wahai segenap manusia, telah terbentang dihadapan kalian bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu malam. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai faridhoh (kewajiban), dan qiyam di waktu malam harinya sebagai tathowwu’an (sunah). Barang siapa melakukan ibadah yang difardhukan di dalamnya maka pekerjaan itu setara dengan sesorang yang melakukan 70 faridhoh. (Khutbah Rasul, dari riwayat Salman al-Farisi)

sedihnye. kite dah berada di penghujung ni. dah fasa terakhir. sepuluh yang terakhir. tapi kalau mengikut kalender cina, tinggal lagi sembilan hari je lagi. lagi sedih, ibadah saya dah terbatas untuk sepuluh terakhir nih. tak dapat nak tahajjud sebelum sahur, dan tak dapat nak tadarus lepas subuh lagi. tinggal boleh zikir banyak-banyak jer dalam hati. sedihla. saya sempat ke jumpa ramadhan lagi tahun depan? uhu :( sedihhhhh

lama dah tak kongsi resepi. nak cover kesedihan dengan seri hijau putih lah. saya suka kombinasi hijau putih nih. selalunya kuih melayu banyak pakai warna hijau dan putih. bertemakan daun pandan dan kelapa parut selalunya. heh.

pertama sekali, seri ayu. atau orang panggil juga putu ayu. pada saya nak buat seri ayu nih, kene betul bancuhan dan caranya. saya cuba banyak kali. mula-mula memang tak jadi. tetapi selepas saya berguru dengan yang pakar, akhirnya memberi hasil yang ada improvement dari yang sebelumnya.


tengoklah versi tak jadi nih. tak gebu, malah kelapanya mendap ke bawah. pulak tu kelapa dia tak melekat. menurut sifu saya, cik adik salmah dia kata ini mungkin kerana bancuhan terlalu cair. atau gula dengan telur tak cukup kembang resulted tidak gebu.

okeh la, mari kita semak revised edition dari sifoo seri ayu saya berserta cara membuatnya;

1. telur 3 biji
2. gula 1 cawan
3. ovallet 1 sdt
4. tepung naik sendiri (recomended cap blue key) 3 cawan
5. santan hijau 1 cawan
6. pewarna hijau 2 titik
7. kelapa parut secukupnya digaul dengan 1 sdt garam dan secubit gula

cara membuatnya
1. sediakan santan hijau dahulu. mesin kelapa dengan secawan air dan dua helai daun pandan yang diracik kasar. tapis dan perah untuk mendapatkan santannya.
2. di dalam pengisar (blender) kisarkan telur dengan gula hingga kembang dua kali ganda
3. masukkan ovellet dan kisarkan lagi
4. tuang bancuhan tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. selang selikan dengan santan hijau
6. kacau hingga sebati dan masukkan pewarna
7. kacaukan lagi hingga sebati, put aside
8. ratakan kelapa parut ke dalam acuan lebih kurang 1 mm



hanya boleh guna acuan yang begini tau. lain-lain bentuk, tak boleh. nanti nama dia bukan seri ayu dah. tidak berseri dan ayu.

9.tuangkan bancuhan tadi ke dalam acuan 3/4 penuh
10. kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit
11. angkat dan sejukkan, dan hasilnya begini;





hmmm yummy!

resepi yang kedua, lebih mudah sangat. macam main masak-masak waktu kecik dulu. presenting, onde-onde buah melaka



anda hanya perlukan

1. tepung pulut
2. pewarna hijau / daun pandan
3. sedikit air / santan
4. gula melaka yang di potong kiub
5. kelapa parut
6. secubit garam

dengan sukatan yang ikut kesukaan anda


cara-cara membuatnya,

sebelum tu,
didihkan air di dalam periuk dahulu

1. gaulkan tepung pulut dengan air / santan hijau dan garam sedikit demi sedikit sekadar tidak melekat di tangan, dan dijadikan satu doh besar
2. cubit sedikit dari doh tadi dan bulat-bulatkan sebesar guli, leperkan
3. letakkan kiub gula melaka di tengah-tengah dan balut serta bulatkan semula
4. masukkan dalam air yang mendidih
5. biarkan seketika sehingga bebola timbul
6. tangguk atau angkat dengan penapis kecil bebola yang sudah timbul di dalam air
7. masukkan ke dalam mangkuk / bekas yang berisi kelapa parut dan goyangkan bekas tersebut untuk menyalut kelapa ke seluruh badan kuih.


8. siap!

nota,
saya gunakan desinated coconut @ kelapa kering sebagai ganti kelapa parut. ini adalah sebagai testing bagi persediaan untuk kesukaran mendapatkan kelapa segar di tempat orang nanti.
tips,
untuk mengembalikan keremajaan kelapa kering, masukkan kelapa ke dalam periuk,tambahkan sedikit air, sedikit santan pekat, garam dan gula dan masak sekejap di atas api.

sekian sahaja, selamat mencuba!


Tuesday, September 8, 2009

saya dan blog

Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (Ghafir: 60).

anda ada blog? ada blog dan selalu update blog? ade blog tapi jarang update? takde blog tapi suke baca blog? anda baru dalam dunia blog? banyak soal kan? okey, sila jawab sendiri dalam hati.

ini blog saya. saya nak cerita pasal blog saya. kalau anda nak cerita pasal blog anda, boleh cerita sedikit sahaja di ruangan komen blog saya, selebihnya saya akan baca sendiri dari blog anda. saya nak kongsi fakta tentang saya dan blog

1. to keep thing remembered
tujuan blog saya ditulis adalah untuk menyimpan data memori secara online. memori yang saya simpan adalah memori yang bermakna buat saya. jadi, jika anda seseorang yang mengenali saya dalam kehidupan realiti, dan anda baca mengenai perkara yang saya lalui dalam hidup realiti saya, jadi anda haruslah dapat tahu bahawa perkara tersebut memberi makna buat saya.

2. please don't do this
sekali lagi, jika anda orang yang mengenali saya di alam realiti, ini pesanan baik dari saya untuk anda. sila sesekali jangan menyebut tentang blog saya secara umum dihadapan khalayak ramai. jangan juga anda buat statement didepan khalayak bahawasanya saya akan masukkan certa ini dan itu dalam blog saya. ini adalah kerana, hanya cerita dan perkara bermakna sahaja akan di releasekan dalam blog saya. definisi bermakna, hanya saya yang tahu. paling jangan sebut
tatkala saya mengetik foto kenangan abadi;atau sengaja nak buat ayat dengki; atau sengaja nak buat annoying dengan berkata;
ala, tu nak masuk dalam blog ahh tu

kalau saya tidak merasakan hormat kepada anda, saya akan fire di situ juga sebagai berkata
kalau aku nak masukkan pun, ape ko susah? dengki ke?

sebelum anda kene fire dengan free, baik elakkan berkata-kata sedemikian dengan saya. saya sentap bila bercakap tentang blog depan khalayak. tetapi jika anda nak bertanyakan tentang arena blogger dengan saya di depan khalayak, saya tak hesitate melayan anda.

3. private not private
saya sedar, blog saya adalah unsecured. blog saya dapat diaksess oleh sesiapa jua. saya merelakan kehidupan saya dihendap oleh sesiapa jua. paling utama, saya relakan hidup saya dihendap oleh sahabat handai dan saudara mara saya. jadi saya tidak perlu bercerita panjang dengan mereka setelah sekian lama terpisah dek jarak waktu. jadi mereka keep updated. akan tetapi, oleh kerana blog saya adalah unsecured, tidak semua kisah hidup saya 100% diceritakan secara terperinci di sini. cuma selected kisah yang saya kira penting untuk dikongsi sahaja saya catatkan di sini. jadi jika saya adalah stranger anda, jangan membuat sebarang spekulasi tentang hidup saya. ketahuilah, cuma 10% sahaja diri saya yang sebenar diceritakan di sini. lagi 90% tentang diri saya harus dikenali dari alam realiti. ingat tu, jangan buat spekulasi.

4. content
blog saya berunsur peribadi. jadi setiap pendapat yang saya utarakan di sini adalah dari personal opinion saya ditambah dari hasil pencarian dan pembacaan. kritikan membina digalakan, kritikan tidak membina lupakanlah. sila kunjung area saya selalu jika ianya menepati citarasa anda, tetapi saya nasihatkan anda beredar segera jika anda tiada selera menghadap halaman saya ini. saya tiada rugi. enter at your own risk. saya sering akan rekodkan resepi yang saya adaptasi dalam kehidupan harian. sila jangan tuduh saya ingin membangga kepakaran memasak saya. ini adalah strategi hidup saya. ini saya anggap sebagai online buku resepi saya yang akan membolehkan ianya berjaya diaksess bila-bila saya perlu di mana-mana saya berada. sila jangan tuduh saya secara melulu bahawa saya berniat menunjuk kepakaran. sila ambil perhatian, aktiviti memasak saya dikira sebagai aktiviti yang keep remembered. jadi aktiviti tersebut layak tersemadi di sini.

5. nasihat
buat anda yang masih newbie dalam arena ini, bertenanglah. banyak yang anda perlu tahu tentang arena penulisan blog. berhati-hati dengan keterbukaan. landaskan kejujuran, jauhkan kesangsian. jangan cepat melatah, dalam dunia nih banyak benda lagi yang kita belum terjah. jangan melatah kalau anda rasa idea anda diciplak, jangan melatah kalau anda rasa hidup anda dihendap. jika anda tidak mahu semua itu berlaku, sila tutup blog anda kepada pembacaan umum. eujudkan ianya hanya untuk tatapan pembaca selected anda sahaja. jangan melatah kalau anda rasa orang lain salah anggap terhadap anda berdasarkan penulisan anda semata-mata. malah, buat lah statement sebagai defend kepada diri anda (jika dirasakan perlu). kepperluan berhgantung kepada pertimbangan anda sendiri. no harm on others.

6. sejarah
saya bermula menulis sejak october 2007 through multiply journal kemudian berpindah ke blogger sejak october 2008. blogger adalah lebih mesra pengguna dan sangat mudah diaplikasi. catatan masih sama dengan tujuan menulis yang sama.

sekian dahulu, terima kasih atas kunjungan, terima kasih atas sokongan.


Monday, September 7, 2009

Nuzul Al-Quran

Ramadhan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebgai petunjuk bagi manusia (2, 185)

hari ini 17 ramadhan sudah. sudah 17 hari berpuasa. hari ini dalam sejarah mencatatkan tarikh turunnya al-quran. kebanyakan negeri-negeri di Malaysia adalah cuti, tp mr.soulmate bekerja kerana kawasan tempat beliau bekerja tidak diisytiharkan bercuti.


Turunnya Al-Quran adalah sebagai rahmat ke seluruh alam. Al-Quran itu satu mukjizat sebagai guideline kepada manusia untuk menempuh kehidupan di muka bumi ini. Ditaklifkan sebagai khalifah, buku panduannya adalah Al-Quran yang memberi tatacara kepada manusia untuk menjadi khalifah yang paling baik. Seharusnya dikesempatan bercuti di hari turunnya Al-quran ini (bg yg cuti) dimanfaatkan sepenuhnya dengan memahami isi Al-Quran itu sendiri. Membaca dengan konteks memahami lantas menghayati dan dipraktikkan dalam kehidupan beragama. Membaca dengan lenggok lagu tarunnumnya adalah mendatangkan sedikit kekecewaan andai maksud yang tersirat dari alunan taranum itu tidak difahami. Bacalah Al-Quran, diselang seli dengan memahami tafsirannya. Telah banyak dierbitkan versi Al-Quran dalam pelbagai terjemahan bahasa. Cuma pilih yang mana anda suka.

Dengan membaca Al-Quran berserta pemahamannya, satu dimensi baru dalam hidup akan terbuka. Setelah itu, janganlah kita menjadi ingkar, sepertimana yang telah tertulis dalam surah al-Maidah ayat 104,yang lebih kurang maksudnya,

apabila diajak mengikuti rasul dengan apa yang diturunkan Allah, merka menjawab cukuplah bagi kami nenek moyang kami


Ayat ini memberi maksud, keengganan umat terdahulu mengikuti ajaran rasul kerana terikat dengan ikutan nenek moyang mereka. akan tetapi di zaman ini juga, fenomena ini turut berlaku. Walaupun Al-Quran telah sempurna diturunkan, namun ada sebilangan kecil manusia yang masih lagi angkuh dan berpegang teguh dengan pegangan terdahulu dengan alasan ianya telah sekian lama diamalkan oleh tradisi nenek moyang. Seakan susah untuk dipecahkan tradisi tersebut sekalipun ianya bertentangan dengan agama dan sudah jelas terang dinyatakan di dalam Al-Quran maupun hadis.

mungkin ada beberapa perkara yang boleh dijadikan contoh antaranya;

1. adat-adat dalam perkahwinan seperti bersanding, menepung tawar dan sebagainya yang sudah jelas bertentangan dengan agama tapi tetap terus dilaksanakan atas tiket tradisi nenek moyang.

2. atau lagi beberapa perkara yang berkaitan perkara-perkara dalam bulan ramadhan yang ditokok tambah yang hanya dituruti semata-mata ikutan tradisi sejak turun temurun.

3. juga beberapa perkara taqlid (ikutan) yang kita telah terlalu terbiasa dengannya, contohnya, status wudhu' apabila bersentuhan suami isteri ataupun tentang bacaan qunut dalam solat ataupun status saudara susuan dan sebagainya. sekalipun terdapat nas dan dalil menyatakan tentang status itu, sebilangan kecil ummat tidak mampu mengubah pandangannya hanya bertiketkan tradisi dengan berkata, "memang begini yang saya tahu". sekalipun telah didatangkan dalil dan sumber tentang perkara tersebut yang telah jelas dan nyata dalil-dalil keterangannya disebut di dalam nas. sukar untuk mengubahnya.

4. walaupun di atas nama tiket agama, kadangkala perkara taqlid ini menjadi terlalu kuat apabila berlandaskan taksub terhadap sesuatu mazhab, hinggakan sedikitpun tidak dapat diubah sekalipun telah datang dalil-dalil sohih dari riwayat hadis dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Seakan pengaruh pegangan mazhab itu seperti nabi yang tidak dapat diingkari. Kadangkala umat sanggup berselisih kerana pegangan mazhab yang diikuti. Kerana saya berpendapat, selagimana sesuatu perkara itu disokong kuat oleh nas dari dalil Al-Quran maupun Sunnah, ia wajib dituruti. Tidak ada masalah dengan pertentangan pendapat imam mazhab. berdasarkan ayat 104 surah Maidah tadi, taqlid mazhab itu tadi boleh diibaratkan sebagai tradisi nenek moyang yang tidak dapat diubah sekalipun telah datang penjelasan yang terang dari nas Al-Quran dan Sunnah.

Sedangkan semua imam mazhab yang 4 itu menghalang taqlid buta, sepertimana yang mereka sebutkan ,

Imam Asy-Syafi’i (Imam Madzhab Syafi’i) :

Jika kalian mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)

Imam Abu Hanifah (Imam Madzhab Hanafi) :

“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)

Imam Malik ( Imam Madzhab Maliki):

“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)

Imam Ahmad bin Hambal ( Imam Madzhab Hambali )

“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)

sekian dahulu untuk kali ini, sesungguhnya 2 warisan yang ditinggalkan oleh Nabi SAW iatu Al-Quran dan Sunnahnya, maka tidaklah manusia itu tinggal dalam kesesatan keseluruhannya jika berpegang dengan keduanya.


Thursday, September 3, 2009

maghfirah ramadhan

Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang semisal orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (HR. At Tirmizi)

pantasnya masa berlalu (tak perlu bgtau ahh, semua orang dah tahu). dah masuk hari ke 13 Ramadhan dah. cepatnye. bulan Ramadhan ni melatih banyak benda. melatih kita jadi lebih baik sebab nak kumpul pahala bonus. harapnya kebaikan yang dibina di Ramadhan menjadi rutin for the rest of the day of life.

Mungkin juga yang terbaru, buat insan-insan yang sebelum ini hanya bangun sahur apabila semuanya telah terhidang, Ramadhan kali ini mencatat sesuatu yang berbeza. bermula tabiat baru bila sebelum tidur set alarm jam seawal 4.00 pagi dan disusuli dengan alam untuk minit-minit berikutnya. bermulalah detik bangun sahur dengan terpaksa rela membuka peti sejuk sebelum sempat basuh muka. dan teruslah bermulanya aktiviti goreng menggoreng dan mengasapkan seluruh isi dapur. kalau dulu, diri sendiri dijerit untuk bangun, Ramadhan kali ini mencatatkan diri sendiri pula menjerit kepada orang lain untuk bangun sahur. kalau Ramadhan yang dulu mensejarahkan diri sendiri tidak pernah terasa mendalami ilmu bakar membakar dan goreng menggoreng, kukus mengukus dan sebagainya, Ramadhan kali ini menjanjikan sesuatu yang berlainan.

karangan dimulai dengan beberapa kosa kata yang meneglirukan dan agak tidak berarah tujuan kan. jomlah kita buat PAU nak. mari. untuk membuat pau ni, beberapa kepakaran dan kelengkapan perlu ada.
kepakaran 1. rajin.
kepakaran 2. ingin
kepakaran 3. mahu

kelengkapan 1. periuk kukusan
kelengkapan 2. dapur gas

bahan-bahan pula;
1. 300 gm tepung pau
kalau nak guna tepung gandum pun boleh, tapi hasilnya kureeeng sikit arr. bak kata petua, mungkin pau jadi agak kekuningan. cap blue key adalah sebagai cadangan.

2. 3gm yis
kalau susah sangat nak timbang 3 gm nih, agak-agak dalam lebih kurang 2 1/2 sudu kecil la.

3. 50 gm gula dan 2 sudu kecil garam
gula halus atau gula putih, dua-dua boleh jer. gula halus agak kurang manis

4. 1 sudu kecil ovallet dan 1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner)
kedua-dua bahan ini adalah optional. tidak wajib sangat lah. ianya untuk menambah tahap kegebuan. untuk bread softner tu kalau diabaikan terus pun elok juga sebab bread softner ini dikatakan tidak berapa baik untuk kesihatan

5. 30-40 ml minyak jagung atau shorterning
boleh pilih mana-mana satu la. bertujuan untuk memberi rupa paras yang lebih rupawan dan bersinar

6. +- 150 ml air

7. inti mengikut kesukaan
saya gunakan inti kacang merah yang dibeli siap dari kedai. boleh juga guna inti kari ayam, atau daging, kelapa, kaya atau apa sahaja mengikut kesukaan anda

8. kertas minyak / tracing paper / daun pisang yang dipotong bulat
sebagai alas untuk doh. bentukkan dua kali ganda besar dari saiz doh


cara membuatnya,
1. gaul bahan-bahan kering no 1, 2, 3 bersama-sama kemesraan
2. masukkan no 4 dan 5 ramas dengan tangan
3. akhir sekali masukkan no 6 sedikit demi sedikt di uli sehingga menjadi doh yang kenyal. bersatu dalam satu pasukan. heh

ini pasukan pau

4. perapkan lebih kurang 30 minit dengan menutupnya dengan kain lembap yang bersih
5. buangkan angin dan bentukkan bebola kecil dalam 25gm
6. isikan inti dalam setiap satu bebola kecil
7. alas bebola dengan kertas minyak atau daun pisang yang dua kali ganda besar dari bebola.
8. kukus dengan api sederhana dalam lebih kurang 15-20 / sehingga masak. ada beberapa petua mengukus pau, demi mendapatkan hasil yang optimum yummy antaranya;


alas tudung kukusan dengan kain untuk mengelakkan air wap kukusan jatuh ke atas pau lantas mengkedutkan rupa paras pau anda. api juga jangan terlalu terburu, nanti seluruh masyarakat dalam periuk masak secara terburu-buru juga dan hasilnya tidak gebu


letakkan masyarakat pau berjarak antara satu sama lain untuk mengelakkan mereka membesar secara twin sharing. ini juga akan menyebabkan tumbesaran mereka terbantut. seperti dalam gambar, masyarakatnya ditempatkan agak berdekatan. untuk perhatian, sila jarakkan kedudukan mereka.

masyarakat pau yang hidup bersempitan

hasilnya, apabila masyarakat pau membesar bersempitan, meyebabkan kulit-kulit mereka tersiat apabila dipisahkan. jangan lakukan begini ya, kasihanilah mereka.



inilah dia masyarakat pau yang walaupun agak sedikit kecacatan rupa paras, namun rasanya tidak mengecewakan tekak suami isteri bahagia. haha.

silalah selamat mencuba!


Wednesday, September 2, 2009

ramadhan

"setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .

kita sudah berada di minggu kedua ramadhan. telah menempuh fasa rahmah dan sedang melalui fasa magfirah. perbanyakkanlah amalan baik di bulan yang baik ini. sesungguhnya, di bulan ini adalah bulan yang paling sesuai mengumpul bonus pahala sebanyak-banyaknya buat bekalan ke negeri yang kekal abadi kelak.

setiap yang kita lakukan ada barakahnya, banyak pahalanya. bersahur ada barakah, berbuka dengan segera besar pahala dan barakahnya, berdoa paling mudah di makbulkan dan amalan sunat lain paling besar ganjarannya. penerangan lanjut boleh baca di sini. nabi saw bersabda yang mafhumnya,

Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar),


amalan sunat yang paling popular dan dituntut adalah solat sunat terawikh. tentu anda biasa dengan fadhilat terawikh mengikut harikan? watch out ya, fadihlat2 tersebut yang dikatan disebutkan dalam hadis adalah PALSU. jadi berhati-hatilah.



buat yang jarang sangat ke masjid, biasanya pada bulan yang satu inilah ramai berbondong-bondong ke masjid merebut pahala solat jemaahnya. tetapi saya peliklah, inginkan pahala jemaah, tapi solat seperti sendiri-sendiri. saf yang kosong sengaja dipandang sepi. sedangkan imam dah beritahu dari awal supaya rapat-rapat dan luruskan saf. sedang orang lain saling menarik jemaah lain untuk meluruskan saf, kenapa masih ada yang tegar menjadi ego dan rasa tidak bersalah bila bahunya tidak bersentuhan dengan yang lain. kelihatan sombongnya mereka. patut juga kita sama-sama baca tulisan ustaz zaharudin ini sebgai pedoman ketika berada di masjid di bulan yang mulia pernuh limpahan barakah ini.

ada juga orang kita demi merebut pahala jemaah di masjid, mereka bawa bersama seluruh isi rumah. maka meriahlah masjid dengan pelbagai golongan usia. baik yang tua mahupun yang kecil. masalahnya dengan si kecil jika dibiarkan di rumah, hilang pula kekusyukan solat memikirkan keadaan mereka sendirian di rumah. jadi relalah si ibu membawa bersama si kecil tetapi membiarkan mereka bermain dan berkeliaran di kawasan masjid tanpa pengawasan. berlarian kegembiraan dan bersorak keriangan. seronok mendapat teman baru dan mungkin juga seronok dapat mengganggu kosentrasi jemaah lain. kenapa tidak sahaja ibu-ibu solat di rumah bersama anak-anak tadi lantas ibu kusyuk di rumah, jemaah juga mampu kusyuk di masjid. mungkin lebih besar pahalanya jika kita mampu menambah kekusyukan jemaah lain di masjid.


justeru, demi konsentrasi dalam solat, saya jarang amat ke masjid-masjid atau surau sepanjang ramadhan sejak dua tiga tahun lepas. saya rindukan solat terawikh bersama adik-adik angel saya, kami bergilir menjadi imam. juga rindukan kelunakan suara lelaki-lelaki kesayangan saya menjadi imam di halaman ayah bonda. saya juga rindukan terawikh bersama teman-teman di tempat pengajian saya dahulu, di mana ada teman-teman yang kami panggil "brothers" bergilir-gilir menjadi imam di musolla kolej kami. ataupun jika mereka tiada, kami bergilir dari kalangan kami sahaja mengimamkan terawikh. saya rindukan terawikh bersama teman-teman sepermainan zaman persekolahan di mana kami berimamkan kelunakan suara Ustaz Manan pengetua kesayangan semua. saya rindukan terawikh tanpa keriuhan kanak-kanak berlarian dan keriangan, saya rindukan terawikh bersama jemaah yang mengerti erti solat jemaah dengan menjaga saf supaya lurus dan penuh.


saya kini sendirian solat terawikh di rumah. sendirian menghayati alunan bacaan al-quran dan tadarus hanya berdua dengan "roomate" nan satu. saya rindukan saat moreh bersama kawan-kawan dan saya rindukan hilai tawa adik-adik angel saya saat kami bersahur, berbuka dan bermoreh bersama-sama.

sampai nanti, kita ketemu dan bercerita lagi, salam ramadhan buat semua, selamat beribadah dalam barakah.