::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, August 13, 2009

petua

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

dalam seadang mengemaskini folder surat elektrik (read: e-mail) saya, terjumpa pula kiriman ini dari suami yang dipetiknya dari group yang disertainya. bagus juga kite semak petua-petua ini.

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri.

ramai yang dah tau pasal ni. cume kadangkala asyik resah jer, krim ape yang paling sesuai untuk kecantikan muka. buat yang kaya dan berduit pula, tak kisahlah habis berapa banyak RM pun, asalkan nak nampak cantik. namun sebenarnya, petuanya amat mudah sekali. Dapat pahala lagi.


2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

macam-macam perkara buat kita jadi stress kan. kerja banyak stress, takde kerja pun stress. jalan jem stress, naik pengangkutan awam pun stress, takde kenderaan lagi stress. sibuk gemuk, tapi tak mau bersenam. padahal solat itu juga telah dikira bersenam. baru-baru ni keluar kat berita tentang kajian siknifikasi solat. sedang yang bukan islam pun menyedarinya, inikan pula kita yang Islam sambil lewa je dalam mengerjakan solat.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allahsebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).

senangnya nak bagi awet muda. tanpa perlu makan akar kayu, tanpa perlu ubat pahit. mudah amat.


4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.


kata orang, bibir yang cantik itu bibir seulas pinang. ataupun bibir merah comel
mungil. namun, kalau praktiskan petua ini, kecantikannya lahir dari dalam. tidak dapat di tafsir dengan mata kasar. cubalah!

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

ini azam saya untuk tahun ini pada awal Muharram dulu. tapi ni dah nak dekat Ramadhan dah..azam tue tak cemerlang sangat. ade sikit2 jer terlaksana.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

salam adalah doa, salam merapatkan sillah, salam memanjangkan usia. mulakan bicara dengan salam, akhiri juga dengan salam.

Sekian, Wassalam

No comments: