Tuesday, July 14, 2009

loser

ujian adalah tarbiah dari Allah

saya selalu rasa bertuah. lantas saya ingin selalu bersyukur (ya, syukur). dalam rasa sebuah kebertuahan itu, saya selalu terfikir, saya sering lambat diuji. kerana saya jarang rasanya ditimpa musibah dalam kadar selalu atau bertubi-tubi. jadi saya tak perasan, saya diuji.

tapi apa yang saya perasan, hati kecil ini sering tersentuh. mudah sangat berasa lonely, mudah sangat berkecil hati. oversensitip barangkali. sepertinya apa yang diberi dari sebalik makna nama saya yang panjang itu dari rangkaian 'bukumuka' sedikit sebanyak ada benarnya. buku muka kata, saya sangat sensitif. sudah sedar sekian lama, semakin mengakuinya sejak menjalani rutin hidup sepanjang hampir 27 tahun ini (saya makin pendek usia).

saya sensitif bila ditegur secara peribadi, saya sensitif bila rasa tidak dipeduli oleh orang sekeliling, saya sensitif bila ditinggalkan. saya sensitif bila kesunyian, saya sensitif bila tiada kawan. i am used to be with people called frends around me. saya tak senang sendirian untuk semua perkara yang saya lakukan. kegemilangan dengan rakan-rakan baik, saat pengajian sekolah menengah dan ijazah pertama. selepas itu, sementara di ijazah ke dua dan sarjana, rakan-rakan baik saya sudah tiada. saya belajar hidup sendiri walau dengan sedikit rasa loser.

loser itu tidak sangat terasa kerana mr.soulmate datang melengkapi hidup saya. hadirnya dia seorang cukup untuk cover semua rakan baik saya. tapi pada saat ini, saya rasa loser lagi bila soulmate sudahpun keluar bekerja di luar kawasan yang akan mengambil masa seminggu. kesibukan kosentrasi beliau dengan tugasan, membataskan saya berhubungan dengannya dalam masa seminggu ini. saya rasa loser lagi.



ini ujian buat saya. ujian perasaan dan ujian emosi. saya senang sensitif saya cepat rasa loser. saya ingin sahabat, saya ingin teman, saya inginkan kawan. tolong buat saya rasa gembira. tolong bantu saya rasa ceria. tolonglah.....:(


Friday, July 10, 2009

kembali

Amaran: entri yang membosankan jika anda baca
kalau nak baca juga sila jangan kecewa

1. it has been too long break from my last entry. blog ni pun bukan setakat dah naik bersawang, (maklumlah, laman sesawang;read: web site) dah macam berpuaka dah. berpuaka dengan sebab rasa malas nak di update, macam ada puaka (eiii takuts). eh just kidding. mana ada puaka. kalau ada puaka mesti takde orang datang. tapi setakat pemerhatian, hits trafik mencanak juga naiknya. terima kasih kepada yang selalu hadir. tanpa jemu, walau pun tiada hidangan entry baru.


2. eh, merapu dan merepek pula saya. life sekarang is bit busy. ada beberapa urusan yang harus diselesaikan yang membataskan diri saya dengan internet. dengan keletihan dan stress, kadangkala manusia sering hilang pertimbangan tahap kesabaran. berlaku perselisihan faham, missunderstanding, misscommunication dan sebagainyalah. tahap yang menguji jiwa raga sampai mau rasanya naik fed up dengan kehidupan sekarang. namun saya percaya, itu cuma rencah kehidupan dengan ups and down nya.



3. saya berjanji dalam entri lepas untuk sebuah post tentang walimah di pihak suami saya. tapi oleh kerana keterbatasan waktu, saya kira ianya ditangguhkan untuk entri ulangtahun yang ke-3; tahun depan (insyaAllah jika masih dipinjamkan usia).

4. keputusan akhir pengajian telah saya perolehi. Alhamdulillah ianya diluar jangkaan yang dapat membanggakan orang sekeliling. adik saya pula berjaya ke IPTS di kuantan untuk membanggakan kehidupannya pula dengan ilmu di dada.



5. suami akan keluar ber-outstation for a week. tertangguhlah lagi tugasannya di pejabat, lantas menangguhkan lagi keberangkatan untuk transfer order nye. doa saya, kalaulah nak di tangguhkan untuk suatu jangka masa lagi, biarlah sempat saya berpuasa, berhari raya bersama sanak saudara, dan berkonvo untuk kali yang ke3 nya. baru syioook!

dahlah, saya nak berhenti secara mendadak, kerana tak tahulah apa jadi dengan diri saya yang macam kurang bersemangat menulis lagi.

p/s: gambar memang tiada kene mengena langsung dengan entri. hanya bukti sajian gembira sepasang suami isteri

Monday, June 29, 2009

de memoria

Ya Allah berkatilah kami, curahlah barakah ke atas kami
dan kumpulkanlah kami bersama di dalam kebaikan

sempena mood hari ulang tahun perkahwinan, ingin saya rakamkan seberapa banyak kenangan (yang masih ingat) pada hari bersejerah yang saya lalui sebagai raja sehari dua tahun yang lalu. sebelum ianya luput dari ingatan, lebih baik saya rakamkan di sini. manalah tahun 10 atau 20 tahun akan datang dah lupa, boleh cari balik archive di sini. tak pun kalaulah saya mati dulu, sebelum anak saya besar untuk bercerita dengan dia, anak saya boleh baca dari sini juga. heh. merepek.

apa yang saya sangat banyak suka tentang majlis perkahwinan saya kerana one single thing of it have its own sentimental value. value in the sense that personal touch is given in every single thing.


kad jemputan

kad jemputan di reka khas oleh adik dua pupu saya (dua pupu pada hemat saya adalah, anak kepada sepupu ayah saya. ayah saya dan ayahnya sepupu, jadi saya dengan anaknya adalah dua pupu.haha. jangan jadi kupu-kupu dah). saudara ini menerima khidmat tempahan kad jemputan perkahwinan dan juga peercetakan dan lain-lain. designnya direka khas oleh saya sendiri dan wording di dalam juga dari koleksi simpanan peribadi saya.


[kad single untuk kaum keluarga dan kad double (jemputan ke rumah saya dan suami) untuk sahabat handai]

baju perkahwinan (wedding dress)
baju perkahwinan saya adalah soket tenunan khas dari terengganu. coraknya adalah sama seperti corak songket perkahwinan abah dan ibu saya 30 tahun dulu. abah sendiri yang ke terengganu membuat tempahan tersebut. warnanya juga adalah kombinasi warna dua benang. songket tersebut di tempah khas dua pasang buat saya juga abang (read: majlis kenduri di rumah saya serentak bersama abang).


[luvly dress resepsi]

tempahan jahitan untuk semua dress persalinan dijahit oleh anak kepada kawan ayah saya. kata abah, memang dia inginkan personal tailor untuk mendapatkan personal touch itu. asalnya dia inginkan sahabatnya itu yang jahitkan, akan tetapi sahabatnya itu telah terlalu tua melakukan perkara itu lagi. baiknya, bakat itu diwarisi oleh anaknya yang memang biasa mengambil tempahan baju perkahwinan. cuma belum bukak butik je lagi. hasilnya, memang sangat berpuas hati.


[the luvly dress nikah]

bilik tidur
hiasan bilik tidur pengantin saya dan abang dibuat sendiri oleh ibu saudara saya. bilik saya yang penuh kebiruan dicat penuh kasih sayang bersama dua sahabat saya, afida ayu dan salmah. pemilihan fabrik untuk cadar dan langsir bilik saya juga menepati ciri pilihan saya yang dijahit penuh kasih sayang oleh ibu saudara saya.


[the bluey bilik]

hantaran

hantaran perkahwinan disusun dan digubah indah oleh ibu saudara saya juga yang mesra dengan panggilan ucu. bukan setakat hantaran saya seorang, hantaran abang juga digubahnya.


majlis kenduri
apa yang saya sangat suka dengan majlis kenduri di pihak saya kerana ianya dilaksanakan secara kerjasama semua ahli keluarga. masak-memasak, membasuh pinggan, membancuh air, menghidang, kemas meja, parking dan sebagainya semua bersama ahli keluarga dan sahabat handai ayah saya. pakcik saya (itam) ketua masak memasak. sampaikan dalam kesibukan itu pakcik saya known as itam itu, lalu jatuh pengsan. pakcik J membancuh air. abang ngah abang sepupu saya sibuk menjaga parking sampaikan anak ucu nuar hilang. adik bongsu saya jaga tempat basuh pinggan bersama sepupu-sepupu yang seumur dengannya. huh, macam-macam kejadian. sedih, suka duka semua ada. itu belum masuk perbalahan yang berlaku (off record untuk perbalahan)




majlis kenduri pada 24hb jun 2007 itu bertemakan majlis mesra tetamu. ini adalah kerana, sebagai pengantin walaupun mendapat gelaran raja sehari, kami bukanlah raja yang duduk di atas takhta pelamin. kami pasangan raja yang mesra rakyat. kenduri saya tanpa persandingan atas pelamin, tanpa makan beradab dan tanpa upacara khas untuk kami. seawal jam 11.00 pagi, suami (seorang) saya telah sampai ke rumah kami, kakak ipar saya pula sudah sedia berada di rumah kami lebih awal.



jam 11.30 pagi kami sudahpun berada di tanah melayan tetamu yang hadir. abah saya memperkenalkan kepada kami setiap tetamu yang hadir. kami (refer to both pasangan pengantin) suka berkonsepkan begini. kami rimas dengan protokol pengantin. kami serba salah membuatkan tetamu tertunggu-tunggu pengantin tiba. abah berkehendakkan semua tetamu yang hadir sempat berjumpa dengan pengantin a.k.a anak dan menantunya. menjadikan diri sendiri seperti berada di tempat tetamu, saya akan berasa kecil hati jika datang dari jauh namun tidak dapat bertemu dengan pengantin kerana pengantin terlalu sibuk. sibuk bergambar, sibuk berprotokol itu dan ini. bukankah majlis merai tetamu? jadi sebagai tuan rumah saya rasa wajib menjaga hati setiap tetamu yang datang. jika setakat nak makan nasi, tetamu tidak datang
berbondong2 dari jauh. takde maknanya. mereka semua datang kerana pengantin semata-mata. kalau nak makan nasik, kat gerai mamak pun boleh.

[ abang saya tetap sibuk dengan phone callnya]

juga uniknya majlis kenduri saya, ada sebuah khemah teh tarik. tempat di mana tetamu boleh duduk lebih lama selepas menjamu selera. di sini tetamu boleh bermesra dengan tuan rumah dan pasangan pengantin sambil menikmati teh tarik yang dibuat oleh pembancuh teh yang diimport khas oleh ayah saya dari pakar teh tarik (mamak laa). sedang pengantin sentiasa available, tetamu dengan mudahnya boleh bergambar mesra dengan pengantin tanpa perlu menunggu giliran atau acara formal.


[abah with frens]


outdoor photo shoot
kami mempunyai perancangan untuk outdoor photo shoot di ruang terbuka di tingkat atas sekali rumah saya. namun, oleh kerana hujan dan faktor keletihan kami batalkan photo shoot itu. photo shoot tersebut memang dirancang setelah majlis berakhir dan hanya untuk tatapan keluarga sahaja. mujurlah photographer juga adalah bapa saudara saya, jadi bapa saudara saya kata kita arrange kemudian untuk photo shoot. tapi, sampai sekarang hajat masih belum kesampaian T_T.

sekianlah dulu cerita majlis resepsi perkahwinan di sebelah pihak saya. ada masa nanti, saya nukilkan perihal rumah suami pula. banyak juga memorinya. tapi nantilah. satu ungkapan dari sahabat ayah saya yang menjaga saya sejak kecil, juga banyak membantu untuk majlis ini kepada kami berdua;

semoga berbahgia. hiduplah elok2. kalau rasa macam nak bercerai-berai nanti, ingatlah balik usaha ramai orang yang bersusah payah untuk kenduri nih...

uhuks, makan dalam kan...


Thursday, June 25, 2009

syukur,Alhamdulillah

segalanya yang berlaku, bukan atas urusan kita untuk menentukannya

dalam hidup, segalanya berlaku dengan sekelip mata, sepantas kilat. segalanya boleh berlaku walau sebaik mana perancangan telah ditetapkan. paling hampir, segala yang terjadi dalam putaran hidup saya (setakat yang saya ingat) segalanya berlaku dengan pantas, sama ada dalam jangkaan atau diluar jangkaan. juga sama ada dalam perancangan atau di luar perancangan. mari kita semak serba sedikit;

1. suami saya ditugaskan berkhidmat luar negara. sepatutnya ianya (khidmat luar negara) selepas lebih kurang 3 tahun perkhidmatan, tetapi suami saya walaupun belum mendapat surat pengesahan jawatan, telah mendapat arahan bertugas luar. bukankah itu di luar perancangan dan jangkaan?

2. tarikh keberangkatan sepatutnya bulan lepas. pertengahan bulan mei. tapi hingga kini kami masih berada di bumi bertuah Malaysia dan belum ada ura-ura tarikh keberangkatan. bukankah itu juga di luar perancangan dan bidang kuasa kami?

3. sepatutnya, perjalanan penulisan mini thesis selalunya berliku dan banyak cobaan yang menguji kesabaran. namun, bagi perjalanan mini thesis saya ianya sangat mudah dan sangat lancar perjalanannya. sehingga kini semuanya telah siap dihantar. cuma tinggal menuggu keputusannya sahaja. ini juga luar dari apa yang pernah saya jangkakan.

4. berbetulan keberangkatan yang tidak pasti bila itu, saya kira cukuplah sudah saya menjana lemak di badan dengan berehatan di rumah. saya harus jana kembali ekonomi keluarga yang berkurangan lantaran saya telah berhenti kerja (sambilan) demi menyiapkan thesis ini dengan kadar segera. sedang saya sibuk dan risau ingin mendapatkan semula kerja sambilan, saya mendapat tawaran hingga 3 sekali dalam satu masa. bukankah itu juga sangat di luar jangkauan pemikiran?

5. sepatutnya hari ini suami pulang awal dan kami akan makan malam sambutan ulang tahun. tetapi dia harus stay back dan masih di pejabat lantaran ada urusan penting yang harus dilaksanakan. bukankah itu juga di luar perancangan yang telah dirancang?

6. bonda pula, mencadangkan saya datang keterataknya sedang suami masih belum pulang. mengarahkan adinda seorang itu datang menjemput saya, tiba-tiba dalam perjalanan ditimpa kemalangan pula. bukankah kejadian sedemikian juga tidak pernah termasuk dalam perancangan untuk berlaku?

lantaran itu walau apa pun jua ketentuan hidup ini, jutaan rasa syukur saya panjatkan kehadrat Ilahi dengan nikmat yang dikurniakan ini. Ya, Allah demi bulan rejab, terimalah rasa syukurku dan ampunkan lah dosa-dosaku yang telah lalu dan akan datang. Sahabat, ingatkan daku bila aku lalai, sedarkan aku bila aku lupa dan alpa.

Tuesday, June 23, 2009

today, 2 years ago

May this be the happy beginning of
another wonderful year together



today, in 2 years past
we are tying the knot


mr.soulmate,

you resembles my first man i love. you complete my life. you teach me a lot. you love me more. you are my man, now. my life is devoted just for you. be at my side, be at my soul and mind.



Allah,
thanks for giving me this second man in my life. thanks for granting me with his love. thanks for giving me a chance to love and beloved.




Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku

[more picces here]



Monday, June 22, 2009

father's day

girl's first love
is her father

cinta pertama seorang wanita adalah cinta untuk ayahandanya. itu pendapat saya. kebenarannya ada pada saya, saya tidak pasti pada orang lain, tapi saya yakin ia juga berlaku pada orang (wanita) lain. lelaki pertama yang saya fall in love with ialah abah, sebelum mr.soulmate. the unconditional love. cinta yang datang tanpa paksa, cinta yang tulus, yang takkan padam selamanya.


terima kasih Allah, atas pemberian sebuah cinta pada seorang lelaki yang selalu membuat hidup saya resah tanpa restunya. saya akan pasti rasa bersalah jika keluar tanpa izin dia. saya akan pasti berdebar jika telah lama berada di luar rumah, tanpa pengetahuan dia. saya pasti akan takut nak balik rumah (dari asrama) bila sudah potong rambut, tanpa pengetahuan dia. saya pasti ragu-ragu dengan keputusan yang dibuat bila tanpa pengetahuan dan persetujuan tanpa dia. saya pasti akan rasa bersalah bila saya telah buat apa yang dia tidak suka. rasa bersalah mencintai lelaki lain selain dia (di luar pengetahuannya suatu masa dulu), rasa bersalah pergi ke rumah kawan tanpa pengetahuan dia, rasa bersalah dapat keputusan yang tidak baik dalam peperiksaan dan banyak lagi rasa bersalah.

terima kasih Allah, atas pengurniaan seorang lelaki dalam hidup saya, yang membentuk saya menjadi manusia berguna. lelaki ini pada hemat saya sedikit garang, namun jauh di sudut hati kecil saya, saya tahu dia inginkan yang terbaik untuk semua. menjadi cepat panas baran bila yang hajat di hati tidak kesampaian. sudahnya, barannya tempias pada semua. impaknya, sesiapa sahaja pasti penuhi kehendaknya sedaya mungkin. jadi cepat juga melenting bila cakapnya tidak diendah, lalu mendatang musibah tidak baik. pernah suatu ketika, saya ingkar arahan dan padahnya saya terima. akhirnya saya mencari dia juga untuk penyelesaian masalah saya.

itulah abah saya, seorang lelaki yang tidak pernah gagal memberi tanpa pernah meminta untuk semua orang-orang tersayang di sekelilingnya. tempat rujukan semua sanak saudara, sahabat handai dan sangat pasti anak-anaknya. nak masuk sekolah mana tanya abah, nak ambik kos ape tanya abah, nak beli baju tanya abah, nak kasut tanya abah, semua abah. sakit perut telepon abah, sakit gigi talipon abah, sakit kaki telipon abah, senggugut pun talipon abah. abah yang tidak boleh pernah ingin sendirian. pantang anak semua hilang dari pandangan (melainkan dengan lasan kukuh eg, sekolah atau di asrama atau bersama suami) pasti akan dipaksa pulang ke rumah dengan segera. alasannya ada banyak kerja di rumah perlu diselesaikan. faktanya, tiada apa perlu diuruskan di rumah itu. (dia cuma ingin semua ada di sisi). comelkan, inginkan perhatian dengan cara paksaan. mulanya kami tidak faham, tapi sudah lama ini sudah arif benar.



itulah dia abah, yang tidak pernah lekang dengan nasihat dan peringatan. setiap butir yang keluar dari mulut abah adalah arahan dan perlu dilaksanakan. dulu kerana takut, kini kerana hormat. tanpa dia hidup tidak lengkap. tanpa dia segalanya tidak sempurna. tanpa dia sepi dan tiada gembira. butir buah bicaranya sentiasa lekat dan terpahat di hati. sehingga di rasakan ianya dadah untuk kehidupan demi melalui saat getir dalam hidup. masih terngiang2, kata-kata abah;

perempuan ibarat tepak sirih, hanya dikeluarkan pada waktu tertentu, bukan selalu. di simpan dalam almari perhiasan, bukan di luar untuk tayangan...

nasihat untuk saya tika memberontak tidak dapat keizinan keluar berpeleseran bersama kawan-kawan sejak terpisah selepas zaman sekolah rendah. tika itu, saya masih muda seawal umur 13 tahun.

orang lain di luar sana, semua sedih tidak dapat sambung belajar kerana tidak cukup sumber kewangan, tapi ruginya ada orang tolak tawaran belajar sedangkan ada kemampuan

lagi nasihat untuk saya kerana menolak tawaran abah menyuruh sambung belajar lagi dengan alasan sudah berumahtangga dan sudah bosan mahu belajar. terima kasih abah kerana menampung semua kos pembelajaran saya sejak kecil hingga dewasa walaupun telah berumahtangga.

dialah abah yang tidak pernah gagal memujuk anak yang kerinduan jauh. dialah abah yang paling memahami tanpa pernah gagal memenuhi hajat hati. dialah abah yang tidak pernah lokek kata-kata sayang untuk semua anaknya. dialah bapa yang pertama kali mengungkap kata I LOVE YOU untuk semua anaknya setiap kali menamatkan perbualan di telefon. hingga membuatkan anak-anaknya paling rindu dan tidak sabar pulang kepangkuannya dengan segera. dialah segalanya.

untuk abah saya, dan semua bapa selamat hari bapa. the wonderful father he is.MR. ALI AMRAN SENAWI. saya dan kami semua doakan abah keberkatan di bawah lindungan kasih sayang ilahi. melindunginya daripada rasa sakit yang ditanggungnya. penyakit yang dihidapi serta buah pinggang baru yang membantu hidupnya. terma kasih lagi Allah kerana pinjamkan dia.

izinkanlah dia bersama kami lebih lama kerana kami sayangkan dia lebih dari segalanya. i love you ABAH. saya tahu dan mengaku, jasa dan pengorbanan abah tidak dapat saya balas, saya cuma mampu berusaha jadi yang terbaik hanya untuk redho abah sebagai balasan. saya janji.




Thursday, June 18, 2009

durry-an

...~oh kome
doroyan dah berbunge...~

perasan tak phrase di atas? dipopularkan oleh MR.OS satu ketika dulu. penyanyi, pelakon juga (kini) adalah hos rancangan pagi TV9 "Apekehey nyer". sangat sinonim dengan loghat peraknya yang sangat menghiburkan. berbalik kepada frasa lirik lagu tersebut, menyebut perkataan durian di situ, tetapi itu bukan lagu tema durian. durian selalunya femes di perak (mengikut pengamatan saya), kini terkenal seleruh asia. buah-buahan tempatan yang membanggakan, kini musimnya kembali lagi. kebanyakan orang meminati buah berduri ini, ramai juga yang tidak senang dengan baunya yang sangat kuat. suami saya refer baunya sebagai perfume yang melazatkan.

buat kenalan rapat yang mengenali, mereka sedia maklum keluarga saya punyai sebuah dusun yang dipenuhi dengan pelbagai pokok buah-buahan. paling banyak, durianlah. hampir 60 batang, menurut mr.soulmate yang menginterview datuk saya. dusun yang berusia belasan tahun ini di usahakan oleh ayahanda saya, atuk saya dan beberapa ahli keluarga lain. menjadi paksi pertemuan keluarga dan aktiviti kekeluargaan lain yang menarik. dengan ketinggian yang agak tinggi di atas bukit, suasananya sangat mendamaikan dan malamnya sangat mendinginkan. hinggakan abah saya yang luvly itu telah membina teratak keduanya di sini didiami secara tetap bersama isteri (ibu saya) juga dua adik saya yang lain. keluarga bapa saudara saya (adik abah) juga menetap tinggal di sini. dusun ini bertempat di batu 11, jalan gombak berdekatan dengan pusat taman rekreasi yang sangat popular zaman 80-an Mimaland (kini telah di tutup dan tidak beroperasi lagi).


bunga durian


bercerita sedikit tentang perkembangan pokok durian. selalunya, kita cuma dapati buah durian yang telah tersedia di dalam bakul untuk dijual di pasar malam atau pagi. ini dia bunga durian. sebagai pokok buah yang bermusim, ia mengambil beberapa fasa sebelum buahnya yang lazat (bagi penggemar durian) dapat dinikmati. saya kurang arif faktanya, tapi sedikit sebanyak saya tahu. ia mengambil masa lebih 4 bulan untuk membuahkan hasil selepas bunganya berputik. seperti pokok lain, selepas berbunga dan apabila bunga telah gugur mula lah proses berbuah. buah durian tidak sama dengan buah pokok lain yang masaknya harus dipetik, durian tidak perlu dipetik kerana ia akan gugur dengan sendirinya apabila dah cukup masak. tapi mind you, ia juga boleh gugur muda dengan angin kuat atau diganggu gugat oleh haiwan seperti monyet atau kera atau yang seumpanya. bergantung juga kepada cuaca untuk menentukan jadi atau tidaknya pokok durian berbuah lazat dan lebat.

sekitar di dusun

adik saya, dan sepupu-sepupu saya juga ibu saudara dan bapa saudara saya yang sedang hapily searching for the durry sambil menerangkan (menebas) kebun. selain durian, di dusun kami terdapatnya rambutan, manggis, pulasan dan beberapa buah-buahan tempatan lain. letih ohhh memandangkan geografinya yang berbukit. lantas memenatkan, tapi pasti menyihatkan.


ada juga petua orang tua-tua, untuk durian yang gugur muda, gantungkannya semula. nanti apabila cukup masak ia akan gugur sendiri. sepertinya yang kami lakukan dalam gambar (kecil) atas sebelah kanan. durian selain dimakan begitu sahaja, enak juga dimakan bersama pulut santan, atau dijadikan serawa durian dan dimakan dengan roti jala. hmmm yummy. atau yang terbaru, serimuka durian juga sangat sedap. saya namakan sebagai serimuka diraja. sempena warna kuning diraja yang dibuat menggunakan raja buah.

nak resepi serimuka diraja ke? ianya sama dengan resepi sebelum ini, cuma instead of gunakan pewarna hijau dan daun pandan, kita tukarkan kepalanya dengan pewarna kuning dan perasa durian. begini ya:)

untuk badan (bahagian bawah)
1. kukus 2 cawan pulut yang direndam selama 2 jam dengan 2 cawan santan pekat. (campurkan santan dengan 2 sudu garam)
2. kukus lebih kurang 15-20min, angkat dan tekan padatkan pulut
3. kukus lagi 5 minit

untuk kepala (bahagian atas)
1. 1 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair di masukkan ke dalam bekas
2. masukkan lebih kurang 8-10 ulas durian dan ramas di dalam santan
3. masukkan 3per4 cawan tepung gandum dan 1per4 cawan tepung jagung dan gaul sebati.
4. masukkan satu cawan gula ( kurangkan sedikit kalau sudah manis dengan durian) dan secubit garam untuk rasa lemak
5. masukkan bancuhan ke dalam pengisar/ blender bersama sebiji telur dan kisar lebih kurang 1-2 minit.
6. tuangkan bancuhan ke atas pulut tadi.
7. kukus lagi 15-20 minit dan siap.
8. sejukkan sebelum dihidang.




ummmm yummy!serimuka diraja

nak makan durian segar dari dusun? jom ramai-ramai ke dusun kami. sedap hingga menjilat jari dan kuku. betul!! jom arrr

ps to adik saya di kelantan: adik, ko tanak balik ke? sementara stok masih ada. balik cepat!



Friday, June 12, 2009

research paper dan award dan kenduri

Allah jualah yang menciptakan kasih sayang sesama manusia
agar dengan kasih sayang itu, kita menyayangiNya ~ATN, hasrizal

research paper
saya sudahpun menghubungi pensyarah yang menjadi penilai kedua mini thesis saya. beliau sudahpun memberi verbal comment untuk correction yang perlu dibuat. asalnya saya akan mengambilnya (thesis itu) di pejabat postgraduate hari ini, tetapi atas sedikit masalah teknikal, saya tangguhkannya kepada minggu depan. serentak dengan itu, saya telah sediakan sedikit buah tangan buat insan2 yang banyak membantu saya menyiapkan research saya. antaranya 5 responden interview saya (read: adalah sangat terlambat baru nak bagi sovenir, tapi tak mengapalah kerana it's better than nothing), kerani pejabat, rakan yang membuat proof reading dan beberapa insan lain.


cukuplah begitu (read: constrain budget seorang penganggur), sekalipun nilainya tidak seberapa namun usaha ada di situ. sama seperti usaha penerimaya yang mebantu saya seikhlas hati. walaupun mini thesis saya belum siap sepenuhnya sampai ke penghujung, namun saya rasakan tiada salahnya saya treat mereka lebih awal. tanda terima kasih saya in advance. huhu. tapi tiada niat melobi mereka. ikhlas dari saya. usaha tangan sendiri. untuk memberi keadilan untuk setiap penerima, saya timbang setiap bungkusan kecil 100g. disisipkan bersama kad kecil tanda ingatan berpanjangan.

award
sahabat saya anugerahkan saya dengan award. untuk teman wanita. saya ramai teman wanita yang saya sayang. namun, kebanyakan mereka tidak memiliki blog. atau saya tidak tahu mereka ada blog. setiap hari, trafik blog saya meningkat. saya percaya kebanyakannya datang dari teman-teman wanita yang mengenali saya. tapi saya tidak dapat mengenal pasti mereka, kerana semuanya silent reader. janganlah silent lagi kawan-kawan, muncullah dengan tinggalkan komen anda di petak jerit (baca: shout box) atau pun petak jejak (baca: comment box). jadi saya boleh pass kan award ini untuk kamu pula nanti! by the way, untuk sahabat saya khadijah yang kirimkan award ini, terima kasih ya!



kenduri
musim kenduri masih belum berakhir. saya dan mr.soulmate akan ke melaka esok. sepupu dari sebelah soulmate pula membina mahligai cinta. untuk lebih mudah, kami akan bermalam di rumah mertua saya di kajang malam ini. mr.soulmate akan terus ke rumah ibunya terus dari tempat kerja. jadi, saya yang keseorangan di rumah ni akan berangkat ke rumah bonda sendirian menaiki tren ke destinasi. sebelum itu perlu selesaikan insuran kereta dahulu. mr.soulmate akan jemput di putrajaya sentral sampai nanti.

eh, saya sudah kelewatan ni, nak kemas baju dan berangkat ke sana. doakan saya ek. happy best weekend semua. salam, nanti jumpa lagi. selamat hari jumaat juga!


Wednesday, June 10, 2009

walimah fatimatul husni dan hizam

Raja Sehari Disanjung Tinggi
Pusaka Warisan Melayu Kini
Raja Sehari Bertitah Di hati
Agar Direstui Perkahwinan ini

lengkap sudah geng 5 sekawan berumahtangga. tanggal 31 mei 2009 lalu sempurna sudah mahligai cinta sahabat kami yang terakhir, Pn. Fatimatul Husni Nawawi dengan jejaka pilihan hatinya En. Mohd Hizam. Syukur kehadrat ilahi, tepat seperti dalam perancangan, saya dan rakan 5 sekawan lain dapat bertemu di majlis sahabat ini setelah sekian lama tidak bertemu. Buat pasangan mempelai, tahniah dari kami semua.


pengantin penuh seri dengan dress peach coklat. marilah kita izinkan gambar bercerita ya~!

5 sekawan bersama pengantin. lengkap sudah semuanya berumahtangga.

antara kami berempat yang sudah berumah tangga, fatanah dan hikmatul mabruk telah pun menimang cahaya mata. kedua-duanya hero, kedua-duanya comel. fathi dan thaqif. baby, sangat tidak sinonim dengan kenduri yang mana sangat panas dan merimaskan, jadi kedua-duanya memiliki kerenah yang sama. kedua-duanya meragam aje...

kami (saya dan suami) sampai di rumah pengantin agak lewat. jam dua petang. kemudian menunggu ketibaan rakan lain, jadi ianya melarat hingga ke lewat petang. pengantin berhenti solat, jadi selepas solat saya dan jah siapkan a.k.a touch up semula pengantin. tiada bakat, setakat pengalaman sendiri sahaja. namun, sedikit sebanyak bolehlah menaikkan semula seri pengantin.ngeee

sekitar majlis bergambar bersama pengantin. pengantin juga bergambar dengan anak-anak saudara untuk mendapat aura kanak-kanak cepat sikit.hahaha...termasuk juga, bergambar bersama saya dan suami. plan asal untuk bergambar bersama suami-suami 5 sekawan yang lain terpaksa dibatalkan kerana masa tidak mengizinkan di mana fatanah dan imah terpaksa beredar awal. apa-apa pun kami tetap gembira kerana dapat bertemu, setelah sekian lama terpisah. menyaksikan 'perkembangan' hidup dan cerita masing-masing, sudah cukup puas bagi kami.

seterusnya, seminggu selepas resepsi di pulau pinang, saya berpeluang pula menghadiri resepsi pengantin di sebelah pihak lelaki pula di seri rampai berdekatan dengan wangsa maju, kuala lumpur. resepsi ini saya hadiri bersama suami, bonda saya, sahabat junior saya salmah, dan sahabat baik saya afida ayu serta anak dan suaminya. ayu berasal dari terengganu dan kini menetap di melaka. kebetulan, ayu menemankan suaminya yang berkursus di kuala lumpur, lantas tutut sama hadir ke majlis bersejarah pengantin memandangkan beliau tidak dapat hadir di pulau pinang tempoh hari.



ayu masih ayu seperti dulu. masih cantik masih manis dan tambahan saya rasakan dia semakin kurus. che hasan suaminya masih juga seperti biasa seperti mula-mula saya mengenalinya. adam pula anakanda comel mereka yang baru berusia 3 bulan mewarisi iras wajah kedua-dua ibubapanya. bayi comel ini sama seperti bayi-bayi lain, tidak selesa dalam keadaan kepanasan begitu. jadinya, dia sangat tidak berkompromi dengan kami. tidak memberi ekspresi muka yang comel untuk saya ketik fotonya. jelas kelihatan ibu adam yang agak panik dengan kerenah anakandanya. tidak dapat tunggu lama, mereka terpaksa mengambil keputusan beredar segera. adam selain kepanasan, mungkin juga kelaparan. bonda saya seorang pesara jururawat hospital bersalin yang berpengalaman, menasihatkan ayu supaya jangan panik lah. begitulah ibu muda. masih kurang pengalaman dan cetek ilmu pengetahuan. lantas saya juga dapat mengambil pengajaran.

adam masih lagi sangat tidak mahu berkompromi. kepanasan cuaca yang merimaskannya tidak mengizinkan kami bermesra dengannya. bonda saya juga tidak ketinggalan ingin merakamkan potret kenangan bersama adam. tapi, biasalah adam tetap tidak mahu. jadinya, potret yang dirakam agak tidak bersedia dan tiada peluang kedua lagi membetulkannya. heh. adam oh adam!

terakhirnya, kami mengambil peluang bergambar bersama pengantin. terkilan juga saya tidak dapat merakam banyak personal gambar bersama pengantin, lantaran melayan kerenah adam yang kerengsaan. tidak mengapalah. pengantin tetap berseri di dalam suit putih biru mereka. buat pasangan pengantin, tahniah diucapkan dari kami sekeluarga dan rakan semuanya. semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat dengan penuh keberkatan dan limpahan kasih sayang Tuhan.


Saturday, June 6, 2009

jodoh cinta

if a man forgets a woman's need
or a woman remembers man's mistakes,
it doesn't mean they don't love each other ~John Gray~

seperti yang kite semua sedia maklum, sekarang adalah musim mengawan. ramai yang mendirikan rumah tangga. tidak kurang juga yang menyambut ulangtahun perkahwinan (termasuk kami juga tidak lama lagi). tetapi tidak kurang juga banyaknya kita dengar dan baca di dada akhbar mahu pun media elektronik lain kisah perceraian rumah tangga. petanda dah tanak mengawan berkawan dan berkasih lagi.

ada kisah ustaz bercerai, kisah artis yang kene tangkap basah tak kawin-kawin lagi tapi masih intim, kisah yang baru sekejap je 12 hari kahwin, dah tanak sebumbung lagi dan macam2 kisah.

