Aku fikirkan mendung berterusan
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
Tapi kini mentari muncul lagi
Ku rasa kembali kehangatannya
alhamdulillah, saya masih diberi peluang bernafas. berlalu sudah detik demi detik. dah masuk tahun baru 1434, di bulan jamadil awwal. 2013 juga sudah menjenguk diri melepasi bulan yang pertama.lama sudah tiada berita yang dikongsikan.
ala kulli hal, sepanjang tahun 2012 yang telah berlalu, pelbagai cerita pelbagai kisah dilalui. segalanya yang pahit dan yang manis, ditempuh dengan bantuan kemudahan dari Allah taala. sehingga entri ini ditulis saya masih lagi di bumi barakah untuk tahun yang ke empat. syukur Allah luaskan nikmatnya untuk saya terus menghirup udara nyaman tempat orang. ya, sekarang sedang winter. tetapi cuaca kadangkala tidak menentu. sekejap terlampau sejuk, kadangkala bertukar lagi sebaliknya.
bila di tahun ke empat ini, sudah ramai teman bersilih ganti. teman-teman yang mesra sudah ramai pulang ke negara asal meneruskan kehidupan mereka. tidak selamanya kita kekal di tempat orang. bermulalah sesi suai kenal dengan teman-teman baru pula. itulah putaran roda kehidupan, ada yang datang ada yang pergi. jujur, genap 3 tahun di sini banyak perkara yang manjadikan saya lebih matang dan lebih berdikari. satu nikmat peluang dan ruang yang tidak dapat dijual beli.
syukur juga, awal tahun ini dan penghujung tahun lalu keluarga dari pihak saya dan suami berpeluang bertandang ke teratak kami ini. saya jadi sangat seronok dan terhibur. kediaman yang selalunya sunyi, buat seketika menjadi riuh dan ceria. alhamdulillah permulaan tahun yang indah buat saya dan soulmate. moga-moga untuk detik yang mendatang hari-hari yang dilalui semakin menceriakan, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment