hari ini 17 ramadhan sudah. sudah 17 hari berpuasa. hari ini dalam sejarah mencatatkan tarikh turunnya al-quran. kebanyakan negeri-negeri di Malaysia adalah cuti, tp mr.soulmate bekerja kerana kawasan tempat beliau bekerja tidak diisytiharkan bercuti.
Turunnya Al-Quran adalah sebagai rahmat ke seluruh alam. Al-Quran itu satu mukjizat sebagai guideline kepada manusia untuk menempuh kehidupan di muka bumi ini. Ditaklifkan sebagai khalifah, buku panduannya adalah Al-Quran yang memberi tatacara kepada manusia untuk menjadi khalifah yang paling baik. Seharusnya dikesempatan bercuti di hari turunnya Al-quran ini (bg yg cuti) dimanfaatkan sepenuhnya dengan memahami isi Al-Quran itu sendiri. Membaca dengan konteks memahami lantas menghayati dan dipraktikkan dalam kehidupan beragama. Membaca dengan lenggok lagu tarunnumnya adalah mendatangkan sedikit kekecewaan andai maksud yang tersirat dari alunan taranum itu tidak difahami. Bacalah Al-Quran, diselang seli dengan memahami tafsirannya. Telah banyak dierbitkan versi Al-Quran dalam pelbagai terjemahan bahasa. Cuma pilih yang mana anda suka.
Dengan membaca Al-Quran berserta pemahamannya, satu dimensi baru dalam hidup akan terbuka. Setelah itu, janganlah kita menjadi ingkar, sepertimana yang telah tertulis dalam surah al-Maidah ayat 104,yang lebih kurang maksudnya,
apabila diajak mengikuti rasul dengan apa yang diturunkan Allah, merka menjawab cukuplah bagi kami nenek moyang kami
Ayat ini memberi maksud, keengganan umat terdahulu mengikuti ajaran rasul kerana terikat dengan ikutan nenek moyang mereka. akan tetapi di zaman ini juga, fenomena ini turut berlaku. Walaupun Al-Quran telah sempurna diturunkan, namun ada sebilangan kecil manusia yang masih lagi angkuh dan berpegang teguh dengan pegangan terdahulu dengan alasan ianya telah sekian lama diamalkan oleh tradisi nenek moyang. Seakan susah untuk dipecahkan tradisi tersebut sekalipun ianya bertentangan dengan agama dan sudah jelas terang dinyatakan di dalam Al-Quran maupun hadis.
mungkin ada beberapa perkara yang boleh dijadikan contoh antaranya;
1. adat-adat dalam perkahwinan seperti bersanding, menepung tawar dan sebagainya yang sudah jelas bertentangan dengan agama tapi tetap terus dilaksanakan atas tiket tradisi nenek moyang.
2. atau lagi beberapa perkara yang berkaitan perkara-perkara dalam bulan ramadhan yang ditokok tambah yang hanya dituruti semata-mata ikutan tradisi sejak turun temurun.
3. juga beberapa perkara taqlid (ikutan) yang kita telah terlalu terbiasa dengannya, contohnya, status wudhu' apabila bersentuhan suami isteri ataupun tentang bacaan qunut dalam solat ataupun status saudara susuan dan sebagainya. sekalipun terdapat nas dan dalil menyatakan tentang status itu, sebilangan kecil ummat tidak mampu mengubah pandangannya hanya bertiketkan tradisi dengan berkata, "memang begini yang saya tahu". sekalipun telah didatangkan dalil dan sumber tentang perkara tersebut yang telah jelas dan nyata dalil-dalil keterangannya disebut di dalam nas. sukar untuk mengubahnya.
4. walaupun di atas nama tiket agama, kadangkala perkara taqlid ini menjadi terlalu kuat apabila berlandaskan taksub terhadap sesuatu mazhab, hinggakan sedikitpun tidak dapat diubah sekalipun telah datang dalil-dalil sohih dari riwayat hadis dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Seakan pengaruh pegangan mazhab itu seperti nabi yang tidak dapat diingkari. Kadangkala umat sanggup berselisih kerana pegangan mazhab yang diikuti. Kerana saya berpendapat, selagimana sesuatu perkara itu disokong kuat oleh nas dari dalil Al-Quran maupun Sunnah, ia wajib dituruti. Tidak ada masalah dengan pertentangan pendapat imam mazhab. berdasarkan ayat 104 surah Maidah tadi, taqlid mazhab itu tadi boleh diibaratkan sebagai tradisi nenek moyang yang tidak dapat diubah sekalipun telah datang penjelasan yang terang dari nas Al-Quran dan Sunnah.
Sedangkan semua imam mazhab yang 4 itu menghalang taqlid buta, sepertimana yang mereka sebutkan ,
Imam Asy-Syafi’i (Imam Madzhab Syafi’i) :
Jika kalian mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan.” (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam,3/47/1)
Imam Abu Hanifah (Imam Madzhab Hanafi) :
“Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya.” (Ibnu Abdil Barr dalam Al-Intiqa’u fi Fadha ‘ilits Tsalatsatil A’immatil Fuqaha’i, hal. 145)
Imam Malik ( Imam Madzhab Maliki):
“Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang kadang salah dan kadang benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan Kitab dan Sunnah, maka ambillah. Dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan Sunnah, maka tinggalkanlah.” (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami’, 2/32)
Imam Ahmad bin Hambal ( Imam Madzhab Hambali )
“Janganlah engkau taqlid kepadaku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, Tapi ambillah dari mana mereka mengambil.” (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-I’lam, 2/302)
No comments:
Post a Comment