fabiaiiyi alai rabbikuma
tukazziban...~ar-rahman~
nikmat tuhan yang mana lagi hendak kamu dustakan....?
tukazziban...~ar-rahman~
nikmat tuhan yang mana lagi hendak kamu dustakan....?
hidangan tengahari hujung minggu lalu...
nasi yang sedikit itu, dari pinggan saya lah.mahu control carb consume (konon), tapi saya bertambah juga (akhirnya)...ngee!
nasi yang sedikit itu, dari pinggan saya lah.mahu control carb consume (konon), tapi saya bertambah juga (akhirnya)...ngee!
ada orang panggil masak lemak cili padi, juga dikenali dikalangan sesetengah orang, masak gulai ayam.yang pasti ini kegemaran saya, suami, juga adik lelaki (kedua) bongsu saya.nak share resepi? boleh.tapi saya tak berapa sure tentang sukatan.saya agak-agak jer...
beberapa ketul ayam (saya suka bahagian isi yang ada tulang shj, full isi tamau)
3 atau 4 biji ubi kentang (dipotong 4 atau 6)
15 hingga 20 biji cili api/ cili padi
1/2 inci kunyit hidup
sebatang serai (dititik)
7-8 helai daun limau purut
sebiji kelapa
garam secukup rasa
3 atau 4 biji ubi kentang (dipotong 4 atau 6)
15 hingga 20 biji cili api/ cili padi
1/2 inci kunyit hidup
sebatang serai (dititik)
7-8 helai daun limau purut
sebiji kelapa
garam secukup rasa
cara membuatnya;
1. tumbuk cili padi dengan kunyit hidup sehingga lumat
2. kisarkan kelapa untuk mendapatkan santan pekat dan santan cair
-biasanya santan pekat adalah kisaran pertama kali. santan cair, kisaran kedua menggunakan hampas kelapa kisaran pertama-
3.masukkan cili yang telah ditumbuk dengan kunyit ke dalam periuk
4. kemudian masukkan santan cair
5. masukkan serai dan daun limau purut
6. masukkan ubi kentang, dan biarkan hingga kentang separuh masak, kacau sedikit
7. masukkan ayam
8. didihkan sehingga kentang empuk dan ayam masak
9. kacau sekali sekala, masukkan garam
10. akhir sekali, masukkan santan pekat dan kacau selalu lebih kurang 3 minit (jangan pecah kuah)
11. siap, tutup api dan sedia dihidang.
::kerabu mangga ikan kembung::
cara menyediakannya;
hiris halus 4-5 biji mangga muda
hiris halus 2 biji bawang besar
potong kecil 5-8 biji cili api
masukkan isi 2 ekor ikan kembung yang telah direbus dengan garam dan asam
gaulkan dengan cuka, gula dan garam
seimbangkan rasa masam, manis dan masin
::tadaaaa, selesai::
selamat mencuba!

No comments:
Post a Comment