::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, March 4, 2009

convo DPA

yang kurik kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
pantun lama tinggi kiasannya

3rd March 09, mr.soulmate dan lebih 800 lagi rakan sejawatannya menyertai hari konvokesyen DPA siri 2/2007, dan siri 1/2008

juga menampilkan penyampaian anugerah fellow INTAN kepada bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri. Samsuddin Osman. Majlis disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara Y. Bhg Tan Sri Sidek Mohd Hassan.


sekalung tahniah buat, mr.soulmate khasnya dan semua rakan-rakan beliau. tahniah buat falah, bie::wan mai::dan rakan-rakan lain yang merangkul anugerah cemerlang.

rakan baik mr.soulmate antaranya, kazri, falah dan zaki. turut hadir sama isteri masing-masing nor,kila dan jaja.

sekitar selepas majlis. sewaktu menjamu selera dan bertukar cerita antara sesama sendiri

sekitar waktu majlis, saya bersama kila dan nor isteri kepada zaki dan kazri

tidak juga saya lupakan, sahabat baik saya sejak di bangku sekolah dan tangga universiti. noriza othman. tahniah kawan! hadir bersama, sahabat noriza, nadia....

rasa terkilan juga tidak berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan sesidang mr.soulmate yang saya kenal baik, bie, ika, mardeque, ash (cuma sempat berkirim salam melalui mr.soulmate) dan lain-lain. cuma sempat terserempak dengan nad dan tini..papehal pown, congrats ouls...dengarnya sidang korang meletop eks, dengan majority yang dapat cemerlang menandingi sidang-sidang lain...tahniahlah sekali lagi!!

ingat ni,

etika kerja kita amalkan
tekun jujur dan berbudaya
gandakan hasil dan pembangunan
berkhidmat bakti berjasa
~::lagu perkhidmatan awam::~


No comments: