::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, May 29, 2009

utusan raja sehari

semarak kasih jalinan budi
segunung harap seikhlas hati
dengan penuh rasa syukur dan horamatnya
kami mempersilakan

*En. Mohd Khairuddin dan Pn. Ila Nursalida serta keluarga*

akhir-akhir kebelakangan ini, sering saya dapati di peti pos rumah saya, kad-kad wangi yang kebanyakan dimuali dengan ungkapan seperti di atas. kebanyakannya sekitar hujung may dan awal jun. biasalah, bila dah kad wangi (kekadang tak wangi pun ade) dan dimulai dengan ungkapan manis seperti di atas. jemputan ke walimah, perutusan raja sehari.

cek-cek kalender, rupanya ini musim cuti sekolah. patutlah ramai yang kenduri. ramai yang membina mahligai cinta bahagia. jika tidak silap saya, lebih kurang 5 jemputan yang kami diundang. tetapi maaflah, ternyata tidak semua undangan dapat kami penuhi. apa-apa pun tahniah kepada anda semua yang bakal melangsungkan hari bahgia. notation ini goes esspecially for;

the friends,

1. Fatimatul Husni Nawawi dan Mohd Hizam Azmi (31 Mei 2009 )
bertempat di pulau pinang, insyaAllah akan kami hadiri. bertolak mungkin malam nanti. dan akan transit di rumah ibu saudara saya di ipoh. sahabat ini adalah sahabat paling rapat. teman sekuliyah, teman sebilik, teman sepermainan, teman kepercayaan, dialah teman tika duka lara. saya sangat bersyukur akan dapat bersamanya di hari bahagia beliau. tidak sabar juga nak jumpa teman sepelajaran yang lain. kami gelarkan diri kami 5 sekawan. saya rindu kamu semua!muahhahhaaa. jumpa di sana!

2. Farida Pasha Mansor dan Ahmad Fikri (4 Jun 2009)
bertempat di perlis indra kayangan. eh hari khamis? ini yang susah ni fren. jadi dukacita saya mungkin tidak dapat menghadirinya. baru lepas seminggu ke penang, saya tidak rasa mr. soulmate akan temankan saya ke perlis pula. lagipun khamis hari bekerja laaa. pasha juga teman baik dan rapat. mengenalinya sewaktu saya mengambil ijazah kedua. kami bersama-sama ke kuliyah, berkongsi cerita, teman sebilik, dialah teman tika 5 sekawan semua telah meninggalkan bangku pelajaran. bersama dialah saya teruskan pengajian dengan segala mehnah dan pancaroba, segala letih dan penat menyiapkan assignment. double degree dapat saya sempurnakan bersama semangat beliau juga dorongan beliau. thanks my freind, sorry can't be with you...:((

3. Mardziah Hayati dan Nor Amin (6 Jun 2009 dan 21 Jun 2009)
bertempat di gurun, kedah. lor, jauh juga. ini teman saya juga mr.soulmate. kami kenal ketika sama-sama menjadi committee taaruf week. rakan baik kepada JR yang juga teman sepejabat mr.soulmate. kemungkinan juga tidak dapat saya hadiri. doa aje pengganti diri. tahniah mar..

4. Shaiful Nizam Razali & Norsahmilahyani (7 Jun 2009)
bertempat di kepong, berkemungkinan akan kami hadiri. beliau sahabat mr.soulmate. kalau mr.soulmate pergi, saya ikut aje.

5. Dr.Fatimah & Hakimi (30 Mei 2009)
tarikhnya jatuh sewaktu kami di jadualkan berada di ipoh. jadi, maaflah tidak dapat hadir. mempelai adalah sahabat mr.soulmate, tahniah diucapkan.

sekalung tahniah dan penghargaan buat semua, semoga bahagia dan berkekalan hingga akhir hayat.

doa saya, sama seperti doa yang tertera di kad jemputan,

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, limpahkanlah barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini. Jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalan ketaatan terhadapMu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah, serta berilah ketenangan kepada mereka di dunia dan di akhirat. Amieen.


No comments: