::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, April 1, 2009

story for the journey

Distiny is not a matter of chance,
it's a matter of choice;
it's not a thing to be waited for,
it's a thing to be achieved
~William Jennings Bryan~

lama dah tiada entri baru. bukan menyepi. bukan menyendiri. saya sibuk sebenarnya. tiada ruang mencoret. masa yang pantas terus berlari dan berlalu. saya dikejar masa sampai tahap dah tercungap2. pada ketika ini saya melayari alam maya ini di salah sebuah cafe di alamnda, putrajaya. sekalipun saya dalam mood memboikot, namun saya tidak tahu di mana terdapat jaringan lebar internet selain di sini. selepas saya mengaktifkan talian, baru saya dapati di cafe lain juga terdapat jaringan internet. bukan cuma di sini.

sile maafkan saya^_^


sebetulnya saya di putrajaya ketika ini. selesai menghadiri taklimat untuk pasangan bagi pegawai yang ditugaskan bekerja di luar. sementara menunggu mr.soulmate habis waktu bekerja, saya memilih untuk mencari sedikit ruang kerehatan di sini (sekalipun rumah mentua saya hanya beberapa kilometer dari sini).


berkenaan taklimat, begitulah...sebagai pasangan kami bertindak sebagai pemudah cara bagi pegawai yang ditugaskan berkhidmat luar. selain diberi sedikit nasihat berkaitan menghadapi situasi di rantau orang, kami juga dinasihatkan supaya pandai membawa diri dan menjaga nama baik negara. dalam sesi ini kami berpeluang bertemu dengan pasangan2 (isteri/suami) pegawai2 lain yang juga diberi tugasan luar. juga dapat berkongsi pengalaman dengan pasangan yang telah beberapa kali bertugas di luar. pengalaman yang dikongsi amat menarik. dan di akhir sesi, saya mengajukan soalan kepada pihak penganjur adakah mungkin jika saya berangkat agak lewat daripada suami atas alasan menyiapkan kertas kerja akhir pengajian saya. jawapan positif yang diterima, namun ianya tidak boleh melangkau 3 bulan. Akan tetapi doakan saya dapat menyelesaikan segala tugasan bertepatan tarikh yang sepatutnya.

jika bercerita tentang persiapan, tiada specific persiapan yang dibuat. maksud saya dari segi kelengkapan ke sana, persediaan barang-barang dan sebagainya. masih belum bermula. tetapi both of us, sekarang ini sedang melunaskan segala tugasan di sini sebagai perkara wajib sebelum ke sana. saya sendiri perlu menyiapkan tugasan pengajian, sedang mr.soulmate pula menyiapkan segala kertas kerja dan persediaan khusus lain sebelum berangkat. banyak yang perlu disediakan, namun masa terlalu mencemburui. doakan segalanya berjalan dengan lancar lah heh...


No comments: