::.Da' Sweet Friend Follows.::

Showing posts with label murtabak ayam. Show all posts
Showing posts with label murtabak ayam. Show all posts

Wednesday, June 2, 2010

murtabak in da house

When baking, follow directions
When cooking, go by your own taste ~
Laiko Bahrs


lama dah takde berkongsi resepi. jom belajar buat murtabak versi paling senang. mula-mula kita perlu sediakan kulit murtabaknya terlebih dahulu. kalau mahu lebih senang, guna kulit popia je, yang sedia di kedai. atau kalau rajin, boleh uli tepung untuk buat doh sama seperti roti canai.


untuk arahan selanjutnya, klik di laman mama fami nih. dia ade cerita step-by-step cara membuat roti canainya.

kalau buat kulit untuk murtabak, cukup setakat step no 10 jer. ok bila kulitnya sudah sedia, kita siapkan inti untuk murtabak pula.



gambar 1: bahan-bahan yang diperlukan

a. 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
b. 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
c. 1 atau 2 sudu besar serbuk rempah kurma (bancuh dengan air menjadikan pes)
d. 200 g atau lebih (ikut kesukaan) isi ayam (dicincang halus / dikisar dalam food processor)
e. 100g kobis bulat dan 1 batang lobak merah (diracik halus)
f. garam dan gula secukup rasa
::~tumis bahan mengikut turutan sehingga cukup masak~::

gambar 2: dalam mangkuk lain, pecahkan 4 biji telur dan dipukul sedikit bersama garam secukup rasa

gambar 3: campurkan bahan gambar 1 yang sudah siap dimasak ke dalam bahan gambar 2. kemudian, panaskan kuali dengan sedikit minyak, dan cedukkan dua senduk bancuhan ke dalam kuali dan masak seperti menyediakan telur dadar. ulang proses sehingga habis.

gambar4: canaikan satu keping doh kulit murtabak. pecahkan sebiji telur dalam mangkuk berasingan dan pukul sedikit. sapukan sedikit telur di atas kulit murtabak dan letakkan telur dadar a.k.a inti murtabak di tengah-tengah. sapukan lagi telur di atas inti.


::lipat kulit murtabak empat pejuru menutupi keseluruhan inti.
::masak di atas kuali leper yang dipanaskan dengan sedkit minyak dalam lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
::balikkan dan masak lagi sebelah.
::gunakan api sederhana kecil supaya murtabak tidak hangus.


ini dia hasil murtabak yang telah siap walaupun dengan rupa yang tidak berapa cukup segi empatnya.

potong empat bahagian dan sedia dihidangkan. in my case, masuk dalam cointainer buat bekal en. tuan suami ke pejabat.

sekian, selamat mencuba...