::.Da' Sweet Friend Follows.::

Thursday, September 10, 2009

'itqum minan naaar

”Wahai segenap manusia, telah terbentang dihadapan kalian bulan yang agung, bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu malam. Allah menjadikan puasa di siang harinya sebagai faridhoh (kewajiban), dan qiyam di waktu malam harinya sebagai tathowwu’an (sunah). Barang siapa melakukan ibadah yang difardhukan di dalamnya maka pekerjaan itu setara dengan sesorang yang melakukan 70 faridhoh. (Khutbah Rasul, dari riwayat Salman al-Farisi)

sedihnye. kite dah berada di penghujung ni. dah fasa terakhir. sepuluh yang terakhir. tapi kalau mengikut kalender cina, tinggal lagi sembilan hari je lagi. lagi sedih, ibadah saya dah terbatas untuk sepuluh terakhir nih. tak dapat nak tahajjud sebelum sahur, dan tak dapat nak tadarus lepas subuh lagi. tinggal boleh zikir banyak-banyak jer dalam hati. sedihla. saya sempat ke jumpa ramadhan lagi tahun depan? uhu :( sedihhhhh

lama dah tak kongsi resepi. nak cover kesedihan dengan seri hijau putih lah. saya suka kombinasi hijau putih nih. selalunya kuih melayu banyak pakai warna hijau dan putih. bertemakan daun pandan dan kelapa parut selalunya. heh.

pertama sekali, seri ayu. atau orang panggil juga putu ayu. pada saya nak buat seri ayu nih, kene betul bancuhan dan caranya. saya cuba banyak kali. mula-mula memang tak jadi. tetapi selepas saya berguru dengan yang pakar, akhirnya memberi hasil yang ada improvement dari yang sebelumnya.


tengoklah versi tak jadi nih. tak gebu, malah kelapanya mendap ke bawah. pulak tu kelapa dia tak melekat. menurut sifu saya, cik adik salmah dia kata ini mungkin kerana bancuhan terlalu cair. atau gula dengan telur tak cukup kembang resulted tidak gebu.

okeh la, mari kita semak revised edition dari sifoo seri ayu saya berserta cara membuatnya;

1. telur 3 biji
2. gula 1 cawan
3. ovallet 1 sdt
4. tepung naik sendiri (recomended cap blue key) 3 cawan
5. santan hijau 1 cawan
6. pewarna hijau 2 titik
7. kelapa parut secukupnya digaul dengan 1 sdt garam dan secubit gula

cara membuatnya
1. sediakan santan hijau dahulu. mesin kelapa dengan secawan air dan dua helai daun pandan yang diracik kasar. tapis dan perah untuk mendapatkan santannya.
2. di dalam pengisar (blender) kisarkan telur dengan gula hingga kembang dua kali ganda
3. masukkan ovellet dan kisarkan lagi
4. tuang bancuhan tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung sedikit demi sedikit
5. selang selikan dengan santan hijau
6. kacau hingga sebati dan masukkan pewarna
7. kacaukan lagi hingga sebati, put aside
8. ratakan kelapa parut ke dalam acuan lebih kurang 1 mm



hanya boleh guna acuan yang begini tau. lain-lain bentuk, tak boleh. nanti nama dia bukan seri ayu dah. tidak berseri dan ayu.

9.tuangkan bancuhan tadi ke dalam acuan 3/4 penuh
10. kukus dengan api sederhana lebih kurang 10-15 minit
11. angkat dan sejukkan, dan hasilnya begini;





hmmm yummy!

resepi yang kedua, lebih mudah sangat. macam main masak-masak waktu kecik dulu. presenting, onde-onde buah melaka



anda hanya perlukan

1. tepung pulut
2. pewarna hijau / daun pandan
3. sedikit air / santan
4. gula melaka yang di potong kiub
5. kelapa parut
6. secubit garam

dengan sukatan yang ikut kesukaan anda


cara-cara membuatnya,

sebelum tu,
didihkan air di dalam periuk dahulu

1. gaulkan tepung pulut dengan air / santan hijau dan garam sedikit demi sedikit sekadar tidak melekat di tangan, dan dijadikan satu doh besar
2. cubit sedikit dari doh tadi dan bulat-bulatkan sebesar guli, leperkan
3. letakkan kiub gula melaka di tengah-tengah dan balut serta bulatkan semula
4. masukkan dalam air yang mendidih
5. biarkan seketika sehingga bebola timbul
6. tangguk atau angkat dengan penapis kecil bebola yang sudah timbul di dalam air
7. masukkan ke dalam mangkuk / bekas yang berisi kelapa parut dan goyangkan bekas tersebut untuk menyalut kelapa ke seluruh badan kuih.


8. siap!

nota,
saya gunakan desinated coconut @ kelapa kering sebagai ganti kelapa parut. ini adalah sebagai testing bagi persediaan untuk kesukaran mendapatkan kelapa segar di tempat orang nanti.
tips,
untuk mengembalikan keremajaan kelapa kering, masukkan kelapa ke dalam periuk,tambahkan sedikit air, sedikit santan pekat, garam dan gula dan masak sekejap di atas api.

sekian sahaja, selamat mencuba!


No comments: