::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, July 27, 2010

mee segera korea

Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah (Albaqarah, 172)

bila dah dok tempat orang nih, barulah kita tahu betapa baiknya tempat kita sendiri. biasanya kalau tak rindu kampung halaman ataupun keluarga tercinta, mesti rindu kat makanan. percaya tak percaya, kalau kat tempat kita sendiri, makanan tersebut tak menggiurkan pon, tapi bila dah sampai tempat yang takde benda tuh, pergh rindunya tak leh nak cerita.

nak ceritanya, pasal mee segera maggi. kat sini, ada mee segera cap maggi tu, tapi rasa dia memang jauh beza ngan mee segera maggi malaysia. ada juga perisa kari, tapi tak pedas langsung. pastu warna putih macam perisa ayam atau sayuran. aduuh, frust sangat. dalam pada tuh ada member yang dah lama duduk kat sini dia perkenalkan kat kitorang mee segera korea. perh, pedas. boleh mengubat rindu mee segera maggi kari berapi.

mee segera Shin Ramyun dari korea. tapi mahal sket harganya SR4.90 dalam lebih kurang RM3++ la. kalau ini pilihan budak-budak sekolah asrama, memang tak mampu


cara nak masak dia senang, sama macam mee segera biasa. didihkan air, masuk perencah, masuh mee. nak bagi lebih berciri menyihatkan, letaklah daging yang dipotong kiub kecil, sayuran hijau dan sayuran warna lain bagi impak yang lebih menarik.


bila dah agak mendidih, sayur pun agak-agak dah lembut boleh makan tutuplah api dan hidangkan


sekali lagi, sedap mee segera nih. mee dia halus, rencah dia pedas berapi. boleh tahanlah nak menghilangkan kempunan. tapi yang tak tahnnya mahal fuhh kempis poket hanya untuk mee segera. tapi portion dia banyak, makan sorang memang tersandar lah.

okeh, sekian perkongsian
ilalliqa' maasalamah.

Sunday, July 25, 2010

siaran TV tempatan

We welcome passion, for the mind is briefly let off duty
~Mignon McLaughlin, The Neurotic's Notebook, 1960~

ramai yang bertanya kepada saya pada ruang sembang tentang keadaan hidup di sini. saya cuma jawab ok dan seperti biasa. kerana pada saya di mana jua adalah sama. yang bezanya orang sekeliling kita. tapi tidak dinafikan keseronokan berada di tempat orang dan tempat sendiri adalah berbeza. percaya dengan apa yang telah Allah takdirkan, saya yakin ada hikmahnya saya di sini.

lantas, walau berada di tempat orang kadangkala rasa rindu tempat sendiri tetap akan ada. normallah kan manusia ada persaan dan emosi. bagi saya yang punya banyak waktu senggang ini, merasakan teknologi menjadikan jarak bukan masalah untuk menghubungkan sesuatu yang jauh. untuk kali ini, ingin saya kongsikan cara bagaimana saya dapat menonton siaran tempatan tanahair saya di tempat saya berada sekarang menggunakan teknologi dengan sebaiknya. ramai sudah tahu, atau kebanyakan yang berada di sana tidak perlu tahu, tapi cuma sekadar perkongsian ilmu, tidak salahkan. siapa mahu manfaatkan info ini, silakan...:)

pertama sekali siaran rancangan percuma kerajaan. Radio TV Malaysia atau RTM. selalunya berpancaran dari satelit dish yang dipasang di kediaman ini. tetapi sewaktu Piala Dunia melanda bulan lalu, siarannya terputus. jadi saya beralih menggunakan satelit yang dipancarkan menggunakan teknologi internet.


untuk siaran RTM, saya gunakan provider terkenal untuk siaran tv percuma seluruh dunia iaitu di wwitv.com. apa yang anda perlukan untuk melayari rancangan melalui wwitv ialah perisian microsoft silverlight. plugin ini akan terpapar secara automatik di ruangan loading stream (rujuk gambar di atas) sekiranya perisian tersebut tiada di dalam computer anda. apa yang anda perlu lakukan ialah, hanya klik pada butang plugin tersebut dan install. untuk install, cuma ikut step by step arahan yang diberi. setelah selesai plug in, refresh page semula, dan anda akan dapati page seperti dalam gambar. ini bermakna urusan anda selesai, cuma perlu tunggu pihak wwitv loading rancangan siaran keinginan anda. jika berlaku masalah tidak keluar rancangan yang anda inginkan, cuba refresh kembali page. jika masalah yang sama berulang ini menandakan, sistem server tidak memihak kepada anda, dan cuba di lain kali.


ini link untuk siaran RTM 1. http://wwitv.com/tv_channels/7449.htm


ini link untuk siaran RTM 2. http://wwitv.com/tv_channels/8084.htm

selepas loading stream, rancangan pilihan anda akan terpapar di skrin seperti dua gambar di atas. jika mahu paparan besar, cuma klik pada icon srin penuh di sebelah sudut kanan. biasanya wwitv boleh dilayari menggunakan mana-mana internet provider termasuk internet explorer, google chorome atau mozilla.

untuk mendapatkan rancangan siaran tv3 inspirasi hidupku kegemaran ramai pula, servis provider lain yang digunakan. saya menontonnya melalui um.com.my/streaming/v1. juga memerlukan plugin di install supaya rancangan dapat ditonton sebaiknya. plugin web player dari sopcast diperlukan untuk melayari rancangan tv3 ini.

link ini http://www.um.com.my/streaming/v1/modules.php?name=TV3 akan membawa anda melayari siaran tv kegemaran ramai itu. cuma ikuti langkah yang di berikan di laman web tersebut untuk install plug in web player. sekiranya web player sudah di install, paparan seperti dalam gambar akan anda dapati di skrin monitor anda. apa yang perlu, hanya tunggu provider untuk loading stream tersebut secara buffering. jumlah peratusan buffer tertera pada kotak kecil hijau disebelah tepi kanan. sebagai nota, apabila channel tidak dapat dihubungkan, di kotak panjang bawah tersebut menyatakan sebagai 'channel offline' atau 'cannot retrive data'. jadi sila cuba di lain kali. sepanjang pemerhatian saya, rancangan TV3 ini hanya sesuai menggunakan perisian internet explorer sahaja tidak yang lain-lain. biasanya siaran terputus tepat jam 12 malam waktu Malaysia. paling tak tahan, setiap hari sabtu saya berdepan dengan situasi anti klimaks apabila slot kegemaran cerekarama terputus di saat detik pengakhiran cerita. biasanya waktu siaran akan lambat 2-3 minit daripada waktu siaran sebenar. tetapi baru-baru ini, link ini dari tv-malaysia.com membantu saya mengikuti kesudahan slot cerekarama anti klimaks yang saya tontoni.

sekian dulu perkongisan dari saya,
ilalliqa' maasalamah

Saturday, July 24, 2010

suratan atau kebetulan

Berdoalah kepada-Ku nescaya aku (Allah) akan perkenankan (Ghafir : 60)

entri ini saya tulis sebagai peringatan kepada diri sendiri. kalau ada yang membaca ia saham buat anda jua. saya baru selesai membaca hasil tulisan Usazt. Pahrol di sini. bercerita tentang doa, wajar dan disyorkan kepada anda jua membacanya.

Ustaz mengutarakan sebuah isu yang sudah sekian lama menjadi tanda tanya banyak orang. kalau pun tidak disebut secara jelas di mulut, sekurang-kurangnya terdetik di hati itu ada. coretan tentang permintaan yang diberi dan permintaan yang belum atau tidak dipenuhi. kepada siapalah yang layak kita pinta kalau bukan dengan Pencipta kan? tapi pernahkah ada detikan dihati,
"aku nih dah penat dah doa, dah penat dah minta tapi Allah tak bagi pun. kenapa?" atau ketika mana ditimpa sebarang susah, terdetik lagi di hati, kenapa kita yang Allah uji. sudah sering kita minta yang baik-baik dari Allah, tapi kesusahan juga yang Dia hadirkan untuk kita. Ustaz Pahrol sudah jelaskan. jadi saya syorkan anda baca, kalau anda juga selalu terdetik di hati seperti saya.



seperti yang saya sudah coretkan dalam entri sebelum ini, hidup ini suatu ketentuan dan suratan. bukan satu kebetulan. walaupun sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita, namun itulah suratan yang tertulis dalam takdir hidup. jadi ucapan nasib baik atau mujur atas sesuatu yang berlaku adalah kurang tepat. kerana nasib atau kemujuran itu datang secara tidak sengaja. tau datang dengan pertaruhan. pertaruhan kepada nasib yang akan jadi baik atau tidak baik. jadi untuk catatan kehidupan yang telah ditakdirkan ini, ucaplah Alhamdulillah.

contoh, kita keluar dari rumah dan membawa payung bersama-sama. di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya. tidak perlu disebut,
"uish nasib baik aku bawak payung" ataupun, "mujur ada payung dalam beg nih". mari kita tukar sebut, "Alhamdulillah aku bawa payung bersama-sama". kenapa kita sebut Alhamdulillah? sebab kita syukur kepada Allah yang menggerakkan hati kita untuk berbuat demikian. Allah tahu yang terbaik untuk kita. jadi syukur mesti kena ada.

berbalik pada kisah doa, Ustaz sebutkan di dalam tulisannya, sebenarnya keinginan kita untuk menyebut doa adalah gerakan atau hint daripada Allah bahawasanya dia akan memperkenankan doa itu. jadi kenapa kita nak kata, sudah penat berdoa, tapi Allah seolah-olah tidak mahu beri? kalau dia tidak mahu beri, dari awal lagi dia tidak gerakkan hati kita untuk doa. persoalannya, tidak semua yang kita minta dikabulkan dengan cara yang kita suka. Allah tahu cara mana mengkabulkan doa hambanya. yang penting doa.

doa atau meminta dengan penuh keyakinan akan termakbulnya doa tersebut adalah tugas kita. kapan ianya akan termakbul bukan tugas kita merealisasikannya. sabar adalah kunci. janji Allah itu pasti. sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji.

ilalliqa' maasalamah

Thursday, July 22, 2010

syukur, terima kasih

Bukankah sudah Ku-katakan kepadamu, bahwa sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan? (al-baqarah; 33)

tahukah kita setiap kejadian di atas muka bumi ini adalah aturan Tuhan? tiada satupun dicipta secara kebetulan. tiada suatu pun perkara yang berlaku kalau bukan ketentuan. semuanya telah tertulis di luh mahfuz. sekalipun nasib sehelai daun yang gugur, telah tertulis takdirnya.

tak pernah pun terlintas di benak saya saat windows driver cd yang secara tidak sengaja tertinggal di dalam cd rom cpu saya sejurus selesai diformat oleh abang sebelum berangkat meninggalkan tanahair suatu ketika dahulu adalah satu titik tolak yang amat berharga. adalah diluar jangkaan saya, apabila tugas yang selalunya diambil alih oleh abang, sudah mampu saya lakukan. 'format CPU' suatu benda besar bagi insan biasa seperti saya yang tahap kecelikan ITnya rabun-rabun ayam. tetapi disebabkan cd yang tertinggal itu, Allah beri saya ilmu format CPU. pastinya saya tidak akan pandai sekelip mata selepas terjaga dari tidur. semuanya aturan Allah yang kita tidak terfikirpun akan termaktub sedemikian rupa. CD yang ditinggalkan hampir separuh tahun, dan perkenalan atas dasar ukhuwah kerana Allah menulis takdir ilmu tidak disangka-sangka. saya berterima kasih kepada saudara ini, atas usaha dan tunjuk ajar beliau. saya tidak mampu membalasnya, hanya Allah sahaja yang layak. syukur kehadrat ilahi, dan terima kasih sahabat.


benarlah kata-kata dari surah Al-Baqarah ayat 32,

Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana


kepada Allah lah yang maha mengetahui segala sesuatu perkara dan dialah yang mengajarkan ilmu kepada kita. bukti jelas terpampang di hadapan mata, kalau bukan Allah yang menyusun semua aturan ini, akan sampaikah ilmu ini kepada saya?. juga, ia sebagai sebuah petanda milik Allahlah semua yang ada dilangit dan bumi, jadi janganlah kita berlaku kedekut, sombong dan bongkak dengan apa yang kita miliki. percayalah, setiap apa yang terjadi pada detik ini adalah penentu kepada takdir masa hadapan. kita tidak mungkin akan dapat tahu apakah ia, melainkan Allah jualah yang akan menyingkapnya untuk kita kelak.

sekian,
ilalliqa' maasalamah


Saturday, July 17, 2010

min fadhli rabbi

there was a star danced and under that i was born
~william shakespeare~

'haza min fadli rabbi'
ini adalah nikmat dari tuhanku
nikmat 28 tahun kehidupan dilimpahi dengan penuh kasih sayang
diliputi dengan penuh orang tersayang
dengan penuh ucapan di dinding FB, terima kasih pada teknologi..yeay!

terima kasih Tuhan, berkatilah umurku yang berbaki dan pertemukanlah aku denganMu dalam barakah dan rahmahMu...ameeen

Wednesday, July 14, 2010

basuh kaabah


Allahumma bariklana fi rajab wa sya'ban wa ballighna fi ramadahan..
ameen

telahpun masuk bulan Sya'ban. lagi sebulan Ramadhan pula hadir. moga-moga panjang umur kita untuk Ramadhan tahun ini dan berpeluang melipat gandakan amalan di bulan pahala bonus nanti, InsyaAllah. pada 1 Sya'ban iaitu semalam bersamaan 13 Julai 2010,telah berlangsungnya 'Upacara Membasuh Kaabah'

Upacara Membasuh Kaabah nih tak sama macam basuh lantai atau basuh rumah dengan mop sabun dan detol segala. Upacara basuh Kaabah ini adalah hari dimana pintu kaabah di sebalik multazam itu dibuka, dan orang-orang besar negara akan masuk melalui pintu itu dan membasuh atau kita boleh sebut sebagai lap bahagian dalam kaabah tersebut dengan kain lembap yang direndam dengan air zam-zam dan air ros.

pintu kaabah yang dibuka, gambar hasil dari tayangan siaran langsung dari rancangan TV tempatan

Raja Khalid Al-Faisal Amir Mekah yang mengetuai upacara bagi pihak raja Arab Saudi King Abdullah; sumber dari sini dan sini


Upacara pembasuhan dihadiri oleh menteri-menteri, anggota diplomatic muslim dan jemaah yang menjalani ibadah umrah di Tanah Suci. Raja Khalid dibantu oleh Sheikh Saleh bin Abdul Rahman Al-Hussien Chief of the Presidency dan sheikh Abdul Aziz Al-Sheiby Penjaga Kaaabah. Vice President-General of Holy Mosque of Makkah Affairs Sheikh Dr. Mohammed bin Naseer Al-Khozaim berkata Upacara Pembasuhan Kaabah ini adalah sunnah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad (SAW) setelah memperoleh kemenangan menentang kaum musyrikin pada penaklukan Kota Mekkah dan pembasuhan itu adalah sebagai tanda penyucian daripada dosa-dosa mereka. Upacara ini telah dianjurkan oleh kerajaan Arab Saudi dua tahun sekali iaitu pada bulan Muharram dan bulan Sya'ban.

Selepasa selesai Upacara Pembasuhan Kaabah itu, menteri-menteri dan orang kenamaan tersebut akan melakukan tawaf sunat, mengucup hajaraul aswad dan solat sunat dihadapan pintu kaabah.

closed up, hajaraul aswad

setelah selesai, pintu pun ditutup dan tangga di bawa keluar dari pintu

closed up pintu kaabah yang kuncinya dipegang oleh qabilah Al- Shieby penjaga kunci kaabah, keturunan sejak dari zaman Nabi SAW dahulu

gambaran pintu kaabah disebalik multazam; credit gambar dari CL

barisan tentera yang menjaga atau membuat benteng laluan bagi golongan kenamaan keluar dari kawasan kaabah

sekian sekadar perkongsian,
layari laman di sini untuk menonton siaran langsung dari Baitullah setiap hari

ilalliqa' maasalamah

Wednesday, July 7, 2010

mahu balas dendam?

Jika kejahatan dibalas dengan kejahatan
itu adalah dendam



kadangkala hati ini sedikit kaca. remuk jadi banyak. mulalah nak menyumpah-nyumpah berfikiran negative dalam hati dan stress tak pasal-pasal. selalunya sebabnya kecil sangat. basically it was because tidak mendapat balasan yang seperti dalam expectation. kecil sangat masalah saya ini. tetapi brain cell saya selalu membesar-besarkannya.

suami pernah kata saya kalah sebelum berperang. memula pelik juaga, tapi bila fikir semula ada benarnya. saya kalah pada emosi dan negative thinking yang dibina sendiri di sebahagian tempat dalam otak saya. benda tuh memang macam ada dari sejak dulu. contoh, saya mempunyai persepsi buruk terhadap seseorang sebelum orang tersebut menyuarakannya. sedangkan barangkali orang itu far way better than apa yang saya fikirkan. paling ketara ialah apabila conversation yang selalunya hangat ataupun hebat tiba-tiba jadi dingin. saya selalu fikir ini salah saya. salah cakap atau orang sudah mula tidak suka atau sudah mula merasakan saya seperti tiada apa lagi kepentingan untuk beramah mesra. in fact, mungkin dia sibuk atau tiada masa lapang atau mungkin juga apa sahajalah hanya dia yang tahu.

tiba-tiba dalam keresahan hati yang tidak tahu hujung pangkalnya itu, saya sampai di blog saudara ini, yang memberi sebuah damai di hati. dengan ayat quran yang dilampirkan di situ, serta kata-kata comel yang dititipkan bersamanya seperti di bawah nih;




ya hati yang remuk ini harus diserahkan kepada Tuhan agar ianya sembuh kembali. bukan dibiar belayar tanpa haluan lantas memikirkan benda-benda yang tidak ketahuan. yang lebih membawa kepada rasa hitam, gelap dan tidak bersinar.

ilalliqa' maasalamah

Tuesday, July 6, 2010

anak wati syubhah

Maka berilah peringatan, sesungguhnya peringatan itu memberi
manfaat kepada orang yang beriman

pernah dengar tentang anak haram atau anak zina atau anak luar nikah? umum mengetahui anak haram dan seerti dengannya adalah anak kelahiran hasil daripada ibu bapa yang tidak berkahwin. namun begitu, ada juga halnya, anak yang lahir tanpa pernikahan ibu dan bapa, dan hukumnya dari segi syara' adalah tidak berdosa. pelikkan? baru tahu atau sudah maklum? saya baru mengetahuinya. anak tersebut dinamakan
'wati syubhah' layan penjelasan ustaz Azhar Idurs nih;




korang tak nak klik tengok ke? kliklah dan layanlah penjelasan ustaz nih. selain dari penjelasannya yang sangat jelas, ianya tersangatlah lucu. contoh yang diberikannya itu membuatkan saya gelak terguling-guling. gaya bahasanya pula membuatkan saya rindu rakan-rakan sekuliyah saya yang bercakap bahasa yang sama. ayu, tonah, ana jack dan yang seangkatan dengannya. miss them all....layanlah semua video yang ade nih. confirm menarik dan berfaedah....

ilalliqa' maasalamah