::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, July 27, 2010

mee segera korea

Hai orang-orang yang beriman, makanlah diantara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah (Albaqarah, 172)

bila dah dok tempat orang nih, barulah kita tahu betapa baiknya tempat kita sendiri. biasanya kalau tak rindu kampung halaman ataupun keluarga tercinta, mesti rindu kat makanan. percaya tak percaya, kalau kat tempat kita sendiri, makanan tersebut tak menggiurkan pon, tapi bila dah sampai tempat yang takde benda tuh, pergh rindunya tak leh nak cerita.

nak ceritanya, pasal mee segera maggi. kat sini, ada mee segera cap maggi tu, tapi rasa dia memang jauh beza ngan mee segera maggi malaysia. ada juga perisa kari, tapi tak pedas langsung. pastu warna putih macam perisa ayam atau sayuran. aduuh, frust sangat. dalam pada tuh ada member yang dah lama duduk kat sini dia perkenalkan kat kitorang mee segera korea. perh, pedas. boleh mengubat rindu mee segera maggi kari berapi.

mee segera Shin Ramyun dari korea. tapi mahal sket harganya SR4.90 dalam lebih kurang RM3++ la. kalau ini pilihan budak-budak sekolah asrama, memang tak mampu


cara nak masak dia senang, sama macam mee segera biasa. didihkan air, masuk perencah, masuh mee. nak bagi lebih berciri menyihatkan, letaklah daging yang dipotong kiub kecil, sayuran hijau dan sayuran warna lain bagi impak yang lebih menarik.


bila dah agak mendidih, sayur pun agak-agak dah lembut boleh makan tutuplah api dan hidangkan


sekali lagi, sedap mee segera nih. mee dia halus, rencah dia pedas berapi. boleh tahanlah nak menghilangkan kempunan. tapi yang tak tahnnya mahal fuhh kempis poket hanya untuk mee segera. tapi portion dia banyak, makan sorang memang tersandar lah.

okeh, sekian perkongsian
ilalliqa' maasalamah.

7 comments:

Ayang Zaidah said...

ida,,, mee sos kacang soya ad atak?? selalu kalau tgk cite korea ada je menu nih,,, ada yang masak panas n ada jugak yang versi macam yg ida makan nih,, versi segera,,, penah try tak?/ kalau ada try, kasi tau eh best tak?? kalau best mau cuba la,, hehehe

Le Chevalier said...

beli kt ner ni??....cam best jerrr....

ila nursalida said...

kak zaidah: taktau aaa yang macam tuh...ini pon member rekemen, kalau tak, tak tau benda apa sebenarnya sebab cakap korea

LC: dekat mana2 supermarket ade..area mee segera

Juma Karamah said...

wah tiba2 aku jadi terlapar maggi;) makanan wajib masa hostel dulu. kenapa aku rasa nikmat sedapnya maggi di hostel beza di rumah. haha

ila nursalida said...

karamah: hehe, aku rase maggi makanan paling sedap dan paling cepat dimasak dari zaman sekolah sampai sekarang..ahaha

Lady said...

tak tahan... terus lapar perut tengok nih! huhuhu..rasa macam penah nampak mee ni kat sini.. hurmm.. nak p cari nih..

sedap... sedap..

ila nursalida said...

bie: silalah, penuhi nafsu makanmu, tapi yang ini tak baik ntok baby neh...