::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, April 28, 2009

unlimited love

isteri cerdik yang solehah
penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
di rumah dia isteri di jalanan kawan
di waktu kita buntu dia penunjuk jalan


sudah 3 hari saya out from our lovely home. saya mengikut mr.soulmate bertugas di luar. dan jadualnya mungkin berpanjangan hingga hujung minggu ini. sekali sekala ubah mood tiada salahnya kan. meski saya keseorangan di bilik hotel sementara suami keluar bekerja, i'm not really bother. bila bosan saya berjalan-jalan dan cuci mata di mall seberang jalan.heh. juga ini peluang saya berlayaraan memandangkan tiada jaringan internet percuma di bilik saya menginap. kata suami, ini hadiah untuk saya kerana membantu beliau berkenaan program almuni minggu lalu. saya akan ceritakan pasal program alumni, SAMTKKB di lain masa ya!(selepas saya selesai edit semua gambar2nya).

sekarang i'm in the state of finishing my thesis writing. thesis saya dalam bentuk qualitative bukannya quantitaive seperti yang kebanyakan rakan-rakan saya jalankan. anda pentingkan mana satu antara dua? pentingkan quantity ke quality. eh konfius ek apa itu quality atau quantity?

quantity menitik beratkan angka, nombor atau jumlah. quality pulak mementingkan value atau nilai.okey saya datangkan beberapa contoh untuk lebih kefahaman ye!

bagi suami:
jika suami yang menitik beratkan quantity, dia sukakan isteri yang ramai. lagi banyak lagi dia suka. tetapi, yang sukakan quality, cukuplah seorang isteri. dengan yang satu itulah dia berikan sepenuh kasih sayang, cinta dan perhatian. hanya kaulah yang satu bertakhta di hati.

bagi isteri:
isteri yang pentingkan quality, dia inginkan setiap detik masa, suami ada bersamanya. setiap saat setiap minit. tidak perlu buat apa-apa pun tidak mengapa, cuma ada di rumah setiap masa. tidak kira waktu dan ketika. tetapi isteri yang mementingkan quality, tidak kisahlah andai sang suami pulang ke rumah 2 kali seminggu (atas alasan bekerja sahaja),yang penting quality masa yang dihabiskan bersama suaminya. saat suami itu ada bersama, beliau dilayan bak putera raja, dijaga makan pakai dan minumnya. diajak solat berjemaah bersama, menjalankan ibadah berdua dan segala aktiviti yang dilakukan adalah bersama-sama berdua-duaan. tidak perlu ada setiap masa dan ketika, tetapi tika bersama sedetik pun tidak dirugikan sia-sia

bagi ibu bapa:
ibu bapa kalau boleh tidak mahu berada di luar lingkungan anak-anak. mahu setiap masa menyaksikan anak-anak membesar. mahukan anak-anak sentiasa di depan mata. tidak buat apa pun tidak mengapa. di rumah sentiasa. kepada ibubapa yang pentingkan quality, walau jarang berada di rumah tetapi sedikit masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. seluruhnya. masa yang ada ibu berborak dengan anak seperti rakan baik. ayah bersama anak bujang main playstation atau menonton bola.

bagi anak:
anak yang pentingkan quantity inginkan ibu bapa selalu berada di rumah. hingga tidak bekerja pun tidak mengapa. dia senang berada di rumah selesa bersama ayahbonda. untuk yang sukakan quality, tika ibu bapa di rumah mereka membantu seadanya. tolong ibu masak, tolong ayah basuh kereta. picitkan kepala ayah yang kepenatan dan urutkan badan ibu yang keletihan.



bagi saya:
saya lebih sukakan quality. saya tidak kisah suami sering keluar outstation. kerana itu saya tegar ditinggalkan sendirian di hotel di mana saya menginap sekarang, sedang mr.soulmate itu keluar bekerja. agar nanti, tika dia pulang, saya yang menyambutnya di pintu hotel, menemankannya berehat, kemudian solat dan beribadah bersama. Saya tidak kisah kebosanan keseorangan di sini, asal saya dapat manfaatkan sedikit masa yang ada bersama dia.

saya juga tidak kisahkan tidak punya ramai kawan. asalkan punya seorang sahabat yang memahami, mengingati juga mengasihi saya tanpa sempadan.unlimited love.

saya tidak kecewa atau bersedih hati tidak tinggal sepenuh masa dengan ibu bapa dan adik beradik saya (my save zone people) setiap masa, asalkan mereka tetap sayang, rindu dan kasihkan saya tanpa sempadan. unlimited love.

eh cukuplah dulu saya bermonolog sendirian. kawan-kawan yang membaca, terima kasih ya. saya tidak kisah jika tidak ramai yang membaca tapi saya cukup hargainya walaupun sedikit tegar mahu tinggalkan kesan di kotak jejak. tada..sampai nanti kita jumpa lagi...:)


No comments: