::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, December 11, 2008

menu yang senang

gendang gendut tali kecapi
kenyang perut senang hati

haaa..bila dah kenyang siapa tak senang kan. baby yg tak boleh bercakap lagi pun akan menangis kalau tak kenyang. hari ini saya ingin kongsikan resepi yang sangat mudah. suami saya sangat menyukainya...dan saya kira mungkin ahli kelaurga anda juga akan sukainya


menyediakannya sangat simple, anda cuma perlukan semua bahan asas ini,


1. ikan bilis yang di rebus (untuk digunakan airnya sebagai stok) saya tidak gemar menggunakan stok kiub yang di jual dipasaran, ini lebih asli
2. hirisan ayam atau daging (boleh juga hidupan laut lain spt, sotong/udang)
3. sayuran mengikut kegemaran

4. bawang putih yang cincang halus
5. bahan utamanya pastilah bihun yang telah direndam


bahan perasa
1. garam (secukup rasa)
2. lada hitam (ikut kesukaan, lagi banyak, lagi hot)
3. gula batu (sebesar ibu jari)-berfungsi sebagai penyedap rasa, lain daripada rasa gula. alternatif kepada ajinomoto. (jika tidak masukkan pun tidak mengapa)
4. sos tiram (satu sudu kecil)


cara membuatnya,

1.tumis bawang putih hingga naik bau
2. kemudian masukan ayam / daging (jika menggunakan hidupan laut seperti sotong / udang, jgn masukkan dulu, nanti keras apabila masak terlalu lama) dan sos tiram -->tumis sampai masak
3. masukkan sayuran (jika sayuran hijau seperti sawi, masukan di saat akhir, kerana hijau sayur akan memahitkan kuah)
--> gaul seketika
4. masukkan air ikan bilis
5. setelah kuah mendidih, masukan bahan perasa seperti garam, lada hitam dan gula batu
6. pecahkan sebiji telur untuk memekatkan kuah (boleh masukkan hidupan laut dan sayur hijau, jika terlibat)
7. jika mahu, masukan bihun yang telah direndam seketika untuk rasa kuah meresap ke dalam bihun. tapi jangan terlalu lama, nanti bihun lembik sangat
8. tutupkan api apabila kuah mendidih dan sedia dihidang.


p/s: saya suka menu kali ini kerana, mr.soulmate yang masakan lantaran saya demam semalam :P
resepi asal: keluarga saya

3 comments:

dHiya` at-tAimy`s auNty said...

kwan kite kate masak cam maen2..
ahahaa

salida amran said...

apsal lak main2?

ilasya said...

sbb simple sagt..hahaha
kan gune bawang puteh jea,
patu letak air ikan bilis ngn sayo2