::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, December 12, 2008

fakta atau auta

Jangan berputus asa menyaksikan peredaran hari
kerana ia adalah ketetapan dan ketentuan Ilahi

1. Tahukah Anda: Apabila 350ml air diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan terjadi reaksi yang menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan dahaga semasa membuat helikopter.Tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda: Dalam bahasa Inggeris dan Italy , jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak'Paparazzo' dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico
Fellini pada tahun 1960. Dalam Bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. Papa Irfan, Papa Asyraf, Papa Asma sume belum lagi diiktiraf secara rasmi atau 'tak masuk book'.

5. Tahukah Anda: Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun yang
lampau, menjadikan ia bendera paling lama digunakan di dunia,
lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda: Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Mungkin sempena magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk
menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda: Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh musuh, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan dapat diekori.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda: Burung merpati dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya walaupun tanpa bantuan kompas. Rupanya ini kerana setiap sarang burung merpati mempunyai alamat flatnya yang tersendiri.

10. Tahukah Anda: Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng walaupun dia dah kenyang 'makan tempeleng'

11. Tahukah Anda: Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun ada disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli sains, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan aje.

12. Tahukah Anda: Satu satunya orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13.. Tahukah Anda: Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang diistilah sebagai kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita .

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca entry ini dianggarkan telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku ~hehehehehhehhehe. ..
Elee jangan cover la, betul tak. Sentuh la telinga korang ngan siku sampai kena....Tak normal la korang maknanya tue..

sampai nanti jumpa lagi, selamat hari jumaat dan ceria-cerialah selalu...

No comments: