sesungguhnya Allah mencintai
orang-orang yang berperang di jalan Allah
dalam barisan yang teratur
mereka seakan-akan suatu bangunan yang tersusun kukuh
~As-Saf, 4~
malam ahad lepas, sepintas lalu saya terdengar siri 'halaqah di TV9. sedikit yang menarik perhatian saya dan ingin saya kongsikan bersama anda yang membaca. bicara panel penceramah yang elok kita renungkan bersama. panel berkata;
kita semua ini diibaratkan sebagai 5 jari di tangan;
[credit pic from google]
ibu jari
diibaratkan sebagai pemimpin. dikalangan kita semua ada pemimpin. sesuai dengan namanya, ibu memimpin semua. bila ditegakkan jari ibu, semuanya elok belaka..jadi, pemimpin harus juga menjadi yang elok tegaknya.
jari telunjuk
ibarat si kaya. asalkan tunjuk sahaja, mesti dapat punya. tapi bagi yang kurang kaya, tidak semestinya yang ditunjuk dapat semuanya
jari tengah
ibarat penguasa, polis dan pentadbir negara. susah nak diangkat. tidak mudah juga ditolak ke kanan ke kiri. menjadi yang di tengah-tengah, pendamai segala perkara
jari manis
ibarat anak-anak remaja yang manis semuanya. manis darahnya cepat panas hatinya. pantang ditegur sedikit cepat melenting jadinya. elok susun pekertinya, manis pandangan mata memandangnya.
jari kelingking
adalah ibarat wanita. banyak perkara yang hanya dia sahaja mampu laksanakan. sebagai contoh, jari-jari lain tidak mampu mengorek telinga atau hidung, hanya dia yang mampu. tidak ramai yang sehebat dan seteguh wanita. tabah dan cekal hatinya. urusan pejabat selesai seadanya, urusan di rumah sempurna terjaga.
jika seluruh jari ini dikumpulkan bersama, dan disatukan dalam gengaman, tidak mustahil akan terhasillah paduan yang kuat, teguh dan bertenaga. bersama membangunkan islam, membela agama, nusa dan bangsa. sepertinya bagunan yang tersusun kukuh tegak berdirinya...
kaannahum bunyanun marsus
~renung-renungkan dan selamat beramal~