::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, December 30, 2008

1430 H

"Good is not that your possessions, wealth (and power)...increase,
but good is that your knowledge increases and your insight grows more powerful,
and that the people are proud to serve God.
For when you do good, you praise God...." (Imam Ali)


salam Maal Hijrah semua! dipetik dari laman blog sahabat saya, Rasulullah bersabda mafhumnya, "Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala."

kefahaman hijrah dalam versi saya dan kebanyakan orang adalah penghijrahan diri ke arah yang lebih baik dari sebelumnya. hijrah di sini saya rujuk kepada berpindah atau berubah kepada yang lebih baik. baik bukanlah dari segi kekayaan harta dan kedudukan, tetapi baik dari segi kefahaman agama dan keimanan lantas meningkatkan ketaqwaan yang lebih kepada Allah.

sempena penghijrahan ini saya ingin berubah menjadi isteri yang lebih baik kepada suami saya. saya ingin menjadi anak yang lebih baik kepada ibu bapa saya. saya juga ingin menjadi pelajar yang lebih baik dari sebelumnya (kerana saya akan tamat pengajian, akhir semester ini). saya mahu lebih tekun menyiapkan tugasan saya ini yang saya dibayar menyiapkannya. saya juga mahukan yang lebih baik dari segi perlaksanaan ibadah saya. saya mahu lebih banyak berpuasa sunat di tahun ini, saya mahu tinggalkan habit lambat solat saya terutama subuh saya. saya mahu menjadi saya yang baru yang lebih baik dari saya yang dahulu. doakan semuanya berjalan baik bagi diri saya ya!




dalam nota yang berbeza,
saya ingin kongsikan kenangan indah saya bersama keluarga dari pihak saya, bercuti di pulau pangkor perak, pada hujung minggu yang lampau (14 dec 2008)

di jeti, lumut perjalanan dalam feri ke pangkor

sila abaikan tudung saya yang kontra dengan warna baju, dan remos tudung yang tidak menjadi itu :P


dalam boat, ke pulau impian kami, jauh dari keramaian

riang ria kami sekeluarga, juga keluarga bapa saudara saya dan anak2 kecilnya yang sangat comels


perjalanan pulang, selepas puas memanjakan diri dengan masin air laut...kami suka, riang dan gembira...:)

No comments: