"setiap amalan anak Adam adalah digandakan pahalanya kepada sepuluh hingga 700 kali ganda, maka berkata Allah SWT : Kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah khas untukKu dan Akulah yang akan membalas kebaikannya, mereka meninggalkan makanan, minuman dan syahwat mereka (di siang hari) hanya keranaKu" (Riwayat Al-Bukhari & Muslim) .
kita sudah berada di minggu kedua ramadhan. telah menempuh fasa rahmah dan sedang melalui fasa magfirah. perbanyakkanlah amalan baik di bulan yang baik ini. sesungguhnya, di bulan ini adalah bulan yang paling sesuai mengumpul bonus pahala sebanyak-banyaknya buat bekalan ke negeri yang kekal abadi kelak. setiap yang kita lakukan ada barakahnya, banyak pahalanya. bersahur ada barakah, berbuka dengan segera besar pahala dan barakahnya, berdoa paling mudah di makbulkan dan amalan sunat lain paling besar ganjarannya. penerangan lanjut boleh baca di sini. nabi saw bersabda yang mafhumnya,
Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar),
amalan sunat yang paling popular dan dituntut adalah solat sunat terawikh. tentu anda biasa dengan fadhilat terawikh mengikut harikan? watch out ya, fadihlat2 tersebut yang dikatan disebutkan dalam hadis adalah PALSU. jadi berhati-hatilah.
buat yang jarang sangat ke masjid, biasanya pada bulan yang satu inilah ramai berbondong-bondong ke masjid merebut pahala solat jemaahnya. tetapi saya peliklah, inginkan pahala jemaah, tapi solat seperti sendiri-sendiri. saf yang kosong sengaja dipandang sepi. sedangkan imam dah beritahu dari awal supaya rapat-rapat dan luruskan saf. sedang orang lain saling menarik jemaah lain untuk meluruskan saf, kenapa masih ada yang tegar menjadi ego dan rasa tidak bersalah bila bahunya tidak bersentuhan dengan yang lain. kelihatan sombongnya mereka. patut juga kita sama-sama baca tulisan ustaz zaharudin ini sebgai pedoman ketika berada di masjid di bulan yang mulia pernuh limpahan barakah ini.
ada juga orang kita demi merebut pahala jemaah di masjid, mereka bawa bersama seluruh isi rumah. maka meriahlah masjid dengan pelbagai golongan usia. baik yang tua mahupun yang kecil. masalahnya dengan si kecil jika dibiarkan di rumah, hilang pula kekusyukan solat memikirkan keadaan mereka sendirian di rumah. jadi relalah si ibu membawa bersama si kecil tetapi membiarkan mereka bermain dan berkeliaran di kawasan masjid tanpa pengawasan. berlarian kegembiraan dan bersorak keriangan. seronok mendapat teman baru dan mungkin juga seronok dapat mengganggu kosentrasi jemaah lain. kenapa tidak sahaja ibu-ibu solat di rumah bersama anak-anak tadi lantas ibu kusyuk di rumah, jemaah juga mampu kusyuk di masjid. mungkin lebih besar pahalanya jika kita mampu menambah kekusyukan jemaah lain di masjid.
justeru, demi konsentrasi dalam solat, saya jarang amat ke masjid-masjid atau surau sepanjang ramadhan sejak dua tiga tahun lepas. saya rindukan solat terawikh bersama adik-adik angel saya, kami bergilir menjadi imam. juga rindukan kelunakan suara lelaki-lelaki kesayangan saya menjadi imam di halaman ayah bonda. saya juga rindukan terawikh bersama teman-teman di tempat pengajian saya dahulu, di mana ada teman-teman yang kami panggil "brothers" bergilir-gilir menjadi imam di musolla kolej kami. ataupun jika mereka tiada, kami bergilir dari kalangan kami sahaja mengimamkan terawikh. saya rindukan terawikh bersama teman-teman sepermainan zaman persekolahan di mana kami berimamkan kelunakan suara Ustaz Manan pengetua kesayangan semua. saya rindukan terawikh tanpa keriuhan kanak-kanak berlarian dan keriangan, saya rindukan terawikh bersama jemaah yang mengerti erti solat jemaah dengan menjaga saf supaya lurus dan penuh.
saya kini sendirian solat terawikh di rumah. sendirian menghayati alunan bacaan al-quran dan tadarus hanya berdua dengan "roomate" nan satu. saya rindukan saat moreh bersama kawan-kawan dan saya rindukan hilai tawa adik-adik angel saya saat kami bersahur, berbuka dan bermoreh bersama-sama.
sampai nanti, kita ketemu dan bercerita lagi, salam ramadhan buat semua, selamat beribadah dalam barakah.
No comments:
Post a Comment