baru-baru ni pulak saya dan suami mengisi masa senggang menonton televisyen di malam hari sambil menonton siri halaqah yang dipengerusikan oleh pengerusi majlis yang biasa, ust syukri dan dipanelkan oleh wanita yang berkecimpung dalam bidang politik yang tidak asing lagi, Dato' Dr. Masyitah Ibrahim (used to be my lecturer back then). sekalipun kadangkala ramai yang tidak bersetuju dengan beliau, namun takleh nak bias lah kalau apa yang dia cakap tu ada baiknya. kita ambik je yang baik yang buruk janganlah telan ambik. sorang lagi panel ialah,tidak ingat nama. heh.( sorilah, lupa. mungkin ada yang boleh bantu?). membincangkan tajuk JODOH, saya ingin kongsikan bersama teman-teman isi pentingnya yang boleh kita ambil pengajaran bersama.

mengulas fenomena perceraian yang hangat kerap kali diperkatakan kebelakangan ini, Dr. Masyitah berkata,

orang sekarang dah tak malu dah. lagi suka nak cerita yang dia dah bercerai. dah single. kalau orang dulu, malu nak cakap dah bercerai.maluuuuu...kalau sekarang ni diadakan sambutan majlis pertunangan, majlis pernikahan dan persandingan secara grand dan hebat, esok2 nanti tak mustahil akan ada orang buat majlis kenduri perceraian....

huuhu...kalau itu terjadi, saya tak tahulah nak kata apa lagi dengan masyarakat zaman ini.entahlah....selang seli dengan panel lagi satu yang saya tak berapa ingat isinya, Dr.Masyitah menyambung lagi selepas diberi lalulan oleh tuan pengerusi. beliau menambah;
perkahwinan adalah ibadah. dalam islam, ada ibadah mengikut bulan tertentu contohnya puasa. ibadah harian contohnya solat dan ibadah tahunan contohnya haji. tetapi perkahwinan adalah ibadah sepanjang hayat...




haaa betul tak? ingat tu perkahwinan ibadah sepanjang hayat. tahniah buat sesiapa yang sudah mendirikan rumah tangga. sepanjang hayat kita sedang beribadah. berbuat baik kepada ahli keluarga dan pasangan adalah ibadah. kerana pesan nabi, orang yang terbaik adalah sesiapa yang berbuat kebaikan kepada ahli keluarganya. Dr.Masyitah ada juga beranalogi begini;

kalau dalam solat, kita terlupa sesuatu rukun, kita diajar sujud sahwi tanda membetulkan apa yang kita lupa. kita tidak disuruh berhenti dan memulakannya semula. begitu juga hubungan perkahwinan, kalau ada yang salah kita perbetulkan bukannya kita putuskan.

yelah,bak kata pepatah melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. sedangkan lidah pun lagi tergigit. biasalah tue. tipulah kalau ada yang kata hubungan rumahtangganya aman 24/7. tiada sedikit pun pergolakan. mungkin yang berkahwin atas dasar cinta dan suka sama suka, semuanya dianggap dan dirasakan manis untuk awal 6 bulan pertama. tapi tunggulah bulan-bulan dan tahun seterusnya. kalau tak banyak, pasti ada sedikit geloranya. tapi jangan risaulah. itukan lumrah. janganlah cepat melatah dengan mengatakan kita tidak serasi. memanglah belum serasi. sebab banyak lagi yang perlu kita pelajari dan dalami tentang pasangan kita. sabar dulu. Dr. Masyitah menyebut lagi;

nak memahami pasangan kita macam memahami anak kecil yang baru lahir. setelah bayi itu lahir pada usia sehari, kita tak tahu lagi apa yang dia suka makan atau suka buat. tapi selepas seminggu baru kita discover dia suka apa. tapi bila dah menganjak setahun, kita jumpa lagi benda baru tentang dia. kita sabar lagi melayan kerenahnya. hingga berusia belasan tahun, kesukaan dan ketidaksukaannya juga berubah. dan kita masih sabar dan melayannya hingga dewasa dan sehinggalah habis usia kita. begitu juga pasangan kita, dari hari ke sehari kesukaannya berbubah dan berbeza. masakan selepas 12 hari, selepas 3 bulan, kita dah katakan tiada keserasian antara kita dengan pasangan?

sabarlah. carilah dan ambillah masa untuk mengenali pasangan sebaiknya. kerana jodoh kita bertemu, dan janganlah pula salahkan jodoh juga bila takdirnya kita berpisah. akhirnya Dr.Masyitah menambah lagi, kenapa kebiasaannya tok kadi goncang tangan pengantin lelaki sewaktu akad nikah? ianya supaya sang suami berada dalam keadaan sepenuh sedar ketika akad dilafazkan dan secara sedar menerima tanggungjawab yang bakal digalasnya.



sekian, sungguhpun perceraian itu halal di sisi agama, tetapi ingatlah pesan nabi bahawa perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak. sampai situ dulu, yang baik kita manfaatkan, yang tak baik kita jadikan sempadan. sekali lagi sekalung tahniah pada sahabat2 yang baru menempuh alam rumahtangga. dan tahniah juga kepada yang akan dan telah menyambut hari ulangtahun perkahwinan mereka.TAHNIAH!