::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, March 2, 2009

story for the journey

mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
seandainya ku biar cecita dihati tersimpan terpendam
keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

sahabat handai dan saudara mara ramai yang telah diberitakan tentang keberangkatan saya mengikut mr.soulmate bekerja di rantau orang. kepada yang belum tahu secara direct dari mulut kami, (tapi terbaca di sini) anggaplah, ini medium kami memberitahu. juga ada yang bertanyakan tentang persediaan untuk ke sana. humm setakat ini, tentang persediaan, boleh dikatakan tiada apa lagi yang dilakukan. cuma bermain difikiran aje...

antaranya, pasport akan disediakan oleh pihak pejabat. jadi tiada apa yang akan (boleh) saya lakukan. tentang barang-barang yang akan di bawa, juga masih menunggu pihak pejabat memberi maklumat (apa yang perlu dan tidak). khabarnya akan ada khidmat wrapper (datang ke rumah) bagi barang-barang yang perlu dibawa ke sana. juga khabarnya akan ada taklimat sebelum ke sana. tapi bila ye?

beberapa perkara yang perlu diselesaikan dari peringkat kami sendiri ialah:

kereta: mahu jual atau tidak?
jika dijual, harus setelkan dengan pihak bank terlebih dahulu berkaitan finance nya. untuk early settlement cukupkah dengan harga jualan semula? (harus check dengan pihak bank). jika tidak mencukupi manakah duit harus dicekau?
jika tidak dijual, ask somebody untuk sambung bayar. adakah sesiapa yang mampu dan mahu?

motor: jual atau tidak?
mahu jual? terasa sayang. mahu wariskan kepada sesiapa (menjaga). akan terjagakah sepertimana mr.soulmate menjaganya dengan tangan sendiri?

rumah
ianya rumah sewaan ibu. kembalikan kepada ibu kuncinya, tetapi siapa pula penjaga selepas ini. akan selamatkah rumah ini tanpa penghuni?

barangan kelengkapan rumah
mahu dibuat apa ya? pastinya tidak perlu dibawa kesemua tilam bantal almari dan katil itu. juga peti ais mesin basuh dan TV. jual? masih terlalu baru. tinggalkan sahaja di rumah ibu ini? selamatkah?

kami bukan selamanya di sana. kalaunya semua barangan bukan milik kami lagi, sekembalinya kami nanti mahu dipakai apa pula ya?

saya bukannya tidak sabar, cuma saya ini agak anxious, worry dan risau tentang keberadaan di rantau orang itu. jadi saya perlukan infomasi yang cukup untuk persediaan mental saya. saya terfikirkan apa yang akan saya buat dan boleh buat apabila berada jauh dari tempat sendiri. akan lebih senangkah akan lebih susahkah?

albiet dari memikirkan tentang semua itu, baiknya saya fikirkan tentang keharusan saya menyiapkan segala perkara berkaitan pelajaran saya. saya harus menyiapkannya segera supaya ianya dapat diselesaikan dengan kadar bertepatan dengan masa. bagaimana dengan persediaan peperiksaan akhir yang merangkumi semua 8 subjek (was taken during the whole my postgrad period). juga persiapan penulisan saya yang harus diselesaikan sebagai prasyarat untuk graduate dari sesi pembelajaran ini. kan...huh~!!

saya mungkin perlu bantuan dan pandangan orang yang tahu dan berpengalaman..bantu ya!:)

No comments: