...tatih sebulan lagi
mana letih situ berhenti...
ungkapan permulaan seperti yang di atas sering diungkap oleh arwah nenek saya, ketika men'tatitih' anak kecil. kini, nenek sudah tiada, tetapi ungkapannya tetap kami guna sampai bila-bila. nenek meninggalkan sangat banyak kenangan buat kami. tambahan lagi bagi saya dan adik beradik, dibesarkan oleh tangan nenek. nenek yang memasak hidangan tengahari sebelum ke sekolah agama selepas selesai sekolah kebangsaan. nenek yang menjemur pakaian. neneklah yang mengurus kami sedang kami masih hingus-hingusan. ketika nenek hampir dengan hujung hayatnya, kami semua telah besar. kami mengambil alih, mandikan nenek, suapkan nenek, menjaga nenek ketika di hospital juga melayan kerenahnya yang semakin lupa dimamah usia. saat itu kelakar juga. namun, kini nenek sudah tiada. tiada lagi penghibur duka lara.
sindrom rindukan nenek lagi (ouwh,..ouwhhh). okey sebenarnya saya nak cerita pasal anak buah saya, dhiya' attaimy yang sudah pandai bertatih. sudah mencapai usia satu tahun, si kecil anak abang saya itu pada 21 mei yang lalu. jadi ahad minggu lalu, kami berkumpul sekeluarga meraikannya.
inilah dia budak baru dapat kaki. terkedek-kedek berjalan. dah panaas memula dia buka baju, last sekali dengan seluar2 dia bukak. suka menari juga budak ni. atuk dia suka melayan menari. dia nih keletahnya klakar tak boleh tahan....huhu
ini sebelum dia dapat kaki (read: berjalan sendiri). tapi dah ade ura-ura macam pandai. dah pandai pegang botol, memanjat, dan macam2 lagilah. pada usia 3 bulan, dia dah mula tumbuh gigi. ajaib betul. sekarang dah ada banyak gigi dan suke gigit bahu orang. at least pertumbuhannya mengikut milestone dia yang sepatutnya. itu tandanya si comel nih normalla macam orang lain.heh.
biasalah kalau sambut birthday mesti ade kek kan. yang kiri tu kek dhiya'. abah dia buat. kek oren kegemaran atuk dan unyang dhiya'. mak lang dan mak cik dia hias. harap kat mak ngah dan mak uteh dia, hmmm --> hampes. takde seni. tapi mak ngah (a.k.a saya) menyumbang segala peralatan hiasan. yang satu lagi plak kek adib husaini dah 8 tahun. anak buah saudara saya (read: sepupu saya punya anak). yang pakai songkok itu (gambar bawah), adalah anak-anak sepupu saya yang paling sulung. sebab dia sulung of koslah kami panggil dia along, dan isterinya mesra dengan panggilan kak long. yang bertudung hijau terlentok comel tu pun anak diorang gak.
inilah pertama kali dhiya' pegang pisau kek (heh, dah namanya pun setahun, mestilah pertama kali,isy mak ngah nie...) tengok muka dia, ala-ala cuak dan tak paham ape-ape. biasalah tue, kanak-kanak lain je akan exicted lebih. kalau zaman saya kecik-kecik dulu, bila potong kek ni semua orang kene potong. kalau tak alamatnya adelah yang merajuk nanti. huhu...tapi kanak-kanak sekarang paham dah, tak semua yang nak potong. cuma setakat nyanyi dan tepuk tangan. pastu beratur dengan piring masing-masing. uhhhh memang comels...
percubaan edit gambar menggunakan paint brush.eheh. cantik juga. ini lingkungan keluarga saya yang selalunya saya sangat fun berada bersama mereka. tengok semua makan-makanan ni buat saya craving laa.

[dalam gambar, ibu saya (tudung biru), ibu saudara saya (tudung putih) juga kami panggil ibu dan kak long bertudung hijau bercorak abstrak]
antara juadah yang ada, karipap (kan dah kata, this is mesti ade juadah) dari kak long yang of koslah mengikut resepi arwah nenek, talam ubi, tahu sumbat, laksa dan bihun sup. owh, lupa lak trade mark saya dan suami pastinya kami menyumbang sate (sebabnya suami saya orang kajang, walaupun takde kene mengena ngan sate kajang) sebagai santapan perut semua orang. waaa kami sangat kekenyangan dengan keramaian makanan yang masuk ke perut. owh, lupa lagi, ucu pula buat roti bilis dan tau fu faaa dan air kacang soya.semuanya buatan sendiri kecuali sate yang saya beli di sate kajang hj. samuri yang di jual di taman melati.uhukks...percubaan edit gambar menggunakan paint brush.eheh. cantik juga. ini lingkungan keluarga saya yang selalunya saya sangat fun berada bersama mereka. tengok semua makan-makanan ni buat saya craving laa.
ini along dengan anak perempuan bongsunya. comel sangat. mata bulat. takut ngan orang. asik nanges je sapa yang nak ambek...namanya auni.
okey, tadaaaa..sampai nanti kite jumpa lagi ek..!
No comments:
Post a Comment