::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, December 31, 2008

good bye 2008

Mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah sampai engkau meraihnya

selamat tinggal 2008! selamat datang 2009

Tuesday, December 30, 2008

1430 H

"Good is not that your possessions, wealth (and power)...increase,
but good is that your knowledge increases and your insight grows more powerful,
and that the people are proud to serve God.
For when you do good, you praise God...." (Imam Ali)


salam Maal Hijrah semua! dipetik dari laman blog sahabat saya, Rasulullah bersabda mafhumnya, "Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala."

kefahaman hijrah dalam versi saya dan kebanyakan orang adalah penghijrahan diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. hijrah di sini saya rujuk kepada berpindah atau berubah kepada yang lebih baik. baik bukanlah dari segi kekayaan harta dan kedudukan, tetapi baik dari segi kefahaman agama dan keimanan lantas meningkatkan ketaqwaan yang lebih kepada Allah.

sempena penghijrahan ini saya ingin berubah menjadi isteri yang lebih baik kepada suami saya. saya ingin menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya. saya juga ingin menjadi pelajar yang lebih baik dari sebelumnya (kerana saya akan tamat pengajian, akhir semester ini). saya mahu lebih tekun menyiapkan tugasan saya ini yang saya dibayar menyiapkannya. saya juga mahukan yang lebih baik dari segi perlaksanaan ibadah saya. saya mahu lebih banyak berpuasa sunat di tahun ini, saya mahu tinggalkan habit lambat solat saya terutama subuh saya. saya mahu menjadi saya yang baru yang lebih baik dari saya yang dahulu. doakan semuanya berjalan baik bagi diri saya ya!




dalam nota yang berbeza,
saya ingin kongsikan kenangan indah saya bersama keluarga dari pihak saya, bercuti di pulau pangkor perak, pada hujung minggu yang lampau (14 dec 2008)

di jeti, lumut perjalanan dalam feri ke pangkor

sila abaikan tudung saya yang kontra dengan warna baju, dan remos tudung yang tidak menjadi itu :P


dalam boat, ke pulau impian kami, jauh dari keramaian

riang ria kami sekeluarga, juga keluarga bapa saudara saya dan anak2 kecilnya yang sangat comels


perjalanan pulang, selepas puas memanjakan diri dengan masin air laut...kami suka, riang dan gembira...:)

Friday, December 26, 2008

xmas holiday

we wish u a merry xmas
we wish you a Merry Christmas
and a happy new year!


to all readers who are celebrating Christmas, Merry Christmas. eh, salah ke just wishing? tak kan...jadi xmas tree n hadiah2 in the above pic are for you exclusively. we had jalan2 sekitar Ampang menaiki LRT Putra dari rumah kami sempena cuti satu hari, semalam. mr.soulmate kata saya suka sangat 'berjalan', jadi dia bawa saya 'berjalan'.

kami turun di stesen ampang park. had jalan2 di ampang park mall, kemudian berjalan terus ke klcc. kata mr.soulmate, dulu sebelum ada klcc ampang park la tempat tumpuan. tapi kini, agak kurang visitors la..ramai yang telah ke klcc. tapi ampang park still not bad. okeyla...had mc flurry as minum petang. ummph yummy!..huhu~


haa..nampak kan beza kesibukan di klcc dan ampang park. ampang park agak lengang gitu. klcc itu pula wah..sangat pack. tambah pulak waktu cuti begini. heh sesak...we had spaghetti milano and the black paper fried kuew tiaw berserta pastinya, plain water (which is good for health) for our dinner. kemudiannya kami singgah sebentar ke rumah ayahbonda saya, beserta sate hj samuri yang terkenal itu sebagai buah tangan. reach home at 11.30pm. huh penat sungguh tapi saya suka dan gembira!

Wednesday, December 24, 2008

histeria

dan sesungguhnya orang lelaki diantara manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara jin lalu mereka menjadikan jin-jin bertambah sombong (al jin, ayat 6)
mereka berkata: aku berlindung dengan tuan jin di tempat ini dari kejahatan jin-jin jahat

salam, selamat pagi semua. pagi2 bercerita pasal jin, hantu. did i have a nightmare last night? oh no no. last night we'd watched the mid night movie. we here was refering to me n my best mates since mr.soulmate need to work 24hours yesterday, so he couldn't manage to be at home. spending time with the girls usually is very cool beb!

kami menonton filem seram terbaru HISTERIA. here it goes another review from me after my review on this.untuk review penuh cerita, sila lihat sini. from my 2 cents, this film is quite good. another filem seram Melayu (yg pernah saya tonton) yang dikira "menjadi" atau "kaw" laa selepas drama bersiri Kekasihku Seru tayangan TV3. filem ini mampu mebuatkan saya agak takut dan terkejut dengan adegan2 yang agak menyeramkan. saya kira diri ini agak berani, tapi rupanya sangkaan saya tersasar dan meleset kerana hampir 30 peratus daripada cerita saya terpaksa menutup muka dan memeluk erat sahabat saya. sampai dipertengahan jalan, ada rasa macam nak balik waktu tu juga. bagi saya bahagian yang menyeramkan adalah scene yang menayangkan bagaimana mereka di bunuh oleh so called the jembalang dan melihat rupa jembalang itu. would say congrats to the pengarah and all yg terlibat menjayakan filem ini dengan jayanya. filem ini juga mengupas secara saintifik disebalik kejadian berlaku. menurut doktor psikatri, perkara ini adalah semata2 kesan daripada tekanan perasaan yang dihadapi oleh seseorang. di sini, penyakit mental Paranoid Schizophrenic,menjadi rujukan. namun, bagi yang menonton, buatlah pertimbangan sewajarnya daripada kisah. dalam filem ini juga, ia mengisahkan tukang kebun yang meminta perlindungan daripada makhluk halus (atau dirujuk sebagai jin) untuk menjaga kawasan sekolah tersebut. sebetulnya, hanya kepada Allahlah tempat memohon perlindungan yang sebaiknya.

menjadi isu yang agak hangat diperkatakan adalah adegan bercium dan berpegangan tangan antara 2 pelajar perempuan (Scha dan Reana) yang memberi gambaran tidak bermoral tentang masyarakat kita. menurut kata mereka-mereka di luar sana lah. namun bagi saya ia hanyalah elemen kecil untuk melariskan filem ini dan helah yang sengaja dibuat untuk memanaskan dunia hiburan. atau apa2 agenda lain disebaliknya. jika di tonton, saya kira adegan itu telah pun disunting, dan tidak memberi sebarang impak yang keterlaluan jika dibandingkan dengan aksi melampau yang lain di filem2 lain. dan pada saya slot itu adalah sangat kecil (kurang dari 5 saat) berbanding dengan major theme perjalanan slot cerita filem ini.


kepada yang ingin menonton, silalah tonton, atau nantikan sahaja ianya muncul di kaca televisyen anda pada hari raya tahun hadapan. kepada my best mates ever, thanks for the time spent. to mr.soulmate, thanks for the permission for mid night movie.~huhu~ :)

Monday, December 22, 2008

tertunai sudah syariat

Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Jumaat lalu 19 dec 2008, saya bersama seorang sahabat berjalan-jalan di salah sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota. tujuannya menemankan sang sahabat mebeli hadiah perkahwinan buat sahabatnya. usai mendapat apa yang dihajati di sini, tergerak pula di hati saya untuk mencari kasut hadiah buat diri sendiri. kami berjalan-jalan menghabis kan waktu. sampai di satu kedai yang menjual pelbagai jenis kasut, kami pun masuk. saya ini jenisnya suka melihat disertai dengan memegang barangan yang terasa berkenan di hati. jadi dalam keasyikan itu, saya terpegang kasut ini
sahabat saya yang terperasankan stiker ini, saya tak perasan langsung..ah! hati saya terus tak keruan. boleh kata panik seketika. bukannya apa, memikirkan apakah yang perlu saya lakukan untuk menegakkan syariat ini. dahulu, sewaktu di bangku pengajian, ilmu tentang najis mughalazhah ini cuma dipelajari secara teori. nah sekarang tiba di situasi sebenar, panik pula saya. menghubungi beberapa kenalan untuk kepastian. ya! saya harus samak anggota yang memegang bahagian bernajis ini. bagaimana pula caranya ya? teorinya di basuh dengan sekali air tanah liat dan enam kali air biasa. mana bisa jumpa tanah liat di binaan batu ini..rasa sukar sekali. tetapi hendak kan seribu daya. jadi saya jumpai tanah disini

dari dalam pasu bunga perhiasan sekitar pusat membeli belah ini. saya bancuhkan sedikit tanah menggunakan bekas makanan yang dikutip di tempat buangan, di sucikan ke anggota saya, sekali jirus dan di sudahi dengan enam kali jirusan dengan air yang bersih. akhirnya tertegak sudah syariat. tiada alasan untuk menjalankan amanah yang telah di tetapkan ke atas diri kita kan..segalanya mungkin!alhamdulillah...

di dalam nota yang berbeza,
saya baru selesai menonton sinetron bersiri tv 9 setiap isnin hingga ahad. MUTIARA. mengisahkan kisah adik beradik kembar mutia dan tiara yang sangat menyayat hati saya. salah seorang dari kembar ini sakit, dan yang sihat itu sangat ceria dan positif dengan hidupnya. sangat meyentuh hati saya apabila tali persaudaraan itu berantakan dan cuba di halang oleh pihak ketiga. namun air yang dicincang tak akan putus kan...kisah berakhir dengan adik kembar yang sakit meninggal dunia.

Wednesday, December 17, 2008

kota singa

hujan emas di negeri orang
hujan batu di negeri sendiri

mengikut kalender december saya, minggu lepas saya berada di ipoh perak, seterusnya ke kedah. malang sekali, saya tidak sempat ke kedah selepas usai kenduri sepupu saya di ipoh. saya menyertai family from my side having a day trip to pulau pangkor. saya kongsikan gambarnya, di lain pertemuan nnati ya!!minggu sebelumya saya dijadualkan berada di kota singa bertemu nenda from mr.soulmate side as well attending his cousin wedding di sana. seperti yang saya janjikan, kita kongsikan gambar kenangan kota singa di kesempatan ini. ya, kita benarkan gambar berbicara pula kali ini...here, it goes

kami bertolak menaiki keretapi tanah melayu dari stesen kajang berakhir di stesen tanjong pagar, singapura. journey ini disertai oleh my in laws inculding, the mum, younger sister, younger brother, cousin and the liltle nephew. pic above was at station tanjong pagar, singapura.


sesampainya di rumah nenda, upacara pernikahan baru sahaja selesai dijalankan. oh!rupanya ada dua pengantin. kakak dan adik, tahniah ya kalian berdua. hujung sedikit sebelah kiri dalam gambar, adalah nenda yang pertama kali saya temui sejak kami sah menjadi suami isteri setahun lalu.

malam hari, kami berjalan sendirian ke bugis. alhamdulilah ipar saya itu sudah ada pengalaman di kota singa ini, jadi dia membantu perjalanan kami. lantaran tuan rumah semuanya pasti sibuk dengan urusan kenduri. ini bugis junction, namanya persis maju junction di KL kan,..

terus, kami ke bugis street, ala-ala petaling street di KL laa...menjual segala jenis barangan termasuk pakaian, hiasan juga souvenir sebagai kenangan. harganya murah2 belaka. tapi bila convert dengan RM, kira mahallah...(oh, gelang tangan di sisi kiri dalam gambar itu membuatkan saya nyaris tertangkap kerana capture the photo di hadapan kedai)

untuk menyampaikan hajat kami berjalan2 itu, kami menaiki kendaraan awam iaitu bas. menariknya, kami menaiki bas dua tingkat (hehe teruja, sbb kat mesia takde). saya kira di kota ini mungkin jaringan Wi-Fi nya luas kerana, perasan tak dalam gambar itu ade seorang penumpang bersama lappy nya. juga perlu diketahui, menurut saudara saya itu, di singapura tidak ramai yang memiliki kenderaan. lantas pengangkutan awamnya sangat mesra penumpang, cepat dan tepat mengikut jadual juga selesa amat.ini pula kediaman nenda saya. orang di sini memang kebanyakannya tinggal di rumah bertingkat begini (not sure it is flat or apartment or kondo). sila lihat cara mereka jemur pakaian, unik kan..khemah jamuan makan di sediakan di basement area


menjadi adat orang kota singa ini, pihak perempuan menghantar pakaian persalinan untuk majlis resepsi kepada pihak lelaki. juga bertukar lauk kenduri sesama kedua belah pihak. seperti saya beritahu tadi, rakyat di sini amat kurang yang mempunyai kenderaan sendiri, jadi yang kami naik ini adalah lori kepunyaan paman yang kebetulannya bekerja sebagai penghantar pekerja kilang ke tempat kerja mereka. jadi, kami menumpang manfaatnya juga :). gambar di atas sebelah kiri dan kanan ada lah kereta kabel ke pulau sentosa juga singapore flyers.

di sebelah petang, setelah majlis resepsi agak reda, kami berjalan2 di kota singa. melalui iklan uniknya singapura, mr.soulmate mendapat tahu tentang ini. tour di singapura menggunakan topless bus. oleh kerana kesuntukan masa melawat kota singa ini, kami manfaatkannya dengan hippo tour ini. hanya untuk $23 dolar tiket, ianya berbaloi untuk 24 jam perjalanan. tapi kami cuma manfaatkan 2 jam sahaja. itu masa yang ada, tak mengapalah...namun masih sempat melawat seluruh kota dengan dua trip perjalanan ->heritage n city<-

mengikut laluan heritage, kami melalui banyak tempat,antarnya Hindoo road. Di sini memang ramai orang India. Di KL ianya persis jalan Masjid India



seterusnya kami melalui china town pula..ini pesis Petaling Street barangkali :P


hingga seterusnya, melalui laluan city, kami menikmati pemandangan malam hari yang bergemerlapan sempena sambutan hari natal. sungguh indah dan bewarna warni

dan akhirnya, tamatlah sudah cerita kami di kota singa selama tiga hari dua malam. walaupun kurang puas berjalan, tetapi mata saya puas memandang segala keindahan pemandangan di kota singapura. walau bagaimana cantik negeri orang, saya tetap suka negara saya sendiri.

Friday, December 12, 2008

fakta atau auta

Jangan berputus asa menyaksikan peredaran hari
kerana ia adalah ketetapan dan ketentuan Ilahi

1. Tahukah Anda: Apabila 350ml air diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan terjadi reaksi yang menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan dahaga semasa membuat helikopter.Tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda: Dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak'Paparazzo' dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam Bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. Papa Irfan, Papa Asyraf, Papa Asma sume belum lagi diiktiraf secara rasmi atau 'tak masuk book'.

5. Tahukah Anda: Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun yang
lampau, menjadikan ia bendera paling lama digunakan di dunia,
lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda: Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Mungkin sempena magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda: Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh musuh, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan dapat diekori.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda: Burung merpati dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya walaupun tanpa bantuan kompas. Rupanya ini kerana setiap sarang burung merpati mempunyai alamat flatnya yang tersendiri.

10. Tahukah Anda: Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng walaupun dia dah kenyang 'makan tempeleng'

11. Tahukah Anda: Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun ada disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli sains, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan aje.

12. Tahukah Anda: Satu satunya orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13.. Tahukah Anda: Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang diistilah sebagai kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita .

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca entry ini dianggarkan telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku ~hehehehehhehhehe. ..
Elee jangan cover la, betul tak. Sentuh la telinga korang ngan siku sampai kena....Tak normal la korang maknanya tue..

sampai nanti jumpa lagi, selamat hari jumaat dan ceria-cerialah selalu...

Thursday, December 11, 2008

menu yang senang

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati

haaa..bila dah kenyang siapa tak senang kan. baby yg tak boleh bercakap lagi pun akan menangis kalau tak kenyang. hari ini saya ingin kongsikan resepi yang sangat mudah. suami saya sangat menyukainya...dan saya kira mungkin ahli kelaurga anda juga akan sukainya


menyediakannya sangat simple, anda cuma perlukan semua bahan asas ini,


1. ikan bilis yang di rebus (untuk digunakan airnya sebagai stok) saya tidak gemar menggunakan stok kiub yang di jual dipasaran, ini lebih asli
2. hirisan ayam atau daging (boleh juga hidupan laut lain spt, sotong/udang)
3. sayuran mengikut kegemaran

4. bawang putih yang cincang halus
5. bahan utamanya pastilah bihun yang telah direndam


bahan perasa
1. garam (secukup rasa)
2. lada hitam (ikut kesukaan, lagi banyak, lagi hot)
3. gula batu (sebesar ibu jari)-berfungsi sebagai penyedap rasa, lain daripada rasa gula. alternatif kepada ajinomoto. (jika tidak masukkan pun tidak mengapa)
4. sos tiram (satu sudu kecil)


cara membuatnya,

1.tumis bawang putih hingga naik bau
2. kemudian masukan ayam / daging (jika menggunakan hidupan laut seperti sotong / udang, jgn masukkan dulu, nanti keras apabila masak terlalu lama) dan sos tiram -->tumis sampai masak
3. masukkan sayuran (jika sayuran hijau seperti sawi, masukan di saat akhir, kerana hijau sayur akan memahitkan kuah)
--> gaul seketika
4. masukkan air ikan bilis
5. setelah kuah mendidih, masukan bahan perasa seperti garam, lada hitam dan gula batu
6. pecahkan sebiji telur untuk memekatkan kuah (boleh masukkan hidupan laut dan sayur hijau, jika terlibat)
7. jika mahu, masukan bihun yang telah direndam seketika untuk rasa kuah meresap ke dalam bihun. tapi jangan terlalu lama, nanti bihun lembik sangat
8. tutupkan api apabila kuah mendidih dan sedia dihidang.


p/s: saya suka menu kali ini kerana, mr.soulmate yang masakan lantaran saya demam semalam :P
resepi asal: keluarga saya

Wednesday, December 10, 2008

tips and tricks



bertemu kembali setelah sekian lama bercuti. kepada yang masih bercuti, selamat bercuti. kepada yang sudah mula bekerja, teruslah tabah bekerja. saya sudah kembali dari kota singa. dan telah demam penangan kota singa (~huhu~). untuk gambar, kita kongsikan kemudian, ya. di kesempatan ini saya sebagai orang baru berada di alam maya ini, ingin berkongsi sedikit tips dan tricks "bloging". mungkin kepada yang telah lama, tips saya ini dikira sudah basi, tetapi kepada yang baru dan belum tahu, harap tips ini dapat membantu.

1. rahsia pendapatan melalui internet.
tahukah anda, dengan hanya ber'bloging' anda dapat menjana pendapatan sampingan? ya, nampak seperti tidak logik kan? tetapi ini telah dibuktikan oleh ramai bloggers. apa yang perlu dan boleh anda buat ialah dengan, menjadi agen pengiklan melalui blog anda dengan meng'paste'kan code iklan di blog anda. anda akan dibayar dengan setiap iklan yang di klik melalui link blog anda. kenapa?tak percaya? jujurnya setakat ini setelah selama tidak kurang dari sebulan saya telah mengumpul RM 3.25 hasil klik iklan di blog saya. nampak macam sikit, tapi kata pepatah melayu, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit". jika anda juga ingin menjana pendapatan, anda boleh juga lakukan seperti saya. cuma pergi ke laman ini, dan daftarkan diri anda.

