“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang di antara
keduanya dengan bermain-main. Kami tidak menciptkan keduanya melainkan
dengan kebenaran. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (Qs. Ad-Dukhan[44]: 38-39)
lama sungguh menyepi. diam tak diam, dah oktober dah kita. hampir berakhir 2012. tahun hijrah juga dah separuh zulkaedah. sebulan lagi nak tamat 1433. pantasnya, masa berlalu. sepantas sebulan lagi genap 3 tahun saya berada di bumi orang ini. dulunya sangat asing, kini tidak lagi.
kalau anda sudah ditakdirkan bermastautin di tempat orang, atau akan berhijrah tidak lama lagi, sedikit sebanyak pengalaman saya di sini mungkin boleh jadi inspirasi untuk anda. ya, semua orang tidak sama keadaan dan pengalamannya, tapi sedikit sebanyak mungkin ada yang serupa.
pada awalnya di tempat orang, saya tidak berapa selesa. yelah tempat baru. paling ketaranya di sini kurang sikit aktiviti sosialnya. bukanlah nak kata saya nih jenis yang suka bersosial, kaki clubbing or ape takdelah sampai macam tu sekali. cuma kat sini boleh dikatakan pergerakan terbatas sedikit. sebab ke mana-mana tidak boleh sendiri. pengangkutan awam juga tidak berapa mesra masyarakat. sekalipun pergerakan kalau tak terbatas, tapi fahamlah baru sampai kan terasing di bumi orang. mana ada kenal sesiapa pun melainkan keluarga rakan sepejabat suami. alhamdulillah tempat soulmate kerja ada juga rakan segenara. bila sebut rakan senegara nih, bukanlah nak asabiah or just nak kawan ngan orang kita sahaja. but buat permualaan di tempat baru, harus jugak kita kena kenal rakan senegara sebabnya bila dengan rakan senegara nih walaupun tiada sebarang pertalian darah, tapi kita berkongsi tanah kehidupan yang sama. untuk permulaan, mengenali rakan senegara adalah sebuah rahmat.
kalau di tanahair kita, jiran sebelah rumah pun kadang kala ada yang tidak kenal atau tidak pernah bertegur sapa. sebabnya kita ada kerabat yang lain. kita ada ibu bapa, ada adik beradik dan saudara mara. terasing di bumi orang penting jugak untuk kita cipta hubungan saudara mara ini. seterusnya, perlu diingat sekalipun kita anggap rakan baru kita tuh macam saudara mara, tapi perlu ada batasnya juga. biasalah manusia, sampai satu tahap, akan ada juga perasaan mainan syaitan seperti hasad, dengki, iri hati, merajuk dan sebagainya. jadi berpada-padalah. kalau nak diberi garis panduan susah juga, sebab keadaan dan situasi semasa hanya kita yang mampu menilainya. pokok pangkalnya, berpada-pada. kata orang melayu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali kan..ha, ikutlah masing-masing ya.
pengalaman saya sendiri, hampir 3 tahun ini ramai sudah so called "saudara mara" yang dikenali di rantau ini. pada permulaannya dulu, ada juga makan hati sana sini. akhirnya kata orang alah bisa tegal biasa kan. semua itu sudah lali menjadi rencah kehidupan. soulmate selalu menasihatkan saya, supaya berilah madu dengan semua orang sekalipun mereka sering membalas tuba dan racun kepada kita. contohi Rasulullah, sekalipun beliau dihina dan dicaci, beliau tetap juga mendoakan kebaikan buat musuhnya. MasyaAllah, memang sungguh sukar, tapi kita cuba lakukan sedaya mungkin.
seterusnya bila berada di tempat orang, janganlah berat punggung. bumi Allah ini luas untuk diterokai. sekalipun anda tercampak di gurun sahara dan padang pasir, nikmatilah keindahan itu. sesugguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu di muka bumi ini dengan sia-sia. kenapa perlu kita perlu perlecehkan ciptaan Allah hatta debuan pasir. ingatlah firman Allah ini,
“Dan Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di
antara keduanya dengan batil. Yang demikian itu adalah anggapan
orang-orang kafir, maka celakalah orang-orang kafir itu karena mereka
akan masuk neraka.” (Qs. Shaad[38]: 27)
kalaulah ada kita anggap ciptaan Allah itu adalah lekeh, maka istighfarlah. hanya yang kufur nikmat sahaja mendustakan ciptaan Allah yang maha berkuasa itiu. sebutlah MasyaAllah sebagai pujian atas keindahan ciptaan Allah. kalau berpeluang mengembara, terokailah tempat orang sepuasnya. bonus bagi saya, kami di sini masih berdua. mudah untuk bergerak ke mana sahaja semahunya. kebiasaannya, bila hujung minggu hidup kami pasti meriah dengan aktiviti luar rumah. segala maklumat di hujung jari. Alhamdulillah Allah kurniakan saya soulmate yang rajin dan suka menerokai benda baru. soulmate akan mencari maklumat tentang tempat menarik sekitar kawasan kami. mudah, setelah mendapat maklumat selengkapnya, in a blink eye, kami sudah bersedia memulakan pengembaraan. pengalaman melihat tempat orang saya kira tiada tandingannya. rugi sungguh rugi kalau anda ada peluang berada di tempat orang tapi hanya duduk menghadap televisyen dan komputer riba. zaman sekarang, budaya pijak tanah nih sudah sangat berkurangan. kebanyakan orang lebih gemar bercucuk tanam menggunakan tetikus komputer berbanding bercucuk tanam dengan cangkul dan penyodok. begitulah analoginya. bangun, bergerak dan terokailah khazanah alam. segalanya indah, ciptaan Allah. oh ya, jangan lupa ketik la gambar sekitar pemandangan menarik itu. mana tahu sekembalinya kita ke gagang nanti, pemandangan sebegitu yang kita akan rindui selamanya.
Alhamdulillah, hampir 3 tahun kami menetap di sini. penghujungnya semakin akan tiba. pada tahun pertama, saya tidak betah dan hanya rasa ingin pulang ke desa semula. tahun kedua sedikit sebanyak sudah ada yang selesa dari segi cuaca, bentuk muka bumi dan kehidupan sosialnya. tahun ketiga ini, saya seakan-akan tidak mahu melepaskan setiap detik yang berlalu di kediaman ini. bumi ini tidak lagi asing buat saya. segala-galanya membuatkan saya rasa bahagia. sungguh, saya rasa lebih selesa di sini, lebih gembira jujurnya. kehidupan di sini sangat mengajar saya erti hidup yang sebenar untuk tahun yang ke 30 ini. moga-moga ada detik-detik yang lebih bahagia bakal dirakam dalam kotak memori di sini.
Allah, aku syukur atas pemberianMu. Kau pemilik seluruh alam. Hasbunallahu Wa nikmal Wakil...
eh, sibuk berceloteh, lupa pula nak kongsikan tentang gambar-gambar yang saya kongsikan ini. ini adalah taman rekreasi. saya suka lanskapnya. menarik pandangan mata. kebanyakan taman rekreasi di sini mercu tandanya adalah tangki air. mungkin juga kerana di sini adalah kawasan yang kering, jadi tangki air adalah sebuah mercu tanda istimewa.
tangki air berkembar di hadiqatul hajar, DQ hayyus safarat |
sebetulnya saya temankan soulmate yang ingin mengambil udara segar di luar sementara cuaca sudah beransur dingin sekarang ini. yeay!musim sejuk bakal tiba. ini yang saya suka kerana lebih banyak tempat yang bakal diteroka.
dah kalau dinamakan taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak mesti wajib ada kan!
sekian dulu, Ilalliqa' Maasalamah...
5 comments:
Salam, yang!
Daku singgah ni!
=)
Alhamdulillah ada kwn yg tak berat punggung ni;) dapatla menatap meski tak jejak. Thanks ila:)
cik ian:ok ok thanks...
karamah: alhamdulillah, kalau kat sini pemalas, rasanya boleh mati kebosanan..hahah
subhanallah cantik amat hadiqatul hajar...beruntunglah kamu wahai sahabat diberi nikmat & peluang merantau di sana...
subhanallah indah sungguh ciptaanNya...bertuahnya dpt menikmati keindahan ini...
Post a Comment