::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, March 12, 2009

story for the journey

kuih talam lepat pisang seri muka
takkan melayu hilang di dunia

mr.soulmate telah mula berkursus untuk tugasan luar. juga telah diberitahu, 1 april nanti saya juga harus menghadiri taklimat sebagai persediaan menjadi orang kanan pegawai yang bertugas di luar kawasan. taklimat akan diadakan di pejabat mr.soulmate, di putrajaya.

tentang rumah sewaan ibu ini, jika tiada aral melintang, nantinya akan disewa oleh sahabat baik saya (teman setilam bantal dan katil) yang bakal berumahtangga. cik puan fatimatul husni. berbetulan beliau sedang mencari rumah sekitar gombak ini, jadi saya tawarkan rumah ini. dipersetujui oleh ibu dan abah, ton akan menyeri rumah yang saya duduki sekarang menjelang bulan jun nanti.

persediaan lain, tidak banyak lagi yang diusahakan. cuma, beberapa minggu lepas saya berusaha melatih diri dengan kuih-kuih melayu. takut craving pula di sana nanti. saya usahakan kuih ini;

dengan tunjuk ajar ibu saudara saya, tanpa buku resepi saya mampu melakukannya. meh saya refresh kembali memori tentang cara-cara membuatnya..check it out!
pada saya resepi ini agak mudah, ianya menggunakan asas 4. okey here it goes...

bahan-bahannya
4 cawan pulut
sebiji kelapa besar@ 1 1/2 biji kelapa kecil yang telah diparut
8 cawan air
4-5 helai daun pandan (diracik sederhana besar)
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 sudu kecil pewarna green apple
garam
sebiji telur gred A (besar)
sesudu kecil serbuk kayu manis


untuk pulut bahagian bawah;
1. rendam 4 cawan pulut selama sejam hingga sejam setengah
2. selepas pulut kembang, angkat dan toskan kering
3. di dalam pengisar (blender) kisarkan 3/4 bahagian kelapa yang telah diparut dengan 4 cawan air
4. perah kelapa dan dapatkan 4 cawan santan pekat
5. masukkan pulut ke dalam loyang pengukus, ratakan penuh
6. tuangkan empat cawan santan pekat tadi ke atas pulut dan kacaukan sesudu garam
7. kukus selama lebih kurang 15-20 min
8. setelah pulut masak, keluarkan loyang dari bekas pengukus dan tekan padatkan pulut
9. kukus lagi 5 minit

untuk bahagian atas badan hijau
1. masukan daun pandan dan hampas kelapa (santan untuk pulut tadi) ke dalam pengisar
2. kisar halus dengan 4 cawan air
3. tapiskan air daun pandan ke dalam bekas berasingan
4. kisar 1/4 bahagian kelapa dengan sedikit (sesuai untuk mengisar) air tapisan daun pandan tadi
5. tapiskan dan perah ke dalam bekas air daun pandan yang sama
6. masukkan 1 cawan tepung gandum dan 1 cawan tepung jagung ke dalam bekas air daun pandan dan kacau sebati
7. masukkan 2 cawan gula pula, kacau sebati
8. tambah secubit garam(untuk rasa lemak)
9. masukan sesudu kecil pewarna hijau dan serbuk kayu manis
10. masukkan bancuhan ke dalam pengisar, pecahkan sebiji telur dan kisar selama 2 minit
11. tuangkan bancuhan di atas pulut yang telah masak
12. kukus lebih kurang lagi 20-30 min

angkat dan sejukkan lebih kurang 1 jam atau lebih
sedia dipotong dan dimakan bersama ahli keluarga dan yang tersayang


kalau nak mencuba, silalah!
selamat mencuba!
p/s: kata ibu saudara saya, kuih melayu memang mudah menjadi sedap asalkan kita tidak lokek dengan bahan-bahan membuatnya!


No comments: