sekenyang-kenyang banting
rumputnya dimamah jua
sejauh-jauh melanting
rumputnya dimamah jua
sejauh-jauh melanting
jatuhnya ke tanah jua ~ujang~
oh..owh..penat membersihkan sawang kat sini...dah bersawang dah halaman saya nih..tapi seb baik masih ade yang sudi mengunjung...terima kasihlah...humm saya baru selesai baca majalah ini (credit pinjam dari ipar saya,)::julia::
pasti ada yang kata, apa pekdahnye baca buku cenni kan..tapi bagi saya, saya cukup terhibur dan saya mengambil faedah darinya...
mengisahkan kisah hidup seorang budak kampung yang merasakan dirinya kurang kasih sayang dek kerana selalu diseranah dan sering dibelasah oleh bondanya sendiri. lantaran sikapnya yang suka menyakat adik ( sebab rasa kehadiran adik itu menggugat kasih sayang orang lain untuknya). sesiapa yang baik dengannya (nenek dan joe), selalu membuatnya kecewa (setelah pergi meniggalkannya buat selama-lamanya). sering bertekad meninggalkan keluarga. akhirnya pergi ke kuala lumpur mencari hidup baru. sepeninggalannya ke kota, ibunya amat risau, adik pula hampir jatuh sakit. setelah hidup di kota tidak menjadi, dia tinggal bersama datuknya. setelah sekian lama bersama atuk, atuk berjaya memujuknya pulang. setelah pulang semula ke kampung barulah dia sedar betapa mereka sayangkannya hinggakan ayah sanggup menggadai kebun getah semata-mata mengupah orang mencari dirinya yang hilang. adiknya (yang dikira kurang bijak) telah menternak itik dan ayam untuk menyara keluarga. sebagai pengakhiran cerita, barulah ujang menghargai dan mengerti erti sebuah kasih-sayang, indahnya hidup berkeluarga, pentingnya restu ibu bapa untuk masa depan cemerlang dan cantiknya kasih sayang yang Allah anugerahkan kepadanya....
lantaran itu, teringat pula saya pada cuti yang baru lepas, kami sekeluarga berkumpul di teratak kedua ayah bonda saya...kami berkumpul bersama, bersolat berjemaah, bermain, makan-makan dan saling berkongsi cerita. detik-detik sebegitu sangat saya sukai dan sangat saya rindui...selalu!
ruangan rumah yang kecil tidak mengizinkan kami berjemaah di dalamnya...hamparan berbumbungkan langit menjadi medan solat kami sekeluarga. sepupu kecil bertanya pada abah saya, "ayah boleh ke sembahyang takde bumbung?"
selesai solat, adik saya bacakan doa dan alunkan ayat suci buat semua. kemudian ayahanda saya memberikan sedikit tazkirah bertajuk usrah (keluarga). tazkirah abah memberitahu peripentingnya menyambung silaturrahim keluarga. ayahanda juga mengingatkan sabda rasul,
apabila matinya anak adam terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu; ilmu bermanfaat yang diamalkan, sedekah jariahnya yang dipanjangkan dan doa anak yang solleh kepada ibu bapanya...
ayahanda berseru, agar tanah wakaf atuk ini dipanjangkan manfaat sedekahnya dengan perkumpulan keluarga ini diteruskan sampai bila-bila. juga, agar kami semua menjadi anak-anak yang soleh untuk mendoakan ibu bapa kami kelak..sebak dada aku mendengar...
kemudian, abah sambung lagi, dengan mendoakan kesejahteraan adiknya yang mesra dengan panggilan 'mummy' dikalangan kami semua untuk mengerjakan umrah di tanah suci bulan hadapan. juga, mendoakan kesejahteraan saya dan mr.soulmate berangkat ke rantau orang lebih kurang 2 bulan lagi. dihujungnya, abah menambah, "semakin kecik keluarga abah"..saat itu, sebak di dada saya makin terasa, hinggakan tergenang manik jernih dikelopak mata...teringatkan hari esoknya adalah maulidurrasul, dikeheningan malam itu kami berselawat ke atas nabi sambil bersalaman sesama sendiri. betapa syahdunya saya rasakan. dan kesyahduan itu dirasakan oleh semua sanak keluarga. kami bersalaman penuh keikhlasan, dan kami bersyukur dengan kebahagiaan dan keindahan nikmat berkeluarga ini :) alhamdulillah...
sesudah itu kami teruskan lagi aktiviti makan-makan...telah dimulai tadi dengan makan petang. bihun soto air tangan ucu, dan laksa permintaan mr.soulmate dengan usaha tangan saya. mummy bawakan kek carrot cheese (humm sangat yummy!). untuk dinner, biasalah menu baru dalam keluarga kami, prosperity burger...seronok bersama-sama menyediakannya...
gambar tengah adalah foto 3 generasi atuk saya. dari anak (abah), cucu (abang) dan cicit ( dhiya' attaimy). abah sekali lagi berpesan dan menekankan agar tradisi berkumpul berkeuarga seperti ini diteruskan dan diwariskan untuk semua generasi. walaupun ketika atuk telah tiada nanti, atau abah pergi dijemput ilahi kemudian hari...dan inilah antara sebab paling utama yang menjadi penyebab saya agak berat hati meninggalkan bumi Malaysia ini...segalanya adalah indah:0! di sini...
No comments:
Post a Comment