::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, April 20, 2009

western, anyone?

siapa sebenarnya aku padamu
untuk sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu

saya sedang dalam persiapan akhir for tomorrow's battle. tetiba rasa lapar, saya terfikir nak makan begedil. additionally, nanti buat sup pula boleh makan dengan bihun for dinner with hubby. sambil membuat ulangkaji, saya rebus ubi kentang. kemudiannya saya hubungi ibu saudara saya bertanyakan resepi lengkap untuk begedil. upss... rupanya saya tersilap, menerut beliau (yang mesra dengan panggilan ucu dikalangan kami) kentang untuk begedil tidak boleh direbus, nanti lembik. kalau nak rebus pun rebus separa masak jer...sambil bercakap di talian tu, rebusan kentang saya pun telah empuk sepenuhnya.

apalagi, saya panik seketika. akal waras saya membuat keputusan, ubi kentang rebus ni boleh dijadikan kentang lenyek atau lebih tekenal dengan panggilan "mashed potato". perut saya juga lapar, jadi saya rasa elok juga dibuat hidangan minum petang ni.heh.



cara membuatnya;
1. rebus beberapa biji ubi kentang sehingga empuk bersama garam
2. lenyek kentang dan gaulkan dengan lada hitam (mengikut rasa, lagi banyak lebih hot)

untuk kuahnya,
1. panaskan 2 sudu mentega
2. masukkan air stok ayam
3. pekatkan dengan sedikit air tepung jagung
4. renehkan hingga pekat

scoopkan kentang dan tuangkan kuah di atasnya. enak juga makan dengan roti bakar. atau enak juga dimakan dengan ayam goreng atau apa sahaja mengikut selera masing-masing.

sekian, doakan kejayaan saya untuk 4 paper yang pertama ya!


No comments: