::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, May 8, 2009

orange festival

innal mubazzirina kanuu ikhwanus syayathiin

i got this from mail fowarded by mr.soulmate. stated as an "orange festival in Netherlands". peps! enjoy the piccas k!










looking at these piccas i remembered my luvly abah during my late primary school. ceritanya begini, satu hari di dalam kelas pendidikan seni guru kelas saya meminta semua pelajar membawa kacang hijau dan beras pada minggu hadapan untuk latihan kolaj. sesampainya di rumah, saya memberitahu abah permintaan cikgu. lantas, abah dengan tegas menjawab, nak buat ape? saya balas, nak buat latihan pendidikan seni, kolaj. akan tetapi abah membalas dengan lebih tegas (tetapi lembut), tidak boleh. abah menyambung lagi, orang lain ramai takde beras nak makan, tapi cikgu kamu mudahnye nak membazir makanan....kerana beras dan kacang itu adalah makanan. jadi tidak boleh dibazirkan begitu sahaja. kalau cikgu tanya, cakap abah tak bagi.

dan seperti yang dijangka, semua rakan kelas membawa bahan yang diperlukan ke sekolah kecuali saya. cikgu berkata siapa tak bawa bahan berdiri. saya dengan bangganya berdiri dan saya lihat ade lagi dua orang rakan juga berdiri. huh! ada juga teman. cikgu bertanya saya kenapa tak bawa, dan saya menjawab, abah kata beras adalah makanan, tak boleh dibuat lukisan. cikgu pula membalas, beras dan kacang bukan sahaja boleh dimakan tetapi boleh juga dibuat benda lain.seni. saya cuma tunduk dan angguk.

setelah menginjak dewasa dan menyambung pembelajaran ke peringkat tinggi, pensyarah pula mengajar, membazir itu rakan syaitan. barangkali dahulu abah tak nak saya tergolong dalam golongan makhluk yang terlaknat itu. juga, saya semakin sedar betapa ramai rakyat di negara miskin mati kebuluran kerana kekurangan makanan. saya bersyukur saya masih lagi dapat makan hingga hari ini. tapi, kenapa orang Netherlands tak terfikir semua ini? mungkinkah mereka sependapat dengan guru lukisan saya tidak lama dahulu?

selamat hari Jumaat semua!




No comments: