::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, July 28, 2009

birthday july-ians

anak-anak kecil tidak pandai menipu
cakapnya jujur selalu
~ust hasrizal~




apau nak kek besar gadang macam dhiya' warna pink

idea datang dari si kecil comel ini. si kecil yang baru mengenal makna hidup. dua bulan lalu, kami bersama dalam keraian meraikan hari lahir tahun pertama cucu sulung abah. bertitik tolak dari situ, pada bulan ini, si kecil ini demand majlis sebegitu serupa untuk hari lahirnya. itu je yang diminta untuk hari lahir. kek besar.

[dari kiri atas; choc moist kek by ucu, my orange cake and pulut kuning by kak long]


[dari kiri bawah; kuah mee jawa by ucu, satay by itam n maktam and my hand made laksa johor~courtesy recipe dari mummy~]


seperti yang dijanji, pastinya keraian ini dipenuhi dengan makan makan dan makanan yang sedap juga lazat sekali.yang pasti semua buat sendiri.

keraian ini meraikan kelahiran 7 orang. bermula dengan yang paling tua seumur negara merdeka, pakcik saya which called ayin ( kanan bawah dalam gambar) juga semuda Apau 3thn. the rest are, me my self, ucu n her hubby, aidil hasani dan aqilah.

gathering kali ini disertai oleh family mama saya. jarang mereka bersama dalam keramaian. seronok sangat bila mereka turut serta. kanak-kanak ini semua dari keluarga mama (read: mama panggilan kepada makcik yang sulung. mummy makcik kedua. ibu flet untuk makcik ketiga. ibu atau umi khas untuk bonda kandung saya)


yang sedang mengipas satay itulah mama saya. disusuli dengan anaknya k.intan dan cucunya ayesha. juga yg si kecil tudung hijau itu, ain dan sebelahnya picha (cucu mama juga). cicit atuk saya. di tangan atuk juga cicitnya. cucu sulung abah saya.

faces during the event. layan jelah

setiap kali ade event, kami mesti menceriakan kanak-kanak. aka lepas gian sebagai kanak-kanak. games yg dijalankan adalah games yang kitorang selalu main waktu kecik-kecik dulu. contoh lat ta li lat lai li tamplong. police sentry (best waktu ushu eii ade tishuu tu jer...hehheh)

ataupun pong pong along. ataupun enjit-enjit semut. atau pun jan jan jale jale itik jale ayam

itu dia...faces keriangan kami berkeluarga
semoga apau ceria gembira dan suke...
~abes~

ps: mr.soulmate sudah pun mendapat arahan keberangkatan. perhaps, this was my last gathering with the lovely. kami sudah mula menghitung hari dan membuat persiapan segera. at least in 3 weeks time.



Friday, July 24, 2009

happy hours

tidak membuat persediaan,
itulah kematian sebelum mati
~bercinta sampai syurga, ust. hasrizal
~

berehat panjang lagi untuk kali ini dengan beberapa sebab (tapi keneapa perlu saya justify sebab? do they care?) owh, i care..huh.

point satu
keadaan emosi yang tidak stabil tidak mengizinkan saya mencoret ape2. tiada apa pun terlintas untuk dicoretkan. PMS barangkali (owh, dia tidak bersalah, saya yang salah. oke, abaikan sahaja)

point dua
kekangan masa. saya berhujung minggu bersama suami sedang dia dalam outstation. kemudian dibatasi pula dengan tugasan sambilan yang diterima demi untuk menjana ekonomi keluarga setelah puas menjana lemak di badan (owh, sungguh tidak menguntungkan).

point tiga
jaringan internet tanpa wayar di universiti tiba-tiba terputus. applicable hanya untuk saya sahaja. rakan-rakan lain semuanya ok. merasa pelik. berjumpa dengan yang pakar untuk mengadu masalah, jawapannya "sorilah adik, status adik ni dah GRADUATE, jadi automatically, it is disconnected lah" huhu...horay! finally i am graduated, officially kene tunggu bulan October nantilah. harapnya sempat berkonvo kali ke seterusnya dalam hidup. kali yang ke 3.

point empat
berpenatan bersama suami menghabiskan sedikit sebanyak MOO berbelanja sakan di Jaya Jusco sempena J Card Day. wahhh sungguh murah murah murah. intentionally berbelanja dengan niat kerana koleksi-koleksi pakaian soulmate semuanya pada saya tahap wajib ganti dan ditambah baru. dapatlah sepasang kemeja dan seluar kasual, sepasang kemeja dan seluar official, tali untuk leher dan tali untuk pinggang. cost us for only RM 155.70. sangat murah. juga, luggage beg yang baru, yang besar amat (persediaan keberangkatan, cheewah..hahah), cost at RM 429.00 but for 70% less equal to RM 128.00 sahaja. siap boleh reedeem voucher wang tunai lagi, RM 10 untuk setiap pembelian RM 100. waaa ini sudah iklan nih. (pomosi tidak berbayar, heh).

point lima
akan datang, hari sabtu a.k.a esok (25 Jul), semua ahli keluarga berkumpul. yang di asrama di arah pulang. merai hari lahir untuk July-ians. makan makan pastinya. potong kek dan bergembira bersama keluarga tentunya. bulan 7 untuk 7 orang termasuk saya, ucu dan suaminya (pak usu), ayin dan anaknya aqilah, apau dan hasani. tak sabar nak tunggu esok! juga sempena doa selamat buat abang saya yang terselamat dari kemalangan kenderaan yang menimpanya kelmarin. what a horrible moment for him, Alhamdulillah selamat. kereta je yang cedera parah.

to all, happy friday. ceria2 selalu dan selamat berhujung minggu

Friday, July 17, 2009

hari tua itu tiba

Growing old is mandatory;
Growing up is optional.



hari ini,
umur saya meningkat tua. semakin pendek usia saya. saya sudah mula terasa perningkatan umur ini. saya tidak segembira zaman dahulu menanti detik ini. ianya seperti tiada makna. sama seperti hari biasa.
dipertambahan umur ini, saya semakin lupa tarikh2 penting. semakin lupa keistimewaan hari. semua hari adalah sama.
adakah ini tanda saya sudah sangat tua?

Tuesday, July 14, 2009

loser

ujian adalah tarbiah dari Allah

saya selalu rasa bertuah. lantas saya ingin selalu bersyukur (ya, syukur). dalam rasa sebuah kebertuahan itu, saya selalu terfikir, saya sering lambat diuji. kerana saya jarang rasanya ditimpa musibah dalam kadar selalu atau bertubi-tubi. jadi saya tak perasan, saya diuji.

tapi apa yang saya perasan, hati kecil ini sering tersentuh. mudah sangat berasa lonely, mudah sangat berkecil hati. oversensitip barangkali. sepertinya apa yang diberi dari sebalik makna nama saya yang panjang itu dari rangkaian 'bukumuka' sedikit sebanyak ada benarnya. buku muka kata, saya sangat sensitif. sudah sedar sekian lama, semakin mengakuinya sejak menjalani rutin hidup sepanjang hampir 27 tahun ini (saya makin pendek usia).

saya sensitif bila ditegur secara peribadi, saya sensitif bila rasa tidak dipeduli oleh orang sekeliling, saya sensitif bila ditinggalkan. saya sensitif bila kesunyian, saya sensitif bila tiada kawan. i am used to be with people called frends around me. saya tak senang sendirian untuk semua perkara yang saya lakukan. kegemilangan dengan rakan-rakan baik, saat pengajian sekolah menengah dan ijazah pertama. selepas itu, sementara di ijazah ke dua dan sarjana, rakan-rakan baik saya sudah tiada. saya belajar hidup sendiri walau dengan sedikit rasa loser.

loser itu tidak sangat terasa kerana mr.soulmate datang melengkapi hidup saya. hadirnya dia seorang cukup untuk cover semua rakan baik saya. tapi pada saat ini, saya rasa loser lagi bila soulmate sudahpun keluar bekerja di luar kawasan yang akan mengambil masa seminggu. kesibukan kosentrasi beliau dengan tugasan, membataskan saya berhubungan dengannya dalam masa seminggu ini. saya rasa loser lagi.



ini ujian buat saya. ujian perasaan dan ujian emosi. saya senang sensitif saya cepat rasa loser. saya ingin sahabat, saya ingin teman, saya inginkan kawan. tolong buat saya rasa gembira. tolong bantu saya rasa ceria. tolonglah.....:(


Friday, July 10, 2009

kembali

Amaran: entri yang membosankan jika anda baca
kalau nak baca juga sila jangan kecewa

1. it has been too long break from my last entry. blog ni pun bukan setakat dah naik bersawang, (maklumlah, laman sesawang;read: web site) dah macam berpuaka dah. berpuaka dengan sebab rasa malas nak di update, macam ada puaka (eiii takuts). eh just kidding. mana ada puaka. kalau ada puaka mesti takde orang datang. tapi setakat pemerhatian, hits trafik mencanak juga naiknya. terima kasih kepada yang selalu hadir. tanpa jemu, walau pun tiada hidangan entry baru.


2. eh, merapu dan merepek pula saya. life sekarang is bit busy. ada beberapa urusan yang harus diselesaikan yang membataskan diri saya dengan internet. dengan keletihan dan stress, kadangkala manusia sering hilang pertimbangan tahap kesabaran. berlaku perselisihan faham, missunderstanding, misscommunication dan sebagainyalah. tahap yang menguji jiwa raga sampai mau rasanya naik fed up dengan kehidupan sekarang. namun saya percaya, itu cuma rencah kehidupan dengan ups and down nya.



3. saya berjanji dalam entri lepas untuk sebuah post tentang walimah di pihak suami saya. tapi oleh kerana keterbatasan waktu, saya kira ianya ditangguhkan untuk entri ulangtahun yang ke-3; tahun depan (insyaAllah jika masih dipinjamkan usia).

4. keputusan akhir pengajian telah saya perolehi. Alhamdulillah ianya diluar jangkaan yang dapat membanggakan orang sekeliling. adik saya pula berjaya ke IPTS di kuantan untuk membanggakan kehidupannya pula dengan ilmu di dada.



5. suami akan keluar ber-outstation for a week. tertangguhlah lagi tugasannya di pejabat, lantas menangguhkan lagi keberangkatan untuk transfer order nye. doa saya, kalaulah nak di tangguhkan untuk suatu jangka masa lagi, biarlah sempat saya berpuasa, berhari raya bersama sanak saudara, dan berkonvo untuk kali yang ke3 nya. baru syioook!

dahlah, saya nak berhenti secara mendadak, kerana tak tahulah apa jadi dengan diri saya yang macam kurang bersemangat menulis lagi.

p/s: gambar memang tiada kene mengena langsung dengan entri. hanya bukti sajian gembira sepasang suami isteri