::.Da' Sweet Friend Follows.::

Monday, September 14, 2009

.c.i.n.t.a.

kebaikannya disyukuri
kekurangannya diredhai

saya ingin berbicara mengenai cinta. mungkin ianya agak kejiwangan, namun percayalah saya tidak akan membawa anda ke alam yang penuh fantasi, malah ianya realiti semata-mata. ingat lagi, pernah saya kongsikan bahawa saya ada miliki tiga buku koleksi terbaik dari blogger islamic terkenal, Ustaz Hasrizal? dikesempatan kali ini ingin saya kongsikan beberapa intipati menarik yang saya adaptasi dari buku beliau melalui membacaan saya dan kongsikan dengan anda semua.


AKU TERIMA NIKAHNYA, dengan tagline

pelikkah cinta tanpa berkenalan, keluar makan-makan, berbalas emel dan sms?


(1) dalam membina rumahtangga dan mencari pasangan, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna.
kesempurnaan tidak ada pada manusia. setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangannya. mencari yang paling sempurna pasti tidak akan diketemui sampai bila2. kita ini manusia, pasangan kita juga manusia. jika kesempurnaan yang kita cari, maka kekuranganlah yang menjadi fokus. apabila kita terlalu fokuskan kekurangan, maka perbalahanlah yang sering berlaku tambah pula dengan rasa tidak puas hati yang sangat menebal dan jauh dari rasa bahagia.


(2) kebahagiaan rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. penentunya ialah kualiti.
walaupun tinggal sebumbung tapi hakikatnya tidak bersama. ianya berlaku apabila seisi rumah hanya membuat aktiviti masing-masing. nafsi-nafsi. ketika berada di rumah, waktu yang ada tidak dihabiskan dengan diluangkan bersama-sama. susahkah jika waktu makan seluruh isi keluarga berada bersama di meja makan? susahkah sewaktu masuknya waktu maghrib semua telah berada di rumah dan bersedia di atas sejadah untuk berjemaah bersama? susahkah jika isteri memasak suami menghidang makanan? isteri menyapu suami mengelap? jadi keberadaan seluruh isi rumah dapat dirasai bersama. seperti nabi Ismail sering ditinggalkan bapanya nabi Ibrahim, namun nabi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. mereka bertemu kerana Allah, berpisah jua kerana-Nya. isteri yang sering mmenghalang suamiya keluar berjuang akan memiliki suami yang sentiasa mahu keluar. namun perginya suami atas dorongan isteri ialah pemergian yang dibayangi kepulangan.

(3) kita selalu tidak rasioanal dan realistik semasa kita romantik
lumrah alam, mula-mula kita suka dan sayang apabila sudah lama, perasaan tersebut semakin berkurang dan pudar. sudah menjadi kebiasaan pada awal perhubungan atau awal alam rumahtangga, semuanya dirasakan bagai manis belaka dan indah semuanya. masuk tahun berikutnya, perasaan itu seakan pudar dan hilang sedikit demi sedikit. tiada lagi ungkapan sayang setiap hari, tiada lagi belaian cinta setiap masa. mudah terjadi, suami mula pandai marahkan isteri. isteri pula menjadi tertekan dengan warna sebenar suaminya. namun begitu, atas dasar tanggungjawab kepada isteri mahupun anak-anak, bahtera rumahtangga itu dilayari jua. diharungi bersama walau dengan sedikit badai melanda. ianya adalah proses biasa sebenarnya. dengan rasa tanggungjawab itu lantas hubungan suami isteri selamat dan terus memanjat usia matang untuk tahun berikutnya. hubungan itu selamat kerana ianya berlaku dengan ikatan sah perkahwinan bersaksikan Tuhan berlandaskan syariat. perkahwinan itu sebenarnya menggabungjalinkan antara cinta, kasih sayang, tanggungjawab dan peranan. pada hari air pasang, cinta memainkan peranan. pada hari air surut maka tanggungjawab dan kematangan pula mengambil tugas.


(4) hubungan tidak perlu dimulakan jika tiada kemungkinan hubungan tersebut akan dinaik taraf menjadi perkahwinan dalam masa terdekat

ini mungkin nasihat untuk adik-adik belia remaja yang masih dibangku pengajian tinggi atau buat mereka yang masih berusia muda. jika anda menghitung tarikh menamatkan zaman bujang anda masih jauh, janganlah sesekali anda mencuba menjalin hubungan dengan mana-mana kaum lawan jenis anda. tidak perlu untuk itu. buat pertimbangan sebaiknya. komitmen 'atas angin' yang tidak diikat dengan sebarang tanggungjawab yang digariskan oleh perkahwinan hanya akan berakhir begitu sahaja disebabkan kecelaruan emosi dek pasang surut angin perasaan atau lebih mudah ditakrifkan sebagai kejemuan.

setakat itu dulu perkongsian buat kali ini. saya tinggalkan anda dengan definisi cinta (kecil) dan CINTA (besar).

cinta(kecil): kekeliruan perasaan yang terbit dari keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dari asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta.

CINTA (besar): terbit daripada naluri dan fitrah manusia. lahir dengan sandaran rasional dan sedar diri terhadap asas cinta tersebut serta kesan yang bakal lahir dari mematerialisasikan perasaan cinta.

pilihlah, pilihan di tangan anda!



No comments: