::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, May 15, 2009

salam ceria gembira

ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah
selawat ke atas nabi Ya rasullullah...


untuk hari ini saya punya beberapa sebab untuk merasa sebuah (oh mungkin lebih dari sebuah) kegembiran. beberapa perkara membuatkan senyuman saya bertambah indah dari biasa...kepada perasaan yang tidak indah, pergilah menjauh ya!




1. saya sudah siapkan elemen penting untuk penulisan thesis saya. supervisor saya yang cool itu tidak banyak kerenahnya, dan terus memberi green light kepada saya untuk submit ke ofice. proceed ke penilaian kedua (read: sepatutnya harusnya mendapat penelitian beliau dahulu, baru penilai kedua. dia percaya dengan hasil saya dengan sekali imbas). syabas! tu sebab saya kata beliau cool amat. yeay!
hari isnin saya akan selesaikan semuanya. harap tiada masalah dengan penilai kedua. korang doalah untuk saya lagi ek...


2. perjalanan perpindahan suami (termasuk saya) ke tempat kerja baru di rantau orang sedikit ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. doa saya agar perancangan jadual pemergiaan lebih perlahan adalah dimakbulkan Allah. mungkin ticker kecil itu sudah boleh diabaikan.saya bersyukur di situ, Alhamdulliah.

3. sebelum keluar rumah tadi saya mendapati kad jemputan perkahwinan sahabat saya Fatimatul Husni di peti pos rumah saya. tarikhnya hujung bulan ini. saya berasa agak gembira kerana saya berkemungkinan besar akan dapat menghadiri majlis tersebut. lantas saya boleh bertemu dengan semua yang saya rindui. mereka pencipta kenangan bersama saya sewaktu menuntut ilmu tidak lama dahulu.

4. hari ini hari terakhir ibu saya bekerja setelah lebih 30 tahun berkhidmat sebagai jururawat. di Hospital Kuala Lumpur. beliau sudah (akan) berpencen dan berkemungkinan besar sepenuh masa di rumah. yeay!best. sekalipun saya tidak serumah dengan ibu yang sedang menukar jawatan kepada desperate full housewife itu, namun saya tumpang gembiralah bagi pihak adik-adik saya, dan seisi rumah seluruhnya.heh.

5. mr.soulmate akan pulang lebih awal dari biasa. selalunya asyik pulang lambat sahaja. lepas magrhib atau sesudah isyak baru sampai rumah.(huh!am i complaining? eh, taklah...) tapi betul ke dia akan sampai sebelum maghrib hari ini, seperti kebiasaan yang dulu2?

itu ajelah ciri-ciri kegembiraan saya setakat ini.
selamat bergembira di hujung minggu!

No comments: