::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, March 19, 2009

in a night glance

Pakai baju kanchinglah suasa
Pakai mari babalah melaka
Biar saya rosaklah binasa
Kerana dia tidak mengapa

hujung minggu yang lalu, sempena cuti sekolah kami menghantar ibu mr.soulmate pulang ke kampung halaman di tanjung kling melaka. bertolak petang, usai mr.soulmate habis bekerja dan bergegas pulang malam itu juga. kerana esoknya (sabtu) saya ada urusan di kampus. sambil itu, mr.soulmate yang baik hati itu take a night glance at banda hilir, melaka (as per request from her princess hehe).

jom layan piccas yang sempat saya capture melalui camera hp saya yang tak sebarapa ini. jadi, maafkanlah kualiti gambar yang kurang memuaskan itu yea...

di belakang saya dan gambar yang di tengah itu ialah, melaka river cruise...cam putrajaya lak ek...


model dipaksa bergambar dengan kincir angin pula...

seterusnya, kami berjalan ke jonker walk...impak daripada rancangan Majalah 3 tidak lama dahulu, teringin juga melihat bagaimana perihalnya street itu..

dipenuhi dengan ramai peniaga dari bangsa cina. menjual pelbagai barangan. lanskap juga melambangkan budaya cina... jadi saya kira ia persis cina town di singapura atau juga petaling street di kl..

dari atas, kubu peninggalan sejarah kesan daripada pembukaan kota melaka tidak lama dahulu (maaf, saya tidak arif matapelajaran sejarah, jadi tidak mampu mengulas lanjut tentangnya..ngeee) barisan beca yang masih lagi beroperasi walaupun malam telah menjengah diri...juga kemeriahan bangunan merah di banda hilir ini...

jalan punya jalan, jam berdetik 12 kali menunjukkan tepat 12 malam. sepertinya mendapat arahan pulang, kami bersedia berundur dari kota melaka. sempat saya freezekan menara taming sari juga kapal besar yang berlabuh sebagai hiasan di situ...di tangan saya sovenir buat si kecil dhiya' itu sebagai ole-ole dari melaka. puas juga dapat berjalan malam hari ini, tetapi saya juga mengharap akan ada ruang dan peluang untuk menjelajah banda hilir ini ketika matahari manampakkan sinarnya..pastinya ia lebih menarik kan...!!

nantikan pula episod KL in a night glance kami
akan saya usaha menyediakan entrynya jika berkesempatan nnt:)


No comments: