::.Da' Sweet Friend Follows.::

Friday, July 24, 2009

happy hours

tidak membuat persediaan,
itulah kematian sebelum mati
~bercinta sampai syurga, ust. hasrizal
~

berehat panjang lagi untuk kali ini dengan beberapa sebab (tapi keneapa perlu saya justify sebab? do they care?) owh, i care..huh.

point satu
keadaan emosi yang tidak stabil tidak mengizinkan saya mencoret ape2. tiada apa pun terlintas untuk dicoretkan. PMS barangkali (owh, dia tidak bersalah, saya yang salah. oke, abaikan sahaja)

point dua
kekangan masa. saya berhujung minggu bersama suami sedang dia dalam outstation. kemudian dibatasi pula dengan tugasan sambilan yang diterima demi untuk menjana ekonomi keluarga setelah puas menjana lemak di badan (owh, sungguh tidak menguntungkan).

point tiga
jaringan internet tanpa wayar di universiti tiba-tiba terputus. applicable hanya untuk saya sahaja. rakan-rakan lain semuanya ok. merasa pelik. berjumpa dengan yang pakar untuk mengadu masalah, jawapannya "sorilah adik, status adik ni dah GRADUATE, jadi automatically, it is disconnected lah" huhu...horay! finally i am graduated, officially kene tunggu bulan October nantilah. harapnya sempat berkonvo kali ke seterusnya dalam hidup. kali yang ke 3.

point empat
berpenatan bersama suami menghabiskan sedikit sebanyak MOO berbelanja sakan di Jaya Jusco sempena J Card Day. wahhh sungguh murah murah murah. intentionally berbelanja dengan niat kerana koleksi-koleksi pakaian soulmate semuanya pada saya tahap wajib ganti dan ditambah baru. dapatlah sepasang kemeja dan seluar kasual, sepasang kemeja dan seluar official, tali untuk leher dan tali untuk pinggang. cost us for only RM 155.70. sangat murah. juga, luggage beg yang baru, yang besar amat (persediaan keberangkatan, cheewah..hahah), cost at RM 429.00 but for 70% less equal to RM 128.00 sahaja. siap boleh reedeem voucher wang tunai lagi, RM 10 untuk setiap pembelian RM 100. waaa ini sudah iklan nih. (pomosi tidak berbayar, heh).

point lima
akan datang, hari sabtu a.k.a esok (25 Jul), semua ahli keluarga berkumpul. yang di asrama di arah pulang. merai hari lahir untuk July-ians. makan makan pastinya. potong kek dan bergembira bersama keluarga tentunya. bulan 7 untuk 7 orang termasuk saya, ucu dan suaminya (pak usu), ayin dan anaknya aqilah, apau dan hasani. tak sabar nak tunggu esok! juga sempena doa selamat buat abang saya yang terselamat dari kemalangan kenderaan yang menimpanya kelmarin. what a horrible moment for him, Alhamdulillah selamat. kereta je yang cedera parah.

to all, happy friday. ceria2 selalu dan selamat berhujung minggu

No comments: