Katakanlah: Api neraka jahannam itu lebih sangat panas(nya) jika mereka mengetahui.
~attaubah 81~
~attaubah 81~
cepatnya masa berlalu. saya dan suami sudah pun setengah tahun berada di tanah rantau. pada mulanya sangat kekok, sekarang tidak lagi. saya sudah selesa. selesa dari segi adaptasi dengan kehidupan seharian. tapi saya tidak selesa dengan keadaan cuaca sekarang.
untuk rekod, di sini musim panas baru hendak bermula. kepanasan sudah tahap 40 darjah celcius. dijangka akan hampir 50 leih nanti. di sini panasnya beserta dengan hawa angin yang panas. tidak sama seperti di kampung saya, panas tapi lembap. impaknya basah
cuaca yang panas ini juga menyebabkan takungan di tangki simpanan air juga menjadi panas. walau seawal jam 7 pagi, air pancuran sudah pun mulai panas. air takungan baldi sangat berguna kala begini. mandi menggunakan gayung yang sudah lama ditinggalkan sejak dahulu, kini kembali menyingkap kenangan tinggal di asrama. juga seperti mendapat sebuah kepuasan yang tiada taranya.ngeee
sinonim dengan musim panas adalah waktu siang yang panjang berbanding malam. bayangkan sahaja fajar mulai terbit jam 3.40 pagi dan terbenam pada jam 6.30 petang. jadi siang sepanjang 15 jam iaitu 3 jam lebih dari biasa. dengan cuaca yang sebegini, aktiviti luar rumah memang sangat tidak digalakkan. kulit muka yang kering seperti membakar dan hidung juga kadangkala berdarah. kebiasaannya pengakhiran bulan ini bermulalah cuti sekolah dan ramai yang mengambil peluang keluar bercuti. jika suami saya cikgu, pasti kami juga akan pulang bercuti ke kampung halaman. ohoho balik kampung ohohooo balik kampung...lalalala
sekian
ilalliqa' maasalamah
ilalliqa' maasalamah