::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, April 22, 2009

bebelan diri (baik jangan baca!)

psychic energy manifested by the life instinct
that drives a person towards

pleasurable behaviors and thoughts.
~freud~


i'm on my way for the second battle. sahabat saya bertanya, battle apakah itu? saya referkan kepada periksaan akhir saya yang melayakkan diri untuk tamat pengajian ini. huh, letih, okey. saya sudah selesai 4 subjek pertama (dalam satu paper). saya tinggal 4 subjek lagi, juga dalam satu paper. satu paper yang pertama itu adalah core course. manakala yang lagi 4 untuk esok adalah paper specialization (apakah makna penjelasan ini? do they care?).huh.


untuk paper core course semalam (yg mengambil masa 4 jam), lenguh la pinggang dan tangan saya merapu di situ. saya boleh menjawab, tapi betul atau tidak bukan saya yang menilai. moga2 para penilai menilai dengan penuh generous dan courtesy sekali harapnya. untuk sepecialization esok, saya kurang pasti. dan saya kurang fokus apa yang nak difokuskan. dalam 4 subjek yang luas, hanya satu soalan ditanya untuk setiap subjek. bagaimanakah? inilah saya yang malas dan ntahape-ape..

maaflah, saya sedang membebel pada diri sendiri. lantaran saya tau takkan ada orang (personal) yang akan layan bebelan saya. sekalipun saya mula mem'buzz' rakan online di-YM saya. saya pasti akan di end-upkan with, rakan saya itu akan pergi begitu sahaja tanpa sebarang greeting. saya jugak yang akhirnya ditinggalkan sendirian. sedangkan saya adalah tidak pernah (atau mencuba untuk tidak) melakukan sedemikian. atau mungkin juga bila saya cuba menghubungi kontak yang berada dalam talian saya, dia cuma akan mengangguk sahaja tanpa danpat menghidu saya dalam state kebosanan amat. tidak dapat membantu.

kenapa ya, sukarnya untuk orang lain fahami kehendak dan keinginan kita tika kita memerlukannya. susah sangat kah nak memahami? untuk orang2 yang dekat dengan hidup (personal life) saya, mereka saya kira senang mengenalpasti riak wajah dan kehendak saya. tapi kenapa simply ignoring? isn't them know/realize their ignorance itu menyesakkan saya? am i demanded right know? mungkin ya. sebab saya dah letih menzahirkan apa yang saya mahu. emotionally i need somebody (yang truely memahami).


memahami dalam erti kata, saya tak perlu nak remind what i like most (to be treated). saya tak suke okey, ditinggalkan tanpa greeting. saya tak suke okey, berjalan tanpa accompany, nobody holding me. saya tak suka okey, bertanya dan tiada jawapan. saya tak suka okey, orang buat-buat (atau betul-betul) dah lupa saya. saya tak suka sesuatu yang kabur tanpa penjelasan. sile jelaskan motif anda. saya tak suka okey, tuduhan melulu ke atas saya. saya juga tidak suka okey, orang perli2 dan sindir2 saya. saya tak suka okey (nampak) terhegeh-hegeh menagih simpati perhatian. untuk saya membaiki rasa hati yang luka, izinkan saya treat mereka as how they treat me. just not be simply me. jahatkan saya kalau dia tak suke greet saya, saya jugak tanak greet dia. kalau dia tanak hold saya, saya pun tanaklah hold dia. kalau dia tanya, saya tanak jawab. kalau dia buat-buat lupa dah kat saya saya pun nak lupakan dia. boleh tak kalu saya pulak perli2 dan sindir dia? biar saya tak sakit hati. biar saya camni.

pantas mr.soulmate (yang sentiasa bersama setiap ketika dan waktu) berkata '"bukan kah junjungan besar Muhammad SAW telah mengajar, yang jahat di balas dengan baik? sebagai contoh, beliau mendoakan musuhnya dengan yang baik-baik. sekalipun hingga tahap beliau dibaling dengan najis, sedang dakwahnya di taif, dia tetap melayan/membalas perbuatan mereka dengan baik. dia adalah orang yang
Assyidda'u 'alal kuffar, wa ruhama'u bainahum" yakni, keras terhadap orang kafir, berkasih sayang sesama mereka."

kenapa saya tidak menyahut seruan itu?nggeeee!


uhh..apakah saya merepek tak tentu hala ni. bukankah saya perlu bersihkan hati dan maafkan semua orang untuk mengulangkaji? bukankah saya dalam latihan positif diri? bukankah saya perlu sayang semua orang yang berada di sekeliling saya? tidak kah saya tahu, kalaupun mereka tak buat apa yang saya suka, deep inside mereka masih perlukan saya?

itu sahaja. sesi bebelan pada diri sendiri sudah tamat.saya cuma perlukan doa semua. doakan saya untuk battle esok pula ya!


No comments: