::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, December 24, 2008

histeria

dan sesungguhnya orang lelaki diantara manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara jin lalu mereka menjadikan jin-jin bertambah sombong (al jin, ayat 6)
mereka berkata: aku berlindung dengan tuan jin di tempat ini dari kejahatan jin-jin jahat

salam, selamat pagi semua. pagi2 bercerita pasal jin, hantu. did i have a nightmare last night? oh no no. last night we'd watched the mid night movie. we here was refering to me n my best mates since mr.soulmate need to work 24hours yesterday, so he couldn't manage to be at home. spending time with the girls usually is very cool beb!

kami menonton filem seram terbaru HISTERIA. here it goes another review from me after my review on this.untuk review penuh cerita, sila lihat sini. from my 2 cents, this film is quite good. another filem seram Melayu (yg pernah saya tonton) yang dikira "menjadi" atau "kaw" laa selepas drama bersiri Kekasihku Seru tayangan TV3. filem ini mampu mebuatkan saya agak takut dan terkejut dengan adegan2 yang agak menyeramkan. saya kira diri ini agak berani, tapi rupanya sangkaan saya tersasar dan meleset kerana hampir 30 peratus daripada cerita saya terpaksa menutup muka dan memeluk erat sahabat saya. sampai dipertengahan jalan, ada rasa macam nak balik waktu tu juga. bagi saya bahagian yang menyeramkan adalah scene yang menayangkan bagaimana mereka di bunuh oleh so called the jembalang dan melihat rupa jembalang itu. would say congrats to the pengarah and all yg terlibat menjayakan filem ini dengan jayanya. filem ini juga mengupas secara saintifik disebalik kejadian berlaku. menurut doktor psikatri, perkara ini adalah semata2 kesan daripada tekanan perasaan yang dihadapi oleh seseorang. di sini, penyakit mental Paranoid Schizophrenic,menjadi rujukan. namun, bagi yang menonton, buatlah pertimbangan sewajarnya daripada kisah. dalam filem ini juga, ia mengisahkan tukang kebun yang meminta perlindungan daripada makhluk halus (atau dirujuk sebagai jin) untuk menjaga kawasan sekolah tersebut. sebetulnya, hanya kepada Allahlah tempat memohon perlindungan yang sebaiknya.

menjadi isu yang agak hangat diperkatakan adalah adegan bercium dan berpegangan tangan antara 2 pelajar perempuan (Scha dan Reana) yang memberi gambaran tidak bermoral tentang masyarakat kita. menurut kata mereka-mereka di luar sana lah. namun bagi saya ia hanyalah elemen kecil untuk melariskan filem ini dan helah yang sengaja dibuat untuk memanaskan dunia hiburan. atau apa2 agenda lain disebaliknya. jika di tonton, saya kira adegan itu telah pun disunting, dan tidak memberi sebarang impak yang keterlaluan jika dibandingkan dengan aksi melampau yang lain di filem2 lain. dan pada saya slot itu adalah sangat kecil (kurang dari 5 saat) berbanding dengan major theme perjalanan slot cerita filem ini.


kepada yang ingin menonton, silalah tonton, atau nantikan sahaja ianya muncul di kaca televisyen anda pada hari raya tahun hadapan. kepada my best mates ever, thanks for the time spent. to mr.soulmate, thanks for the permission for mid night movie.~huhu~ :)

No comments: