::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, August 10, 2009

lelaki dan perempuan

tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah
"La sahla illa ma ja'altahu sahla"

umurnya dah hampir sepuluh tahun. khidmatnya dah terlampau banyak. dari mula belajar di bangku pengajian tertinggi, hinggalah tamatnya pengajian. jasanya membawa saya ke pentas konvokesyen.

dalam umurnya itu, ragam tak banyak. cuma seingat saya, sekali dua jer di format semula hingga menghilangkan sedikit sebanyak data kenangan disebabkan virus2 jahat. hardware takde yg ditukar kerana rosak. ditambah naik performance jer supaya ianya selari dengan peredaran zaman. baru fun sikit, walau veteran tetapi beraksi seperti org muda.heh.



cuma semalam, dia menggelabahkan saya, tetiba buat sound. tittt tittt tiittt dan kemudiannya hang. restart pun aksi yang sama gak dia bagi. lantas saya hubungi doktor yang menyambut kelahirannya (a.k.a my big bro) melaporkan aksi pelik yang ditunjukkannya. doktor soh bawak gi kliniknya sesegera mungkin. tapi lebih suggeskan saya untuk tanam aje di belakang rumah. betapa sedihnya saya, dan tak boleh terima hakikat itu. selamatkan dia, saya tak sanggup kehilangannya lagi buat masa ini.




selepas suami pulang dari tempat kerja, dan diberi makan sampai kenyang selepas kelaparan dan keletihan berpuasa, kami menghantarnya ke klinik. doktor cek sana sini. pastu buat minor operation bila saya asyik membebel kerisauan. . doktor terkejut, waaa banyaknye habuk. giler aaa tak pernah servis. servis2 ni kerja orang lelaki. sumpah lah saya tak pandai. huhu. doktor ambik penyedut hampagas besar dan sedut semua habuk yang menghalang kipas
processer untuk bergerak dan semua habuk lain yang melekat dalam perutnya. dan ianya pulih seperti sedia kala.

lepas ni leh lah suruh orang lelaki yang duduk dengan saya nih pulak servis perut cpu saya selalu-selalu supaya tidak malu nanti dengan doktor luar negara pula, pengsan nengok dalaman cpu yang dah macam gua usang. heh.

doktor kata, desktop penuh nih, wat clearance lah sikit. saya pun buat clearance di desktop supaya prestasi loadingnya meningkat. saya kemas file yang bersepah masuk folder. dalam pada berkemas-kemas folder tuh, saya jumpa artikel nih...sangat bestlah..jom kita layan tengok dan hayati sama-sama nak....

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!”

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran sahaja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke tumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

“Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

“Sedang belajarlah ni tapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.

Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi seorang suami boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup membujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering digunapakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

“Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah menjadi imam?”

Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga yang menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!!!


Jadi kaum Adam…. “tepuk dada, tanya iman….” :-p. abah juga, meletakkan kriteria menantu yang berhajat menjadi suami kepada nak-anaknya ialah kebolehan menjadi imam. kalau kebolehan ini tiada, jangan haraplah anda berjaya temuduga untuk anak-anak dara abah saya yang masih lagi kekosongan sebanyak 3 orang. heh. (sekali saya buat promosi jawatan kosong sebagai suami untuk adik-adik saya). hahah. Saya ingat lagi sahabat saya Afida Ayu pernah kata,
usah dicari kesempurnaan, kerana tiada siapa pun yang sempurna....



No comments: