::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, August 19, 2009

influenza

Ya Allah,
lindungilah kami dari wabak dan penyakit yang menular


seperti yang dilaporkan oleh adinda saya yang di kelantan, anak buah hujung abah a.k.a adik bongsu kami demam with symptyoms influenza. risau gak. sedih gak sebenarnya.beliau kini selamat di sisi ayah bonda saya.

dua minggu lalu, mr.soulmate juga kedemamaman. mungkin perubahan cuaca, panas dan hujan ditambah dengan jerebu lagi menjadi penyumbang agaknya. risau juga saya. beliau tahap sampai tak boleh bangun, sakit sendi katanya. solat pun sambil baring. saya ambikkan wudhu' untuk dia.

-iklan-
sekadar makluman, k.ayu ada selitkan di blognya tentang status wudhu' apabila bersentuhan suami isteri. menurut kesimpulan, untuk memaksimumkan ibadah suami isteri, wuduk itu tidak terbatal dan ianya disokong dengan beberapa dalil sokongan. sila ke laman k.ayu untuk detail.
-iklan tamat-

mengenangkan virus baru yang melanda negara ini, saya jadi risau amat. laporan lengkap dan terbaru mengenainya ada di sini. sahabat saya afida ayu juga mengadu kerisauan yang tinggi, sedang beliau sekeluarga berada di kawasan bilangan jangkitan tertinggi -Melaka-. sahabat seorang lagi, pn.khadijah lantas meletakkan doa pelindung wabak di post blognya. sila rujuk sini. mengikut rekod dan statistik yang saya baca, kebanyakan pesakit yang membawa kepada maut adalah disebabkan kelewatan mendapatkan rawatan dan kumpulan risiko tinggi. semak di sini untuk kumpulan berisiko tinggi.


antara pesakit H1N1 yang meninggal dunia adalah akibat pneumonia yang teruk. pneumonia ni adalah penyakit berkaitan paru-paru. samaada jangkitanpada paru-paru atau paru-paru berair yang mengakibatkan kematian. details leh baca sini. pernah dulu, abah juga dijangkiti pneumonia selepas pulang dari China untuk rawatan pemindahan buah pinggang barunya. di tempatkan di ICU, kami semua risau tahap kritikal waktu itu. mengimbau kenangan abah di hospital, kami bergilir-gilir menunggu dengan ibu. dan bergilir-gilir pulang menyediakan makanan kegemaran abah. seingat saya, kami (refer to: me n my girls) belajar menyediakan bubur minyak sapi kegemaran abah.

waktu mr.soulmate kedemaman tempoh hari juga, beliau request bubur kegemaran abah itu. saya pernah menyediakannya suatu masa dahulu untuk mr.soulmate. dengan request tersebut kali ini, tanda beliau sangat suka dengan menu itu. untuk yang inginkan keenakan bubur yang menyelerakan untuk warga keluarga yang tahap kesihatan terganggu boleh cuba nih.



resepinya mudah amat


1. masak bubur seperti biasa. masak nasi dengan nisbah 1 cawan beras dan 3 cawan air. biar masak hingga air kering separuh

2. dalam kuali panaskan 2-3 sudu minyak sapi atau butter. tumiskan bawang putih, bawang merah dan sedikit halia.

3. kemudian masukkan potongan kecil ikan atau ayam dan sayuran seperti lobak merah dan kobis bunga.

4. perasakan dengan garam, lada hitam dan serbuk perasa (optional).

5. masukkan bubur yang sudah masak tadi dan kacau sebati. tunggu hingga agak kering dan sayur lembut.

6. sedia dihidang. taburkan sedikit bawang goreng untuk lebih keenakannya.

sesuai dimakan untuk menaikkan selera bagi sesiapa yang kurang selera makan dengan wangian bau butter/ minyak sapi tersebut.

alhamdulillah, kini mr.soulmate beransur pulih, cuma tinggal sedikit saki baki batuk. syafiq adik bongsu kami pula kata ibu, demam sudah sedikit surut, tapi masih batuk. dia tepaksa berkuarantin di rumah sambil memakai mask untuk mengelakkan penyebaran. tentu abah tengah kempunan ingin memeluk anak bongsunya itu sambil tidur. apapun, syafakallah...moga cepat sembuh.

tentang H1N1 ini ianya juga dilaporkan sebagai konspirasi kapitalis untuk mengaut keuntungan semata-mata walaupun terpaksa mengorbankan nyawa. menurut pembacaan saya, kapitalis memang memperjuangkan keuntungan dan menyikitkan umat dengan kematian ataupun dengan menyebabkan defect kepada bayi dari dalam kandungan. untuk keterangan lanjut boleh baca di sini. sedikit petikannya saya ambil,


Syarikat ubat-ubatan bernabikan keuntungan. Lagi ramai yang sakit, lagi baik untuk ubat dijual. Kesihatan ialah perniagaan – inilah dasar kaum kapitalis.


sekian dulu, jaga kesihatan semua dan amalkan budaya pembersih untuk mengelakkan jangkitan ya!

No comments: