::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, August 5, 2009

solat jemaah

wahai tuhan kami, berilah kami daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami, perkara yang menyukakan hati kami melihatnya,dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang mahu bertaqwa
(al-furqan, 74)

dah masuk bulan ogos dah. cepatnya masa berlalu. bulan lepas entri saya yang paling sedikit. tak perlu explain kenapa. lagipun tiada siapa ketagih entri saya. sedang saya pun tak ketagih, inikan pulak orang lain kan.

penghujung bulan lepas ramai yang buat kenduri. kenduri arwah, kenduri nak puasa atau kenduri saja-saja tanda kesyukuran. sekarang dah bulan sya'ban kan. tak lama lagi muncullah ramadhan. bulan penuh keberkatan. penuh rahmat. takyahlah nak cerita baiknya bulan ramadhan ni. semua orang dah tahu. cuma tak ingat detail jer.

biasanya kenduri kesyukuran ni orang buat malam lah. itu yang biasa. yang buat siang pun ada. selalu kalau malam, mesti bermula lepas magrib atau lepas isya'. waktu petang, mesti dah start sibuk masak-masak, kemas-kemas dan sebagainya. apa yang paling saya suka, bila masuknya waktu magrib, masing-masing sibuk ambik wudhu' dan bersiap, solat jemaah bersama-sama. abah sangat utamakan solat jemaah ni. sampaikan, kalau buat gathering ke ape2, mula2 sekali waktu petang tu abah dah arahkan semua orang siapkan tempat solat.




saya kalau solat jemaah ni memang kagum sangat. rasa damai sangat. rasa rapat sangat. jemaah mengikut arahan imam. di seluruh dunia, arahannnya tetap sama untuk setiap pergerakan. subhanallah. saya rasa betapa agungnya kuasa Allah. menyatukan hati manusia dalam jemaah solat.ianya seperti satu tindakan penuh makna.



saya sangatlah berasa pelik, kalau dalam gathering pada waktu magrib (terutamanya), kanak-kanak yang masih belum kenal erti solat itu berlarian atau duduk dikalangan mereka main mainan kanak-kanak. tiada siapa pun berusaha untuk mengajak jemaah. yang lelaki sibuk berlumba ke masjid. yang wanita pulak sibuk memasak dan berkemas tak sudah-sudah. yang kanak-kanak pulak, buatlah hal masing-masing. tanpa guidance dari yang tua. apa yang mereka tahu, dah maghrib kene dok dalam rumah takleh dok di luar ade hantu/ setan. kalaulah saya yang perempuan ini mampu jadi lelaki untuk lead jemaah solat, mau je saya pergi azan kat tengah-tengah rumah tu, pastu jadi imam. tapi kang jadi amina wadud plak kan...baik takyah. tapi itulah yang saya heran sangat. tetiba rasa kejutan budaya bila gathering tanpa solat jemaah nih

teringat pulak waktu belajar dulu, ade seorang sahabat saya namanya azizah, kami panggil tipah. teringat saya tentang ayat keramat dia yang saya consider killer la. dia kata,

...makan berjemaah, main berjemaah, belajar berjemaah, takkan bila mai tang solat tak nak jemaah kot...

jemaah di sini saya maksudkan bersama-sama beramai-ramai. bak kata tipah, kalau perkara lain semua nak di buat ramai-ramai, kenapa tang solat tak nak pulak? apa lagi, kami pun solat lah berjemaah sama-sama. kenapa lah susah sangat orang nak solat jemaah ye. ada yang beralasan solat jemaah lambat, solat sendiri cepat sikit. atau ade yang claim, takde sapa nak jadi imam. masing-masing rela lah solat bertaburan. itu kalau solat. kalau yang tak tu canne plak cerita? kalau abah saya, tak akan mula solat selagi semua tak berada di tikar sejadah. jadi masing2 kene cepatlah. dan secara automatiknya, semua orang dijamin menjalankan ibadah itu, termasuk kanak-kanak. buat kanak-kanak
inilah masa terbaik untuk kita terapkan kepada mereka nilai-nilai ibadah tu.

nabi kan ada kata;
Solat berjemaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat (atau 27 kali ganda). (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

lagi satu, solat jemaah bersama keluarga ibarat menunaikan ibadah haji dan solat bersama rakan sekerja pahalanya 10 kali ganda...



Dalil tentang amat kuatnya tuntutan berjemaah itu ialah apa yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bahawa,

Rasulullah s.a.w pernah mengancam untuk membakar rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah.

isy, takutlah...
solatlah berjemaah. ianya merapatkan silaturrahim sesama manusia. kalau sesama ahli keluarga pula, insyaAllah pertelingkahan atau pecah belah tu boleh dihindari. petua untuk suami isteri pula, kebahagiaan rumahtangga terlertak pada solat yang didirikan bersama secara berjemaah. bila solat sendiri-sendiri tu ibarat macam penting diri sendiri. kalau jemaah tu rahmat saling menyayangi itu sangat terasa. pernah sekali tu saya sampai termenangis sebab suami tak ajak solat sama-sama sebab dia nak cepat :(

saya pernah tuliskan dahulu tentang nasihat abah mengenai solat jemaah di sini, sila klik dan bacalah...lebih kurang sama denagn apa yang saya telah tuliskan berkenaan dengan cas solat jemaah, detailnya ada di sini. sangat rekomen untuk di baca.


No comments: