::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, August 19, 2009

influenza

Ya Allah,
lindungilah kami dari wabak dan penyakit yang menular


seperti yang dilaporkan oleh adinda saya yang di kelantan, anak buah hujung abah a.k.a adik bongsu kami demam with symptyoms influenza. risau gak. sedih gak sebenarnya.beliau kini selamat di sisi ayah bonda saya.

dua minggu lalu, mr.soulmate juga kedemamaman. mungkin perubahan cuaca, panas dan hujan ditambah dengan jerebu lagi menjadi penyumbang agaknya. risau juga saya. beliau tahap sampai tak boleh bangun, sakit sendi katanya. solat pun sambil baring. saya ambikkan wudhu' untuk dia.

-iklan-
sekadar makluman, k.ayu ada selitkan di blognya tentang status wudhu' apabila bersentuhan suami isteri. menurut kesimpulan, untuk memaksimumkan ibadah suami isteri, wuduk itu tidak terbatal dan ianya disokong dengan beberapa dalil sokongan. sila ke laman k.ayu untuk detail.
-iklan tamat-

mengenangkan virus baru yang melanda negara ini, saya jadi risau amat. laporan lengkap dan terbaru mengenainya ada di sini. sahabat saya afida ayu juga mengadu kerisauan yang tinggi, sedang beliau sekeluarga berada di kawasan bilangan jangkitan tertinggi -Melaka-. sahabat seorang lagi, pn.khadijah lantas meletakkan doa pelindung wabak di post blognya. sila rujuk sini. mengikut rekod dan statistik yang saya baca, kebanyakan pesakit yang membawa kepada maut adalah disebabkan kelewatan mendapatkan rawatan dan kumpulan risiko tinggi. semak di sini untuk kumpulan berisiko tinggi.


antara pesakit H1N1 yang meninggal dunia adalah akibat pneumonia yang teruk. pneumonia ni adalah penyakit berkaitan paru-paru. samaada jangkitanpada paru-paru atau paru-paru berair yang mengakibatkan kematian. details leh baca sini. pernah dulu, abah juga dijangkiti pneumonia selepas pulang dari China untuk rawatan pemindahan buah pinggang barunya. di tempatkan di ICU, kami semua risau tahap kritikal waktu itu. mengimbau kenangan abah di hospital, kami bergilir-gilir menunggu dengan ibu. dan bergilir-gilir pulang menyediakan makanan kegemaran abah. seingat saya, kami (refer to: me n my girls) belajar menyediakan bubur minyak sapi kegemaran abah.

waktu mr.soulmate kedemaman tempoh hari juga, beliau request bubur kegemaran abah itu. saya pernah menyediakannya suatu masa dahulu untuk mr.soulmate. dengan request tersebut kali ini, tanda beliau sangat suka dengan menu itu. untuk yang inginkan keenakan bubur yang menyelerakan untuk warga keluarga yang tahap kesihatan terganggu boleh cuba nih.



resepinya mudah amat


1. masak bubur seperti biasa. masak nasi dengan nisbah 1 cawan beras dan 3 cawan air. biar masak hingga air kering separuh

2. dalam kuali panaskan 2-3 sudu minyak sapi atau butter. tumiskan bawang putih, bawang merah dan sedikit halia.

3. kemudian masukkan potongan kecil ikan atau ayam dan sayuran seperti lobak merah dan kobis bunga.

4. perasakan dengan garam, lada hitam dan serbuk perasa (optional).

5. masukkan bubur yang sudah masak tadi dan kacau sebati. tunggu hingga agak kering dan sayur lembut.

6. sedia dihidang. taburkan sedikit bawang goreng untuk lebih keenakannya.

sesuai dimakan untuk menaikkan selera bagi sesiapa yang kurang selera makan dengan wangian bau butter/ minyak sapi tersebut.

alhamdulillah, kini mr.soulmate beransur pulih, cuma tinggal sedikit saki baki batuk. syafiq adik bongsu kami pula kata ibu, demam sudah sedikit surut, tapi masih batuk. dia tepaksa berkuarantin di rumah sambil memakai mask untuk mengelakkan penyebaran. tentu abah tengah kempunan ingin memeluk anak bongsunya itu sambil tidur. apapun, syafakallah...moga cepat sembuh.

tentang H1N1 ini ianya juga dilaporkan sebagai konspirasi kapitalis untuk mengaut keuntungan semata-mata walaupun terpaksa mengorbankan nyawa. menurut pembacaan saya, kapitalis memang memperjuangkan keuntungan dan menyikitkan umat dengan kematian ataupun dengan menyebabkan defect kepada bayi dari dalam kandungan. untuk keterangan lanjut boleh baca di sini. sedikit petikannya saya ambil,


Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.


sekian dulu, jaga kesihatan semua dan amalkan budaya pembersih untuk mengelakkan jangkitan ya!

Tuesday, August 18, 2009

fake ori

you can if you want

sejak kecil berumur 15 tahun, saya gunakan lines tersebut sebagai motto hidup saya. yalah, zaman kanak-kanak nak ade motto lah, visi lah mislah, tapi tak faham ape benda alah tuh semua. dan sudah menginjak dewasa nih, saya semakin sedar pulak, memang saya ini jenis yang akan berusaha dapatkan apa yang saya nak. bak kata pepatah

hendak seribu daya tak hendak, takleh nak wat apa seribu dalih.

ataupun terinspirasi dari lirik
jika kau fikirkan kau boleh, kau pasti boleh melakukan


TERBARU,
saya ada keinginan yang mendalam untuk discover tentang kasut berjenama CROCS ini.


layari sini untuk maklumat lanjut ya!

sekalipun dari segi rupa paras, ramai yang regards sebagai as ugly as muka buaya, tetapi kebaikan atau kelebihan yang ada padanya undeniable, tidak dapat dinafikan.


n3 saya kali ini adalah berkaitan dengan lambakan jualan non-original crocs di pasaran gelap yang dikatakan sama sebiji macam original dengan harga yang sangat mampu dibeli. untuk rekod, original crocs, bagi orang2 macam saya harganya sangatlah priceyy. mahal okeh.

jadi di paparan ini, saya akan banyak link kan beberapa link hasil pencarian saya dalam misi mencari kebenaran pasti tentang original and fake crocs ini. beberapa fakta akan kita kongsikan bersama.

1. seorang blogger ini, dia dapat bargain di pasar malam tempat dia tinggal untuk crocs kids dengan harga RM30. diantara comment yang dia terima, tertulis begini. mungkin elok untuk rujukan sesiapa nak compare antara crocs original and fake.

…and i can tell you how to differentiate between ori & fake crocs..hehe. there are actually a few things that u can check to determine whether it’s ori or not. 1) ori crocs comes with a hanger attached(unless it went missing when my customers tried it on); 2) the logo of ori crocs is clear & shiny; 3) the sizing for ori crocs is put as W5, W7, M8, M9, C10/11, C6/7 & so on but not put as size 32 or size 40 etc; 4) the writings at the sole is ‘boulder,colorado’ not ‘boulder.colorado’; 5) jibbitz are all removable. as for jibbitz, ori jibbitz will have prints at the back about choking hazards, patent pending among other things but fake jibbitz will not have the prints and will also be of a different material.

can check on more comments from the same link

2. from the article how to spot fake crocs from this link, it says

Crocs is now one of the most "copied" footwear brand in the market. With more than 6 million pairs sold worldwide in 2006,

ia juga ada menyebutkan, walau sebaik mana pun pihak ketiga mampu meniru rupa paras Crocs, namun mereka mgkin tidak dapat meniru material yang digunapakai oleh Crocs, iaitu croslite. Merujuk answers.com croslite bermaksud,

Croslite™ is a proprietary Closed Cell Resin material which is NOT plastic NOR rubber. Croslite™ material is closed-cell in nature and anti-microbial, which virtually eliminates odor. It is an extraordinary impact absorbing resin material developed for maximum cushioning. Its closed cell properties resist odor, inhibit bacterial and fungal growth and are non­toxic. This versatile material can be worn next to skin and be cleaned with just soap and water.


3. Cik/ Puan ini pula menceritakan pengalaman beliau puchasing non-original Crocs from an e-bay. Menurut penjual ebay, it was an overrun product which explain its cheaper price. Truely, she was dissapointed to have the fake one since she used to wear the original product. For more details of the experience, click here

[courtesy pic from here]

4. from the forum i read, they said that the fake one will cause blister, while the original one was super duper comfort and light. dari segi pembuatan, kekemasan adalah antara benda yang paling senang nak dispot while comparing with the original. the fake one is not that kemas.

5. from my personal opinion pulak, kalau nak pakai crocs just sebab jenama, beli yang fake pun takpe. tapi kalau nak mengubati penyakit ke (sebab crocs asalnya direka khas for diabetic patient), eloklah guna yang original untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Link dari sini memberitahu

TheCentre for Medicare and Medicaid Services has approved a model of Crocs with molded insoles as diabetic foodware, which help wearers avoid foot injuries. Footwear such as Crocs and flip-flops came under scrutiny in 2006 when children suffered injuries after the shoes became caught in escalator mechanisms. This was due to the softness of the shoe's material combined with the relatively smaller size of children's feet

kalau nak guna sekadar menepati sedikit (minimum) ciri comfy boleh juga yang fake tuh. tapi mungkin material dia tak tahan lasak dan mudah lembik laa.

itu aje ulasan untuk kali ini. nak tahu lebih lanjut harus bertanya kepada yang pernah experience kedua-duanya sekali. kuasa membeli di tangan anda. jadilah pembeli yang bijak. bandingkan harga, bandingkan kualiti.

***update***on 14th sept 2009
i have bought and used the non original crocs. some facts that we can share regarding the difference between the original and non-original
1. pattern: original is more tidy, and smart looking. non-original is quit slovenly.
2. weight: original is more light comparing to the non original about 0.003 gm. though, the non original can be still consider light in weight
3. comfort: i'm trying the original one at the showroom boutique. i can feel the different in term of the comfortness. the non original have more cushion compared to the original one (it based on the trial at showroom boutique only).
4. blister: using the non original one, you may get blister if wearing it without the layer of sock. however, as what amyyna from colorado have said, the original one also can cause blister.

it is worthy and satisfying even with the non-original crocs. why pay more?


Friday, August 14, 2009

burger malaysia, pau goreng dan crocs

whatever the mind of man can conceive and believe
he will achieve
~the law of success, Napoleon Hill
~

en3 hari jumaat ni agak bercampur baur. layan jelah yer...

kebelakangan ini saya tenggelam dalam new venture yang saya ceburi. saudara terdekat pun dah weird tengok saya. yelah, tetiba pulak saya jadi rajin buat itu dan ini. untuk kenalan pula memuji dengan kata saya ni pandailah, rajinlah dan sebagainya. itu adalah mitos semata-semata, jangan terpedaya.

SEBENARNYA,
selepas kehidupan selama 27 tahun di muka bumi, saya meneliti apakah yang saya mampu buat. pensyarah saya ada menyebut,
90% who writes their goal in writing, they will achieve it

sementelah di zaman teknologi ini, kita ada wacana baru untuk menulis impian dan goal, jadi saya coretkan sahaja di sini. tanpa niat untuk menunjuk, tanpa niat untuk membongkak cuma dengan niat mengabadikan kenangan sebagai jatuh bangun kehidupan serta perkembangannya. yang baik untuk tauladan dan rujukan, yang kurang untuk sempadan dan dijauhkan.

sebab tidak semua yang saya cuba buat menjadi belaka. sebagai contoh, saya berkeinginan nak buat burger malaysia, atau ade jugak orang panggil pau goreng. google resepi dan salin-salin semua, saya pun buatlah. uli punya uli, adunan saya tak kembang seperti sepatutnya.


[percubaan pertama saya selepas diuli, adunan tak kembang2. dok besar tuh je
percubaan kedua, selepas diuli biarkan 20min dah kembang camtu..ha, ni baru menjadi :)]


tidak mengapalah, saya usaha. usaha lagi untuk percubaan kedua. ya saya berjaya. syukur, saya senyum. saya tidak putus asa atas cubaan pertama yang tidak menjadi, saya cuba lagi. saya suka juga gagal, kerana behind it tersembyunyi lebih banyak pengajaran. saya dapat tahu apa yang kurang dan tak cukup.

untuk membuat roti, saya dapat belajar yang adunan hendaklah diuli sampai betul-betul sebati. kalau guna bread maker memang senang. tekan satu butang sahaja semua siap. tapi klaau manual macam saya, memang kene uli sampai tercabut tangan. uhh, letih. pastu saya juga belajar, adunan roti kena guna air suam (seperti yang disebut dalam resepi) untuk adunan lebih kembang. barulah saya tahu, suhu yang agak warm boleh membantu untuk mengembangkan adunan roti. semua ini saya dapat selepas kegagalan pertama. bertanya pada yang pakar, banyak membantu saya. terima kasih lah kepada yang pakar, ucu saya:)

timbul idea nak makan burger malaysia tu pada asalnya hari sebelum tu saya buat nasi lemak, kemudian sambal ikan bilisnya ada berlebih. nak dimakan dengan pulut mr soulmate tak gemar, jadi timbullah idea burger malaysia nih. saya pun sangat menggemarinya.

[nasi lemak versi saya tanpa telur goreng, tapi ada ayam goreng rempah, tanpa timun dan kacang, tapi ade tumis sayur campur]


okey, ni dia saya kongsikan resepi burger malaysia atau pau goreng

1. 200gram tepung gandum

200g ni sama dengan 1 1/2 cawan (untuk rujukan sesapa yang takde dacing). saya guna tepung tinggi protin (high protein flour). mengikut nasihat ucu, tepung ni lagi ringan nak diuli berbanding tepung gandum biasa.

2. 2 1/2 sudu besar gula halus

untuk percubaan pertama, saya dapati ianya sangat manis. jadi saya kurangkan sedikit dipercubaan kedua, it is nicer.

3. 1/2 sudu kecil garam

4. 2 sudu kecil yis kering

percubaan pertama saya, yis agak kurang. jadi hypothesisnya, mungkin disebabkan kekurangan yis, adunan tidak kembang dengan sempurna

satukan semua bahan ini dalam satu mangkuk dan mesrakan mereka semesra-mesranya

5. 140 ml air atau susu (dengan suhu yang suam)

140ml bersamaan dengan 3/4 cawan. gunakan air suam atau susu yang disuamkan. di sini saya guna susu penuh krim. boleh juga nak guna susu segar, susu rendah lemak atau apa-apa jenis susu mengikut kesukaan. tidak menjejaskan kualiti adunan.

tuangkan ke dalam bancuhan bahan kering tadi dan mulalah menguli. untuk yang menggunakan bread maker machine, tekan sahaja butang dough untuk lebih kurang 5 minit. kepada yang bertenaga super power macam saya, menggunakan manual tangan sendiri, ulilah dalam lebih kurang 20 minit hingga tangan anda rasa macam nak tercabut lenguh (huh! tengok tu aggergerate pulak, just kidding) baru berhenti. hmmm maksudnya sampai doh licin. percubaan pertama saya fail di part ini, itu sebab tak menjadi.heh.


6. 2 sudu besar marjerin/ mentega (butter) / shortening

saya guna margerin sebab senang nak sukat. percubaan pertama margerin terlebih, jadi adunan jadi sangat berminyak. jadi agak2lah yer. jangan lebih sangat, kalau kurang boleh tambah, kalau dah lebih, takleh nak wat apa dah.

okey campurkan dengan adunan tadi dan ulilah lagi sampai lembut dan licin. kalau manual tangan uli dalam lebih kurang lagi 20-30 minit ya!.
kemudian, buatkan doh yang besar dan perapkan lebih kurang 15 minit. tutup bekas dengan kain lembap. selepas 15 minit tuh hasilnya akan jadi dua kali ganda besar, kemudian, buangkan anginnya, dan buatkan doh kecil pula kepada 8 bahagian. akhirnya perapkan lagi 15 minit-20 minit. bolehlah sedia menggoreng dengan minyak panas berapi kecil. bila dah agak2 masak dalamnya, angkat dan sejukkan. belah dua jangan putus dan masukkan lah sambal ikan bilis anda dan hirisan timun. selesai, boleh lah makan

[inilah versi tak jadi tuh...malu nak tunjuk]

[ini pulak versi menyelerakan walau tiada hirisan timun di situ]

[yummy!]

mr.soulmate pula, kalau roti nih dia nak yang bakar, goreng-goreng tak minat. jadi saya berani-berani cuba bakar hasilnya,



[menyelerakan juga, yeay!]

hmm, apa jua pun yang kita buat, adalah satu pelajaran. jangan takut untuk mencuba, jangan malu untuk bertanya. belajar memang tidak pernah ada pengakhirannya.

p/s: anda sekitar kawasan gombak? kat seri gombak nih dah bukak bazar larut malam yang macam kat danau kota atau cheras atau damansara tuh. barangannya standard macam barang2 down town yang lain lah. tapi paling banyak, stall crocs gred A (bukan original tapi siap ade trademark crocs). kata penjual, masih dikilangkan dari kilang yang sama, cuma pembuatan agak kurang kemas. material katanya sama. stall ada banyak, so boleh buat pilihan. kalau anda terror bargain, lebih menarik. harga murah sangat dari crocs original. saya ingin juga satu, samaada alice atau olivia. alice mr soulmate kata, nampak kemetot olivia pada saya is better tapi tak full cover sebab belakang dia terbukak sikit, but still ade tali. penggemaer crocs, apa pendapat anda?


Thursday, August 13, 2009

petua

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

dalam seadang mengemaskini folder surat elektrik (read: e-mail) saya, terjumpa pula kiriman ini dari suami yang dipetiknya dari group yang disertainya. bagus juga kite semak petua-petua ini.

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri.

ramai yang dah tau pasal ni. cume kadangkala asyik resah jer, krim ape yang paling sesuai untuk kecantikan muka. buat yang kaya dan berduit pula, tak kisahlah habis berapa banyak RM pun, asalkan nak nampak cantik. namun sebenarnya, petuanya amat mudah sekali. Dapat pahala lagi.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

macam-macam perkara buat kita jadi stress kan. kerja banyak stress, takde kerja pun stress. jalan jem stress, naik pengangkutan awam pun stress, takde kenderaan lagi stress. sibuk gemuk, tapi tak mau bersenam. padahal solat itu juga telah dikira bersenam. baru-baru ni keluar kat berita tentang kajian siknifikasi solat. sedang yang bukan islam pun menyedarinya, inikan pula kita yang Islam sambil lewa je dalam mengerjakan solat.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allahsebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).

senangnya nak bagi awet muda. tanpa perlu makan akar kayu, tanpa perlu ubat pahit. mudah amat.


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


kata orang, bibir yang cantik itu bibir seulas pinang. ataupun bibir merah comel
mungil. namun, kalau praktiskan petua ini, kecantikannya lahir dari dalam. tidak dapat di tafsir dengan mata kasar. cubalah!

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

ini azam saya untuk tahun ini pada awal Muharram dulu. tapi ni dah nak dekat Ramadhan dah..azam tue tak cemerlang sangat. ade sikit2 jer terlaksana.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

salam adalah doa, salam merapatkan sillah, salam memanjangkan usia. mulakan bicara dengan salam, akhiri juga dengan salam.

Sekian, Wassalam

Tuesday, August 11, 2009

my new venture

The past as well as the future is written
in the genetic blueprint for life


masih teringat saki baki ilmu dalam kepala, (wah..dah tinggal saki baki? mmg ilmu sikit ke, dah banyak ilmu yg luput?, ntah..) pensyarah dan dalam buku ade sebut; habit, traits dan personality itu salah satu penyumbangnya adalah daripada biological foundation atau nak senang faham sumbangan genentik atau nak lagi senang ianya adalah tersumbang dari keturunan. faktor-faktor lain juga ada menyumbang i.e persekitaran (experiential), semulajadinya begitu (dispositional), adjustment, kegiatan sosial dan budaya, dan sebagainya.

setelah 27 tahun mengenali diri sendiri, saya discover dari genetik mana habit, traits dan personality saya terbentuk. kebanyakannya ia didominasi daripada genetik bapa. muka saya kata orang ikut muka abah, perangai saya sedikit sebanyak mewarisi ketidaksabaran sikap abah, kepanas baranan sifat abah, emotional dan moody juga sikap abah.
hence, resulted saya (dan kebanyakan kami) more attached to abah personally. jarang saya follow sifap penyabar ibu, sifat lemah lembut dan moody-free ibu. saya cuma serap sedikit habit ibu terhadap laundry (to make sure dengan penuh teliti how you do your laundry).

akhir-akhir ini pula, saya dapat rasakan my freaking blood ni adalah dari my abah's side which explain saya sangat berkecendurungan terhadap aktiviti masak-memasak. traditionally my abah's side semuanya tahap pandai and superb in cooking. lately pula, saya discover i love google resepi masak-memasak dan menghabiskan masa yang panjang searching the info in this field. saya rasa sebuah keseronokan ahh di bidang ini. saya agak kurang cenderung aktiviti jahit menjahit, sulam menyulam lukis melukis dan aktiviti kesenian lain. as my siblings always said, tangan tak berseni. tapi basic household tasks yang lain saya buat tau...setakat mengemas, menyapu, membasuh dan melipat baju tu semua saya yang buat.

insan-insan yang banyak membantu saya dalam bidang yang saya baru berjinak-jinak nak ceburi ini ialah my luvly-ies; to name few: abah, itam, ucu, k.long, ibu, ibu flat dan ramai lagi. mereka tidak pernah jemu melayanan panggilan telefon saya yang bertanya cara masak itu dan ini. terima kasihlah yer..kata atuk, dulu nenek ada tanak belajar, sekarang baru tergagau-gagau (read: tercari-cari)

okey ini sebahagian dari hasil kecenderungan bidang baru saya

[gaya seperti cup cake, dalam versi saya sendiri tanpa cup]



resepi saya adaptasi dari sini. mengikut resepi asal ianya dibakar, untuk sedikit kelainan, saya kukus dalam acuan kecil. dan letakkan icing krim diatasnya. kalau malas nak bukak link tu, klik je kat bawah ni





[salida's stim cake with buttercream]




untuk kelainan yang lain, saya inginkan sesuatu yang cair dalam mulut, tidak di tangan. saya tambahkan chopped chocolate bar ke dalam bancuhan dan chocolate chip sebagai base. juga dengan cara kukus atau stim. hasilnya, ya Allah melted chocolate yang super melt dan rasa coklat yang sangat kaya (rich chocolate taste).



saya cuma cenderung dalam bidang ini tapi saya belum cukup mewarisi kebijaksanaan mereka yang super power dalam bidang ini. kalau arwah nenek masih ade, surely she will proud of me!


Monday, August 10, 2009

lelaki dan perempuan

tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah
"La sahla illa ma ja'altahu sahla"

umurnya dah hampir sepuluh tahun. khidmatnya dah terlampau banyak. dari mula belajar di bangku pengajian tertinggi, hinggalah tamatnya pengajian. jasanya membawa saya ke pentas konvokesyen.

dalam umurnya itu, ragam tak banyak. cuma seingat saya, sekali dua jer di format semula hingga menghilangkan sedikit sebanyak data kenangan disebabkan virus2 jahat. hardware takde yg ditukar kerana rosak. ditambah naik performance jer supaya ianya selari dengan peredaran zaman. baru fun sikit, walau veteran tetapi beraksi seperti org muda.heh.



cuma semalam, dia menggelabahkan saya, tetiba buat sound. tittt tittt tiittt dan kemudiannya hang. restart pun aksi yang sama gak dia bagi. lantas saya hubungi doktor yang menyambut kelahirannya (a.k.a my big bro) melaporkan aksi pelik yang ditunjukkannya. doktor soh bawak gi kliniknya sesegera mungkin. tapi lebih suggeskan saya untuk tanam aje di belakang rumah. betapa sedihnya saya, dan tak boleh terima hakikat itu. selamatkan dia, saya tak sanggup kehilangannya lagi buat masa ini.




selepas suami pulang dari tempat kerja, dan diberi makan sampai kenyang selepas kelaparan dan keletihan berpuasa, kami menghantarnya ke klinik. doktor cek sana sini. pastu buat minor operation bila saya asyik membebel kerisauan. . doktor terkejut, waaa banyaknye habuk. giler aaa tak pernah servis. servis2 ni kerja orang lelaki. sumpah lah saya tak pandai. huhu. doktor ambik penyedut hampagas besar dan sedut semua habuk yang menghalang kipas
processer untuk bergerak dan semua habuk lain yang melekat dalam perutnya. dan ianya pulih seperti sedia kala.

lepas ni leh lah suruh orang lelaki yang duduk dengan saya nih pulak servis perut cpu saya selalu-selalu supaya tidak malu nanti dengan doktor luar negara pula, pengsan nengok dalaman cpu yang dah macam gua usang. heh.

doktor kata, desktop penuh nih, wat clearance lah sikit. saya pun buat clearance di desktop supaya prestasi loadingnya meningkat. saya kemas file yang bersepah masuk folder. dalam pada berkemas-kemas folder tuh, saya jumpa artikel nih...sangat bestlah..jom kita layan tengok dan hayati sama-sama nak....

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke tumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi seorang suami boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup membujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah menjadi imam?”

Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga yang menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!!!


Jadi kaum Adam…. “tepuk dada, tanya iman….” :-p. abah juga, meletakkan kriteria menantu yang berhajat menjadi suami kepada nak-anaknya ialah kebolehan menjadi imam. kalau kebolehan ini tiada, jangan haraplah anda berjaya temuduga untuk anak-anak dara abah saya yang masih lagi kekosongan sebanyak 3 orang. heh. (sekali saya buat promosi jawatan kosong sebagai suami untuk adik-adik saya). hahah. Saya ingat lagi sahabat saya Afida Ayu pernah kata,
usah dicari kesempurnaan, kerana tiada siapa pun yang sempurna....



Friday, August 7, 2009

the climb

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai". Ali Imran, 3:103.

pernah dengar pasal Hannah Montana? pernah tonton cerita tu? tak pernah? saya juga belum pernah. Hannah Montana ni is a Disney channel. So it is serba sedikit berjiwa kana-kanak lah. Frankly speaking saya tak pernah tengok pun siri ini dan tak tahu apa-apa tentangnya. Ada sesapa boleh bantu?

Apa yang saya nak cerita, cuma saya agak tertariklah dengan official sountrack Hannah Montana ni. Mula-mula dengar, rasa seronok. Tapi maklumlah, saya ni lambat pick up sikit lirik dalam bahasa penjajah ni. Jadi, setelah beberapa kali berkumandang di udara, barulah saya dapat tahu official soundtrack itu ialah "The Climb". Saya google sedikit lirik the climb ini dan it is so inspiring. Liriknya sangat penuh motivasi. Mari kita share sedikit sebanyak.

(untuk nota: bila saya suka sesuatu lagu, saya suka hayati liriknya. Jika muzik bagus, liriknya lagi bagus, keseluruhan lagu ialah super bagus)



I can almost see it
That dream Im dreaming but
Theres a voice inside my head sayin,
You'll never reach it

selalunya kita seakan dah terbayang apa yang kita imipikan dan inginkan, tapi macam ada suara dalaman memberitahu yang kita mungkin tak dapat mencapainya atau mendapatkan apa yang kita impikan, kan...

Every step Im taking,
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking but I
Got to keep trying
Got to keep my head held high

dalam setiap langkah dan yang kita ambil dan setiap gerak yang kita buat, rasa macam sudah hilang arah. Walaupun keyakinan telah goyah, tapi kita tetap mencuba, dan tetap pastikan yang kepala kita tetap tegak untuk mendaki

Theres always going to be another mountain
Im always going to want to make it move
Always going to be an uphill battle,
Sometimes I’m going to have to lose,

sebab selepas kita selesai mendaki, pasti akan ada satu lagi gunung yang lain untuk didaki dan kita pasti akan ingin mendakinya walau apapun perjuangan yang mendatang dipuncaknya walaupun kadangkala kita akan menghadapi kekalahan


Aint about how fast I get there,
Aint about whats waiting on the other side
Its the climb

tapi ianya bukanlah mengira seberapa cepat kita sampai di puncak atau apa yang ada disebalik gunung itu yang kita tak nampak, ianya adalah satu pendakian....

The struggles Im facing,
The chances Im taking
Sometimes they might knock me down but
No Im not breaking

setiap kesusahan yang kita hadapi dan setiap peluang yang kita garapi, kadangkala menolak kita jatuh ke bawah, namun kita tidak goyah....

I may not know it
But these are the moments that
Im going to remember most yeah
Just got to keep going
And I,

kita mungkin tidak mengetahuinya, tapi itulah detik-detik yang paling akan kita ingati, jadi teruslah berusaha

I got to be strong
Just keep pushing on,
cause theres always going to be another mountain

kita harus jadi kuat dan terus berusaha memanjat kerana pasti akan ada nanti gunung lain yang harus di daki

Keep on moving
Keep climbing
Keep the faith baby
Its all about
Its all about
The climb
Keep the faith
Keep your faith

berusahalah, berjuanglah...hidup ini untuk satu pendakian...kekalkanlah keyakinan...kuatkanlah keimanan


saya tujukan lirik ni khas buat yang tersayang dalam hidup saya, mereka menyambut hari kelahiran masing-masing pada hari ini dan semalam

my dear fren, fathiah saarani,28 on 6th aug
my dear little brother, iwan muhammad syafiq, 14 on 6th aug
my dear taiko, iwan syahril, 28 on 7th aug

happy birthday darlings...luv u!



Wednesday, August 5, 2009

solat jemaah

wahai tuhan kami, berilah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara yang menyukakan hati kami melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertaqwa
(al-furqan, 74)

dah masuk bulan ogos dah. cepatnya masa berlalu. bulan lepas entri saya yang paling sedikit. tak perlu explain kenapa. lagipun tiada siapa ketagih entri saya. sedang saya pun tak ketagih, inikan pulak orang lain kan.

penghujung bulan lepas ramai yang buat kenduri. kenduri arwah, kenduri nak puasa atau kenduri saja-saja tanda kesyukuran. sekarang dah bulan sya'ban kan. tak lama lagi muncullah ramadhan. bulan penuh keberkatan. penuh rahmat. takyahlah nak cerita baiknya bulan ramadhan ni. semua orang dah tahu. cuma tak ingat detail jer.

biasanya kenduri kesyukuran ni orang buat malam lah. itu yang biasa. yang buat siang pun ada. selalu kalau malam, mesti bermula lepas magrib atau lepas isya'. waktu petang, mesti dah start sibuk masak-masak, kemas-kemas dan sebagainya. apa yang paling saya suka, bila masuknya waktu magrib, masing-masing sibuk ambik wudhu' dan bersiap, solat jemaah bersama-sama. abah sangat utamakan solat jemaah ni. sampaikan, kalau buat gathering ke ape2, mula2 sekali waktu petang tu abah dah arahkan semua orang siapkan tempat solat.




saya kalau solat jemaah ni memang kagum sangat. rasa damai sangat. rasa rapat sangat. jemaah mengikut arahan imam. di seluruh dunia, arahannnya tetap sama untuk setiap pergerakan. subhanallah. saya rasa betapa agungnya kuasa Allah. menyatukan hati manusia dalam jemaah solat.ianya seperti satu tindakan penuh makna.



saya sangatlah berasa pelik, kalau dalam gathering pada waktu magrib (terutamanya), kanak-kanak yang masih belum kenal erti solat itu berlarian atau duduk dikalangan mereka main mainan kanak-kanak. tiada siapa pun berusaha untuk mengajak jemaah. yang lelaki sibuk berlumba ke masjid. yang wanita pulak sibuk memasak dan berkemas tak sudah-sudah. yang kanak-kanak pulak, buatlah hal masing-masing. tanpa guidance dari yang tua. apa yang mereka tahu, dah maghrib kene dok dalam rumah takleh dok di luar ade hantu/ setan. kalaulah saya yang perempuan ini mampu jadi lelaki untuk lead jemaah solat, mau je saya pergi azan kat tengah-tengah rumah tu, pastu jadi imam. tapi kang jadi amina wadud plak kan...baik takyah. tapi itulah yang saya heran sangat. tetiba rasa kejutan budaya bila gathering tanpa solat jemaah nih

teringat pulak waktu belajar dulu, ade seorang sahabat saya namanya azizah, kami panggil tipah. teringat saya tentang ayat keramat dia yang saya consider killer la. dia kata,

...makan berjemaah, main berjemaah, belajar berjemaah, takkan bila mai tang solat tak nak jemaah kot...

jemaah di sini saya maksudkan bersama-sama beramai-ramai. bak kata tipah, kalau perkara lain semua nak di buat ramai-ramai, kenapa tang solat tak nak pulak? apa lagi, kami pun solat lah berjemaah sama-sama. kenapa lah susah sangat orang nak solat jemaah ye. ada yang beralasan solat jemaah lambat, solat sendiri cepat sikit. atau ade yang claim, takde sapa nak jadi imam. masing-masing rela lah solat bertaburan. itu kalau solat. kalau yang tak tu canne plak cerita? kalau abah saya, tak akan mula solat selagi semua tak berada di tikar sejadah. jadi masing2 kene cepatlah. dan secara automatiknya, semua orang dijamin menjalankan ibadah itu, termasuk kanak-kanak. buat kanak-kanak
inilah masa terbaik untuk kita terapkan kepada mereka nilai-nilai ibadah tu.

nabi kan ada kata;
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

lagi satu, solat jemaah bersama keluarga ibarat menunaikan ibadah haji dan solat bersama rakan sekerja pahalanya 10 kali ganda...



Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

isy, takutlah...
solatlah berjemaah. ianya merapatkan silaturrahim sesama manusia. kalau sesama ahli keluarga pula, insyaAllah pertelingkahan atau pecah belah tu boleh dihindari. petua untuk suami isteri pula, kebahagiaan rumahtangga terlertak pada solat yang didirikan bersama secara berjemaah. bila solat sendiri-sendiri tu ibarat macam penting diri sendiri. kalau jemaah tu rahmat saling menyayangi itu sangat terasa. pernah sekali tu saya sampai termenangis sebab suami tak ajak solat sama-sama sebab dia nak cepat :(

saya pernah tuliskan dahulu tentang nasihat abah mengenai solat jemaah di sini, sila klik dan bacalah...lebih kurang sama denagn apa yang saya telah tuliskan berkenaan dengan cas solat jemaah, detailnya ada di sini. sangat rekomen untuk di baca.