::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, April 28, 2009

unlimited love

isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
di rumah dia isteri di jalanan kawan
di waktu kita buntu dia penunjuk jalan


sudah 3 hari saya out from our lovely home. saya mengikut mr.soulmate bertugas di luar. dan jadualnya mungkin berpanjangan hingga hujung minggu ini. sekali sekala ubah mood tiada salahnya kan. meski saya keseorangan di bilik hotel sementara suami keluar bekerja, i'm not really bother. bila bosan saya berjalan-jalan dan cuci mata di mall seberang jalan.heh. juga ini peluang saya berlayaraan memandangkan tiada jaringan internet percuma di bilik saya menginap. kata suami, ini hadiah untuk saya kerana membantu beliau berkenaan program almuni minggu lalu. saya akan ceritakan pasal program alumni, SAMTKKB di lain masa ya!(selepas saya selesai edit semua gambar2nya).

sekarang i'm in the state of finishing my thesis writing. thesis saya dalam bentuk qualitative bukannya quantitaive seperti yang kebanyakan rakan-rakan saya jalankan. anda pentingkan mana satu antara dua? pentingkan quantity ke quality. eh konfius ek apa itu quality atau quantity?

quantity menitik beratkan angka, nombor atau jumlah. quality pulak mementingkan value atau nilai.okey saya datangkan beberapa contoh untuk lebih kefahaman ye!

bagi suami:
jika suami yang menitik beratkan quantity, dia sukakan isteri yang ramai. lagi banyak lagi dia suka. tetapi, yang sukakan quality, cukuplah seorang isteri. dengan yang satu itulah dia berikan sepenuh kasih sayang, cinta dan perhatian. hanya kaulah yang satu bertakhta di hati.

bagi isteri:
isteri yang pentingkan quality, dia inginkan setiap detik masa, suami ada bersamanya. setiap saat setiap minit. tidak perlu buat apa-apa pun tidak mengapa, cuma ada di rumah setiap masa. tidak kira waktu dan ketika. tetapi isteri yang mementingkan quality, tidak kisahlah andai sang suami pulang ke rumah 2 kali seminggu (atas alasan bekerja sahaja),yang penting quality masa yang dihabiskan bersama suaminya. saat suami itu ada bersama, beliau dilayan bak putera raja, dijaga makan pakai dan minumnya. diajak solat berjemaah bersama, menjalankan ibadah berdua dan segala aktiviti yang dilakukan adalah bersama-sama berdua-duaan. tidak perlu ada setiap masa dan ketika, tetapi tika bersama sedetik pun tidak dirugikan sia-sia

bagi ibu bapa:
ibu bapa kalau boleh tidak mahu berada di luar lingkungan anak-anak. mahu setiap masa menyaksikan anak-anak membesar. mahukan anak-anak sentiasa di depan mata. tidak buat apa pun tidak mengapa. di rumah sentiasa. kepada ibubapa yang pentingkan quality, walau jarang berada di rumah tetapi sedikit masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. seluruhnya. masa yang ada ibu berborak dengan anak seperti rakan baik. ayah bersama anak bujang main playstation atau menonton bola.

bagi anak:
anak yang pentingkan quantity inginkan ibu bapa selalu berada di rumah. hingga tidak bekerja pun tidak mengapa. dia senang berada di rumah selesa bersama ayahbonda. untuk yang sukakan quality, tika ibu bapa di rumah mereka membantu seadanya. tolong ibu masak, tolong ayah basuh kereta. picitkan kepala ayah yang kepenatan dan urutkan badan ibu yang keletihan.



bagi saya:
saya lebih sukakan quality. saya tidak kisah suami sering keluar outstation. kerana itu saya tegar ditinggalkan sendirian di hotel di mana saya menginap sekarang, sedang mr.soulmate itu keluar bekerja. agar nanti, tika dia pulang, saya yang menyambutnya di pintu hotel, menemankannya berehat, kemudian solat dan beribadah bersama. Saya tidak kisah kebosanan keseorangan di sini, asal saya dapat manfaatkan sedikit masa yang ada bersama dia.

saya juga tidak kisahkan tidak punya ramai kawan. asalkan punya seorang sahabat yang memahami, mengingati juga mengasihi saya tanpa sempadan.unlimited love.

saya tidak kecewa atau bersedih hati tidak tinggal sepenuh masa dengan ibu bapa dan adik beradik saya (my save zone people) setiap masa, asalkan mereka tetap sayang, rindu dan kasihkan saya tanpa sempadan. unlimited love.

eh cukuplah dulu saya bermonolog sendirian. kawan-kawan yang membaca, terima kasih ya. saya tidak kisah jika tidak ramai yang membaca tapi saya cukup hargainya walaupun sedikit tegar mahu tinggalkan kesan di kotak jejak. tada..sampai nanti kita jumpa lagi...:)


Friday, April 24, 2009

CA'A wedding

kita hanya merancang, Allah yang menentukan
terimalah dengan redha

salam, hye semua. terima kasih atas doa anda. saya sudah selesai kedua2 paper untuk lapan subjek peperiksaan saya. saya kepenatan mengulangkaji kerana saya ulangkaji di saat akhir (it's me!). yang pasti sudah selesai. cuma tinggal penulisan thesis saya untuk melayakkan saya graduate dengan cemerlang.

sekarang saya bersama suami (dan rakan-rakan) di ss5, kelana jaya. mesyuarat tergempar. sebetulnya esok ada program alumni sekolah beliau (SMATKKB) selepas 10 tahun meninggalkan alam persekolahan. secara tidak langsung saya terlibat. satu slot khas untuk saya. saya diberi ruang untuk ceramah 'masa depan kerjaya selepas sekolah' (doakan saya kawan2. neves nih.) satu perkara yang mendukacitakan ,mr.soulmate itu dipaksa bertugas esok hari. so, camna? sudahlah beliau ini pengarah program. itulah sebabnya mesyuarat tergempar ini diadakan. tak tahulah nasib saya seorang diri di sekolah orang nanti. (read: saya tidak sama sekolah menengah dengan mr.soulmate). harapnya semua lancar. doa ye kawan2.


ingat tak minggu lepas, juga suami saya terpaksa bekerja hujung minggu hingga melewatkan jadual kami ke kenduri saudara saya. itu dia sepupu saya. shaharuddin mohd shahrim yang mesra dengan panggilan CA'A. isteri beliau, azwin sangat manis dan peramah. kak win, selamat datang ke dalam lingkungan kemesraan keturunan megat dahalan (read: arwah bapa ibu saya). selamat pengantin baru for both of you. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. bahagia selamanya.


ini saya dan keluarga. pada awalnya, saya membantu menghidangkan bubur anak lebah (read: officially dibuat oleh bapa saudara saya) kepada tetamu di meja buffet. hangat2 tahi ayam, saya menyertai adik beradik yang lain bermesra. inilah aksi-aksi kami,yang penuh riang dan ria selalu seadanya. abang dan adik, i'll miss kemesraan ini tak lama lagi.waaaa :(

di mana-mana, hero baru keluarga kami ini pasti tidak ketinggalan. harusnya gambar si kecil comel ni sahaja yang memenuhi memori kamera saya. baju oren tom and jerry (pemberian saya), sungguh comel dipakai si kecil nih.keriuhan paluan kompang, melayukan matanya hingga terlentok di bahu adik saya. pitty, him.

ini saudara mara sebelah ibu saya. yang berkaca mata hitam (selain saya) itu, adalah bapa saudara saya (ayah ngah). gambar atas sebelah kanan, kami empat beradik (perempuan) bergambar dengan ayah ngah yang (nampak) hensem itu. isteri (baru) beliau mendendangkan banyak lagu untuk sesi karaoke pada petang acara majlis. cayalah mak ngah!. abang ngah dan kak ngah juga tidak ketinggalan berduet romantis lagu 'dua insan bercinta'. sungguh funlah di petang itu.


sebelum pulang, kami sempat bergambar dengan pasangan raja sehari. tidak ketinggalan, abang saya dan kakak ipar, ibu dan mak we saya, makwe dan anak bongsunya, juga saya dengan adik-adik perempuan saya. pengantin-pengatntin yang telah lama juga teringin bergambar berpasangan di atas pelaminan indah tanpa pengantin. mengimbau nostalgia la tuh..hehe


okeylah, nampaknya si comel lappy saya nih dah kehabisan nyawanya. jadi haruslah saya berhenti di sini dahulu. doakan saya untuk penyampaian esok ya sahabat!. sampai nanti, kita jumpa lagi. ~tadaaa~...

Wednesday, April 22, 2009

bebelan diri (baik jangan baca!)

psychic energy manifested by the life instinct
that drives a person towards

pleasurable behaviors and thoughts.
~freud~


i'm on my way for the second battle. sahabat saya bertanya, battle apakah itu? saya referkan kepada periksaan akhir saya yang melayakkan diri untuk tamat pengajian ini. huh, letih, okey. saya sudah selesai 4 subjek pertama (dalam satu paper). saya tinggal 4 subjek lagi, juga dalam satu paper. satu paper yang pertama itu adalah core course. manakala yang lagi 4 untuk esok adalah paper specialization (apakah makna penjelasan ini? do they care?).huh.


untuk paper core course semalam (yg mengambil masa 4 jam), lenguh la pinggang dan tangan saya merapu di situ. saya boleh menjawab, tapi betul atau tidak bukan saya yang menilai. moga2 para penilai menilai dengan penuh generous dan courtesy sekali harapnya. untuk sepecialization esok, saya kurang pasti. dan saya kurang fokus apa yang nak difokuskan. dalam 4 subjek yang luas, hanya satu soalan ditanya untuk setiap subjek. bagaimanakah? inilah saya yang malas dan ntahape-ape..

maaflah, saya sedang membebel pada diri sendiri. lantaran saya tau takkan ada orang (personal) yang akan layan bebelan saya. sekalipun saya mula mem'buzz' rakan online di-YM saya. saya pasti akan di end-upkan with, rakan saya itu akan pergi begitu sahaja tanpa sebarang greeting. saya jugak yang akhirnya ditinggalkan sendirian. sedangkan saya adalah tidak pernah (atau mencuba untuk tidak) melakukan sedemikian. atau mungkin juga bila saya cuba menghubungi kontak yang berada dalam talian saya, dia cuma akan mengangguk sahaja tanpa danpat menghidu saya dalam state kebosanan amat. tidak dapat membantu.

kenapa ya, sukarnya untuk orang lain fahami kehendak dan keinginan kita tika kita memerlukannya. susah sangat kah nak memahami? untuk orang2 yang dekat dengan hidup (personal life) saya, mereka saya kira senang mengenalpasti riak wajah dan kehendak saya. tapi kenapa simply ignoring? isn't them know/realize their ignorance itu menyesakkan saya? am i demanded right know? mungkin ya. sebab saya dah letih menzahirkan apa yang saya mahu. emotionally i need somebody (yang truely memahami).


memahami dalam erti kata, saya tak perlu nak remind what i like most (to be treated). saya tak suke okey, ditinggalkan tanpa greeting. saya tak suke okey, berjalan tanpa accompany, nobody holding me. saya tak suka okey, bertanya dan tiada jawapan. saya tak suka okey, orang buat-buat (atau betul-betul) dah lupa saya. saya tak suka sesuatu yang kabur tanpa penjelasan. sile jelaskan motif anda. saya tak suka okey, tuduhan melulu ke atas saya. saya juga tidak suka okey, orang perli2 dan sindir2 saya. saya tak suka okey (nampak) terhegeh-hegeh menagih simpati perhatian. untuk saya membaiki rasa hati yang luka, izinkan saya treat mereka as how they treat me. just not be simply me. jahatkan saya kalau dia tak suke greet saya, saya jugak tanak greet dia. kalau dia tanak hold saya, saya pun tanaklah hold dia. kalau dia tanya, saya tanak jawab. kalau dia buat-buat lupa dah kat saya saya pun nak lupakan dia. boleh tak kalu saya pulak perli2 dan sindir dia? biar saya tak sakit hati. biar saya camni.

pantas mr.soulmate (yang sentiasa bersama setiap ketika dan waktu) berkata '"bukan kah junjungan besar Muhammad SAW telah mengajar, yang jahat di balas dengan baik? sebagai contoh, beliau mendoakan musuhnya dengan yang baik-baik. sekalipun hingga tahap beliau dibaling dengan najis, sedang dakwahnya di taif, dia tetap melayan/membalas perbuatan mereka dengan baik. dia adalah orang yang
Assyidda'u 'alal kuffar, wa ruhama'u bainahum" yakni, keras terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mereka."

kenapa saya tidak menyahut seruan itu?nggeeee!


uhh..apakah saya merepek tak tentu hala ni. bukankah saya perlu bersihkan hati dan maafkan semua orang untuk mengulangkaji? bukankah saya dalam latihan positif diri? bukankah saya perlu sayang semua orang yang berada di sekeliling saya? tidak kah saya tahu, kalaupun mereka tak buat apa yang saya suka, deep inside mereka masih perlukan saya?

itu sahaja. sesi bebelan pada diri sendiri sudah tamat.saya cuma perlukan doa semua. doakan saya untuk battle esok pula ya!


Monday, April 20, 2009

western, anyone?

siapa sebenarnya aku padamu
untuk sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu

saya sedang dalam persiapan akhir for tomorrow's battle. tetiba rasa lapar, saya terfikir nak makan begedil. additionally, nanti buat sup pula boleh makan dengan bihun for dinner with hubby. sambil membuat ulangkaji, saya rebus ubi kentang. kemudiannya saya hubungi ibu saudara saya bertanyakan resepi lengkap untuk begedil. upss... rupanya saya tersilap, menerut beliau (yang mesra dengan panggilan ucu dikalangan kami) kentang untuk begedil tidak boleh direbus, nanti lembik. kalau nak rebus pun rebus separa masak jer...sambil bercakap di talian tu, rebusan kentang saya pun telah empuk sepenuhnya.

apalagi, saya panik seketika. akal waras saya membuat keputusan, ubi kentang rebus ni boleh dijadikan kentang lenyek atau lebih tekenal dengan panggilan "mashed potato". perut saya juga lapar, jadi saya rasa elok juga dibuat hidangan minum petang ni.heh.



cara membuatnya;
1. rebus beberapa biji ubi kentang sehingga empuk bersama garam
2. lenyek kentang dan gaulkan dengan lada hitam (mengikut rasa, lagi banyak lebih hot)

untuk kuahnya,
1. panaskan 2 sudu mentega
2. masukkan air stok ayam
3. pekatkan dengan sedikit air tepung jagung
4. renehkan hingga pekat

scoopkan kentang dan tuangkan kuah di atasnya. enak juga makan dengan roti bakar. atau enak juga dimakan dengan ayam goreng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.

sekian, doakan kejayaan saya untuk 4 paper yang pertama ya!


Saturday, April 18, 2009

pasrah menanti kepulangan

things happen on God wills

sebetulnya sekarang sepatutnya saya di ipoh, perak. saudara saya melangsungkan perkahwinan di tambun. namun, saya masih lagi di teratak indah yang dipinjamkan oleh bonda saya. lantaran suami saya masih di pejabat hari ini. urusan kerjaya yang tidak dapat dielakkan mendahului sanak saudara dan keluarga. sekalipun umum (refer to teman-teman saya) mengetahui saya sedang dalam mood peperiksaan, namun niat saya untuk bersama kaum keluarga dan sanak saudara dari pihak sebelah ibu saya tidak menjadi penghalang.



dengan segala rasa dan penuh penantian saya menanti kepulangan mr.soulmate. agar nantinya akan kami segerakan keberangkatan ke sana. begitulah adat orang makan gaji, tuntutan kerja mengatasi kasih sayang keluarga. demi tugasan untuk negara, apa sahaja mampu dan rela mereka korbankan. walau dalam pedih, walau dalam berat hati, saya terpaksa menerima keputusan soulmate menangguhkan perjalanan yang dijadualkan semalam. saya tahu dan saya sedar perkara ini terjadi adalah sebagai ujian dalam menguji kesabaran saya. jika ikutkan rasa hati, ingin saya pergi kepangkuan sanak saudara di sana sendirian. tetapi atas dasar kasihkan lelaki ini, tidak sampai rasa hati saya meninggalkannya pulang kepenatan bersendirian. kalau bukan saya tempat dia untuk mengadu penat lelah dan sakit pening siapa lagi? kalau bukan saya insan yang memahami serta mengerti tugasan berat yang digalas di atas bahunya, siapa lagi?



dalam usaha saya membentuk aura minda positif, saya mencuba melihat setiap kejadian yang berlaku dari sudut manisnya instead of dari sudut kepahitan ianya berlaku. dalam konteks cerita hari ini, saya masih ada punya ruang masa untuk mengulangkaji, saya juga punya sedikit lebihan masa untuk mengurus teratak indah ibu saya ini. saya juga mampu memberi penumpuan dan persediaan untuk beberapa perkara. saya harus lupakan janji yang dibuat untuk pulang awal, harus lupakan keseronokan bersama keluarga. yang pentingnya, saya bukan tidak akan pergi langsung, cumanya saya dijadualkan tiba lewat dari rancangan asalnya. aura positif minda saya juga memberitahu, saya cuma lewat, bukannya never will be arrive kan...moreover, majlis resepsi bagi pihak sepupu saya yang lelaki ini adalah esok (ahad), bukannya hari ini (sabtu)! jadi minda saya berkata, senyum dan cerialah...:)

buat sepupu saya yang mesra dengan panggilan nyah a.k.a CA'A, tahniah on ur wedding.
Selamat Pengantin Baru

Wednesday, April 15, 2009

story for journey and procrastination

jika kau fikirkan kau boleh
kau pasti boleh melakukan

cepatnye masa berlalu. ade yang perasan (fokus) tak, ticker kecil kat sebelah tu? it's remind me a month to go. uppsss cepatnye. lagi sebulan saya akan (terpaksa) meninggalkan orang-orang dan kawasan-kawasan di zon selamat saya. adalah halnya saya ini sangat suka bermalasan. atau juga bak kata pn ayin yang cemerlang, sikap suka bertangguh. makin sikit hari, makin malas saya. wahai syaitan malas dan suka bertangguh, pergilah kau jauh dari badanku. pergilah...syuh..syuh...




lantaran hobi saya yang sukakan (tapi benci) procrastination ini, makanya saya terpaksa memohon extension for time submission untuk paper saya. sepatutnya harus dihantar jumaat ini untuk semakan penilai kedua. namun sekali lagi lantaran sikap buruk saya (yang selalu dileteri suami) ini, saya gagal menyiapkannya. kawan-kawan doa ye. agar saya lebih maju. lebih berdaya saing. dan lebih bersemangat.

till then, doakan syaitan suka menangguh kerja ini pergi menjauh!


****updated after lunch****
saya lah generasi itu, sayalah yang kurang bersenam itu, sayalah yang gemuk itu.
lantaran, cuaca tidak menentu sekarang (alasan kan!)
ngeeee :)

Thursday, April 9, 2009

exam period

learning is a journey not a destiny

saya selesai satu peperiksaan hari ini. tinggal lagi comprehensive exam yang melayakkan saya graduate semester ini. sebanyak 8 paper lagi. 4 paper in one go. jadi dua harilah untuk 8 paper. semua paper ni actually has been taken in the previous semesters since I started the course 'once upon a time' lama dahulu.heh.

lihatlah kecemerlangan saya dalam menghadapi banyak paper untuk peperiksaan ini. semalam, sambil mengulangkaji untuk pepriksaan hari ini, saya sempat mereview skill memasak saya. ntah apa gile saya ni. saya sempat buat tiga jenis desert dalam satu hari. cemerlang lah sangat...ngeee. pagi bangun dari tidur selepas hantar mr.soulmate (depan pintu) pergi berkerja, saya siapkan kek batik. petangnya pula saya sempurnakan bubur sum2 (resepi dari kak liza) dan review semula kuih seri muka. heh. tapi semuanya mudah sahaja.

untuk kek batik itu resepinya cuma milo (dilarutkan dgn sedikit air) dimasakkan dengan mentega yang dicairkan, susu pekat untuk rasa manis, dan campuran badam kisar. masak sehingga pekat. kemudian ratakan selang seli dengan biskut marrie. sejuk bekukan dan boleh dinikmati.



untuk resepi bubur sum-sum dari kak liza, setengah cawan tepung beras dilarutkan dengan satu setengah cawan santan dan sedikit pewarna hijau. masak hingga pekat. sejukkan dan makan dengan air gula. mudah kan...ada yang buat warna putih, jadi eliminate lah pewarna hijau itu. saya suka yang berwarna hijau.

[courtesy gambar dari carian google]
yang saya buat tak sempat diketik fotonya sedang entri ini di tulis.

ok, ini pula review kuih seri muka. kenapa saya kata review? sebab sebelum ini saya telah kongsikan resepinya di sini. cuma review ni adalah apabila saya buat menggunakan bahan sedia ada di rumah (santan segera dan pewarna hijau serta perasa panadan) dan untuk kuantiti sedikit mengikut jumlah isi rumah (2 orang). lagi pula review ini bermakna ringkasan dari resepi penuh yang asal. kerana kawan saya (aqilah) kata, resepi itu agak complicated. okeh meh saya senangkannya.

mula-mula, masak pulut dulu dengan santan. kiraannya, jumlah santan sama dengan jumlah pulut. untuk kali ini saya buat, 1 cawan pulut yang telah (kembang) dengan satu cawan santan. masak selama 15-20 minit.

untuk yang hijau atas pula, konsepnya, kalau pulut dan santan (yang tadi) adalah satu cawan, jadi yang atas hijau juga harusnya mendapat satu cawan untuk kombinasi tepung dan gula. jadi setengah cawan tepung gandum (campur sedikit tepung jagung) dan setengah cawan gula. dibancuh dengan secawan air. setitik pewarna hijau 2 titik perasa pandan.

setelah pulut masak, padatkan pulut, kukus semula sebentar, dan tuangkan bancuhan hijau tadi. masak lagi lebih kurang 15-20 minit. selesai. mudah kan?


hehe..inilah syndrom yang melanda dikala menjelangnya peperiksaan. syndrom tiba-tiba rajin. ramai sahabat saya mengakuinya. contohnya rakan yang telah saya anggap sebagai saudara ::amyyna, uncle amir daughter:: juga saifuddin (rakan tfrm) yang tetiba teringat nak basuh baju di kala sedang menjawab peperiksaan. dan saya pasti ramai lagi rakan mengalami syndrom yang sama kan. eheh, udahlah, saya mahu sambung mengulangkaji..tadaaa~~


Monday, April 6, 2009

sharing is caring

"Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."~Sabda Rasul SAW~

cuaca agak tidak menentu sekarang. kejap hujan kejap panas. biasanya, bila pagi dah hujan, petang cerah. tetapi kekadang tidak juga, even pagi hujan membasahi bumi, petang juga bumi turut bermandikan hujan. impaknya, saya flu and fever. seperti biasa, pasti saya tidak sukakan ubat dan yang sewaktu dengannya.

(on the way pulang dari rumah mentua, saya adalah sangat tidak larat T_T)

satu yang saya suka waktu begini ialah, suami saya. saya sangat suka bila mr.soulmate itu mula telefon berkali2 dari pejabat dan bertanyakan tentang keadaan saya. saya suka juga bila soulmate tanya, "nak ape-ape?" bila singgah di kedai serbaneka 7-11 (while at it saya ketiduran di dalam kereta). saya suka bila malam hari he hug me comfortly dan bisik ke telinga saya "kalau ade ape-ape nanti kejut abang tau". when wake up in the morning, first thing he did is touching my forehead and say, "dah tak panas dah..dah okey kan.." disambung lagi dengan " baju belum gosok...". all and all, walaupun saya tidak sukakan keadaan saya yang merimaskan ini, saya sukakan kasih sayang yang jarang-jarang ditunjukkan secara direct ini.

begitulah lelaki yang saya sayang dan kenal dalam hidup ini. abah juga dulu begitu. sangat menunjukkan kasih sayang bile time2 sakit nih. huh sampai terharu dibuatnye...waktu nilah teringat balik dosa2 merajuk, marah, buat perangai dan kerenah2 lain. akan tetapi sebagai counterpart yang sangat baik hati, i know what deep inside his heart. saat itu, hati tersenyum dalam hiba :)

suami saya yang bijaksana itu selalunya is great in showing his love and care for me by helping me folding the cloth, throwing out the rubbish, cleaning the house while i am preparing lunch, (during weekend biasanya) and list goes on and on. but it doesn't mean that, i'm not doing all the tasks, it is just the way he show his love to me..i'm loving it..ngeee

teringatkan sebuah hadis ada menyebut yang mafhumnya,
bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

to mr.soulmate, thanks for the love share. i belief, no other person can be best like you are. i cant afford having had a friend that can play role as a friend, lover and good counterpart at the same time. who is verily understandable, patient and care. i could not afford losing you by the short while. please be with me, please calm me, please love me more than i have had before. luv ya! untuk semua isteri, sayangilah suami anda, hiduplah di dalam redhanya, kerana di situlah letaknya bahagia dan keredhaan Allah taala...Wallahu'alam.


Wednesday, April 1, 2009

fat burning

Life is not measured by the breaths we take,
but the moments that take our breath away

adik perempuan saya yang belajar di kelantan pulang minggu lalu. cuti katanya. saya teruja dengan kepulangannya kali ini kerana dia menyatakan bahawa leher saya kelihatan semakin panjang (read: i'm reducing fat). saya sebetulnya kurang percaya, tetapi sedikit sebanyak terkesan...

rutin harian saya sedikit berubah kebelakangan ini. sebelumnya, sementara menuggu mr.soulmate menjemput pulang, saya menghabiskan masa bersama teman di tempat saya berada. namun, atas alasan malu memandang diri sendiri di cermin, saya menubah rutin. kali ini, setiap petang (jika cuaca mengizinkan) saya membakar lemak yang telah sekian lama bermanja dengan saya. jadi lokasi saya tentunya, di pusat sukan wanita, taman ilmu dan budi.


buat sahabat perindu taman ilmu dan budi, saya sajikan sedikit pembangunan baru di pusat sukan wanita ini. bagi membantu pembakaran lemak yang optimum pihak pengurusan membina alatan-alatan ini sebagai exersize aid.



alat-alat dan pusat sukan ini adalah strictly for sisters. tetapi yang saya sedihkan kehadiran rakan brothers semakin ramai di sini. rasa sangat tidak aci. nak marah pun ada. kalau mampu macam nak jerit je, pergi lah korang punye sport complex...nape nak main kat sini jugak? hmmm mungkin di sini lebih baru dan lebih best, jadi mereka memilih yang di sini. kenapalah pengurusan pun buat diam aje?buktinya, camnilah mereka...




sekiranya ade berkesempatan kadangkla saya juga bersenam di air. swimming pool di sini khabarnya mengikut standard olimpik. dengan ilmu renang saya yang cetek ini, saya mampu lemas di air dalam. tapi saya tidak risau kerana saya percaya life guard di sini mampu selamatkan saya dengan kadar paling segera (jika ianya berlaku)



kawan-kawan 5 sekawan, ingat lagi tak moment kite di sini suatu ketika dulu?ingat lagi tak moment kita pegi cari swimming suit?..rindu korang la..tiap kali aku ke sini seorangan, pasti aku terkenang saat itu.realiti kini adalah aku rindu kamu semua...truely, i miss uolzz..alwiz n forever.


story for the journey

Distiny is not a matter of chance,
it's a matter of choice;
it's not a thing to be waited for,
it's a thing to be achieved
~William Jennings Bryan~

lama dah tiada entri baru. bukan menyepi. bukan menyendiri. saya sibuk sebenarnya. tiada ruang mencoret. masa yang pantas terus berlari dan berlalu. saya dikejar masa sampai tahap dah tercungap2. pada ketika ini saya melayari alam maya ini di salah sebuah cafe di alamnda, putrajaya. sekalipun saya dalam mood memboikot, namun saya tidak tahu di mana terdapat jaringan lebar internet selain di sini. selepas saya mengaktifkan talian, baru saya dapati di cafe lain juga terdapat jaringan internet. bukan cuma di sini.

sile maafkan saya^_^


sebetulnya saya di putrajaya ketika ini. selesai menghadiri taklimat untuk pasangan bagi pegawai yang ditugaskan bekerja di luar. sementara menunggu mr.soulmate habis waktu bekerja, saya memilih untuk mencari sedikit ruang kerehatan di sini (sekalipun rumah mentua saya hanya beberapa kilometer dari sini).


berkenaan taklimat, begitulah...sebagai pasangan kami bertindak sebagai pemudah cara bagi pegawai yang ditugaskan berkhidmat luar. selain diberi sedikit nasihat berkaitan menghadapi situasi di rantau orang, kami juga dinasihatkan supaya pandai membawa diri dan menjaga nama baik negara. dalam sesi ini kami berpeluang bertemu dengan pasangan2 (isteri/suami) pegawai2 lain yang juga diberi tugasan luar. juga dapat berkongsi pengalaman dengan pasangan yang telah beberapa kali bertugas di luar. pengalaman yang dikongsi amat menarik. dan di akhir sesi, saya mengajukan soalan kepada pihak penganjur adakah mungkin jika saya berangkat agak lewat daripada suami atas alasan menyiapkan kertas kerja akhir pengajian saya. jawapan positif yang diterima, namun ianya tidak boleh melangkau 3 bulan. Akan tetapi doakan saya dapat menyelesaikan segala tugasan bertepatan tarikh yang sepatutnya.

jika bercerita tentang persiapan, tiada specific persiapan yang dibuat. maksud saya dari segi kelengkapan ke sana, persediaan barang-barang dan sebagainya. masih belum bermula. tetapi both of us, sekarang ini sedang melunaskan segala tugasan di sini sebagai perkara wajib sebelum ke sana. saya sendiri perlu menyiapkan tugasan pengajian, sedang mr.soulmate pula menyiapkan segala kertas kerja dan persediaan khusus lain sebelum berangkat. banyak yang perlu disediakan, namun masa terlalu mencemburui. doakan segalanya berjalan dengan lancar lah heh...