2. affiliate program
untuk menjana pendapatan juga, anda boleh menyertai affiliate program.
komisyen diperolehi dengan mempromosikan laman web dan anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal. anda boleh mempromosikan laman web tersebut dengan berbagai tools yang telah sediakan seperti text link, banner dan link affiliate. anda dibayar melalui program pay per lead.
Caranya sangat mudah sekali.
1. pergi ke laman web affiliate
2. selepas mendaftar affiliate, dapatkan link affiliate anda
3. mulakan promosi kepada kawan-kawan dan rakan cyber anda.
4. anda akan diberikan komisyen sebanyak
RM0.25 bagi setiap kali pelawat subscribe yang datangnya dari link affiliate anda.


mudahkan... untuk lebih lanjut, anda bolehlah download e-book proAffiliate secara percuma di sini

3. berikan traffic ke blog anda.(untuk lebih maklumat ttg traffik, klik sini)
pengunjung blog anda yang membantu anda menjana pendapatan melalui internet ini. jadi, lakukan sesuatu untuk menambah pengunjung ke blog anda dengan memberi traffic kepada mereka. antara cara yang anda boleh lakukan ialah,


1.bertukar blog link antara blogger.

anda ramai kawan bloggers kan. jadi tukarlah link sesama mereka.
secara tidak langsung, pelawat/pengunjung blog yang ada link anda tadi akan klik link direct ke blog anda. dari sinilah anda mendapat pengunjung blog anda, impaknya, traffic anda menjadi tinggi.

2. memberi komen yang pro
anda sering melawat blog kawan anda dan link2 kawan mereka kan? selalukah anda tinggalkan jejak anda atau komen di situ? jika ya baguslah...jika tidak lakukanlah...komen anda yang menarik serta bernas membuatkan pemilik blog atau pengunjung lain yang mengunjung blog tersebut ingin mengetahui siapakah anda. jadi tinggalkan alamat url anda di ruangan komen, supaya senang pengunjung untuk menjejaki blog anda. mudah kan?

cukuplah tips setakat kali ini. di lain kesempatan, kita berkongsi lagi..selamat mencuba!!

Friday, December 5, 2008

senyum dan cerialah

bukankah purnama tersenyum simpul
dan bintang-bintang bersorak riang?

lantas mengapakah kau biarkan kegelisahanmu itu

menjadi racun yang akan mebunuhmu?


credit pic: ashraflatif
nak tgk gambar2 lain dan cerita tentang fenomena ini, klik sini


di awal disember, bulan dan bintang menyinari malam hari keluarnya result semua pelajar IIUM. kepada anda semua, senyumlah seperti bulan. cerialah seperti bintang, di hari jumaat yang penuh barakah ini. selamat hari jumaat semua, selamat hari raya, selamat bercuti dan selamat berhujung minggu :)

Thursday, December 4, 2008

december 2008

peristiwa masa lalu adalah mimpi,
hari esok adalah harapan indah,
sedangkan hari ini adalah realiti

ah, tik tok tik tok...masa berlalu begitu pantas. kita telahpun berada di bulan terakhir tahun 2008 ini. bulan ini boleh dikatakan bulan jadual penuh. penuh dengan jemputan kenduri, yang ada anak nak sediakan persiapan sekolah anak untuk tahun baru, untuk yang bekerjaya di bulan inilah sangat sibuk untuk closing dan sebagainya.bulan ini juga adalah mood down kerana mood bercuti sudah tiba (read: buat sesiapa yg tidak dapat bercuti selepas penat setahun bekerja).inilah juga masanya selalu kenduri kahwin banyak di adakan kerana cuti sekolah. kenapa kalau kenduri kahwin sangat popular sewaktu cuti sekolah ya?ok let's we look my december schedule;



1. 1st Dec 2008 : result sem I 08/09 released. Alahamdulillah, me got 2 A's both for qualitative research method and statistics. for child psychology, only B. the result was not flattered me. since the cgpa is not what i am expected. i deserve the result pun, sebab malas baca buku (read: for child psychology tu laa) for qualitative and statistics, i'm used to that field since i am practicing on research work currently.

2. 3rd Dec 2008: pasport has ready. me n mr.soulmate will be going somewhere outside the boarder. ok, FYI, for those yang nak buat pasport malaysia antarabangsa (PMA) it is at jabatan imigresen wangsa maju branch and damansara branch only. putrajaya branch is meant for visa and what not (read: this infomartion only applicable for those who are living in KL la). ready with you pasport lama (read: for sesiapa yg dah expired la), 2 keping gambar terkini, salinan fotostet ic dan of koslah duit sebanyak rm 300. kalau boleh sebelum datang tu donlod (read: kalau tak donlod boleh beli borang di pejabat rm 1) dan isi borang sesiap, then sampai nnt terus ambik nombor. kat sana terdapat banyak kedai gambar yg menawarkan khidmat gambar pasport yg saya kira sangat murah which is rm 8 for 4 keping. ade satu kedai tu set with 4 keping gambar, borang dan fotostet ic rm8.80 jer..(read:murah lah kan). pasport siap dalam masa sejam.

3. 6th Dec till 8th Dec 2008: Oh uniknya Singapura, planning to be. sambil menziarahi nenek mr.soulmate juga menghadiri kenduri saudara di sana. of kos juga mean for holiday!!hopefully, the excitement will be there for us!

4. 8th Dec till 11 Dec 2008: it is hari raya aidiladha. usually abah akan buat korban, tapi tahun ini korban di lakukan di mindanou,filipina. umm kepada jemaah haji semua, semoga mendapat haji yang mabrur, InsyaAllah.

5. 12th Dec 2008: my big sister (cousin actually) kak mimi's akad. we will be at ipoh for this. congrats sis!

6. 13th Dec 2008: her reception with gorgeously event in purple. ade baju sama untuk tuan rumah termasuk kami sekeluarga. for mr. soulmate, i've bought shirt for him which is sedondon with the theme color. juga mr.soulmate's friend wedding, emyzura

7. 14th Dec 2008: my kakak angkat's wedding. reception at her hubby's side at mergong, alos star. planning to go there right after kak mimi's reception. also plan to visit my old school pengetua, (ust.manan) at pondok pak ya, padang lumat, gurun. kalau berkesempatan lah

8. 20th Dec 2008: planning for old bridegroom * me n mr.soulmate* outdoor photography session together with the newly wed couple.*suraya and mahyar*.
located at titiwangsa. wearing the wedding dress which we had used before. exclusively tailored by my abah's tailor. however, this plan still under approval mr.soulmate, he slightly disagree with this (en.suami, boleh la yeeee ;) ngee ).

9
. 21th Dec 2008: kak mimi's reception on her hubby's side at setapak, kl. as well my freind's -> jem wedding. to jem, nnt saya usahakan ke rumah jem ye usai menghadiri kenduri di setapak. jika ade ruang kesempatan, ya. juga, abg.mushir wedding at kuantan, pahang. to a.mushir sorilah yer, tak dapat hadir la...

10. 22th Dec 2008: my sem II begins. i left only a subject together with the directed research as well as comprehensive exam. jika lulus kesemuanya, then...i'm graduated.huh, do pray for me k!

11. 28 Dec 2008: my best friend *suraya and mahyar* reception on mahyar side at hulu selangor. for those yang mengenali pengantin, nak konvoi sesama ke? jom....

apa lagi ye? umm ini jer yang tersenarai dalam kalendar dec 2008 saya setakat ini. yang lain2 nye (kalau ada) mungkin akan tersenarai kemudian

okey, that's it. kepada yang melangsungkan perkahwinan, ucapan tahniah dari kami berdua.elok juga di baca pendapat ustaz asri tentang perkahwinan zaman sekarang ini.saya sangat bersetuju dengannya. kepada yang menjalani ibadah haji, semoga mendapat haji yang mabrur. to all, how about your dec? is there anything in planning? let's share some!