::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, May 11, 2010

mari menanam taugeh! heh..heh

My green thumb came only as a result of the mistakes I made while learning to see things from the plant's point of view.
~H. Fred Dale


projek terbaru di masa senggang saya yang langsung tidak memakan masa. projek ini juga bagus untuk kanak-kanak dalam mempelajari secara saintifik kaedah kehidupan tumbuh-tumbuhan.

ini kacang hijau ya, kepada sesiapa yang tidak mengenali. bahasa saintifiknya kurang saya tahu. apa boleh buat dengan kacang hijau ini? inilah dia projek penanaman kacang hijau untuk menjadi satu tanaman sayuran yang lain, yang berkhasiat dan enak.

rendam dahulu biji kacang ini dalam lebih kurang sejam atau dua jam dengan air paip biasa

kemudian sediakan tapis seperti dalam gambar atau apa-apa bekas yang serupa dengannya. letakkan kapas yang telah dibasahkan memenuhi bahagian bawah tapis sebanyak beberapa lapis. kemudian letakkan tapis tersebut di dalam bekas yang berisi sedikit air di dalamnya (sekadar mencecah bahagian bawah tapis)

taburkan kacang hijau yang sudah direndam dan ditoskan airnya, ke atas kapas basah tadi dan letakkan di bilik gelap. tanpa cahaya matahari.

hari 1: kulit kacang sudah kelihatan mengelupas

hari 2:kulit mengelupas hampir keseluruhan. badan sudah muncul

kulit mengelupas keseluruhan pada hari ke tiga. sudah boleh dituai. pada mulanya hanya sebutir biji kacang, kini berubah menjadi taugeh. yeay!


tuai atau kutip taugeh dan asingkan dari kulitnya. masukkan ke dalam bekas yang berisi air dan simpan dalam peti ais. jangan risau jika anda dapati taugeh yang baru dituai kecil dan pendek. taugeh akan membesar dengan sendirinya dan menjalar di dalam bekas berisi air tersebut. (p/s: beri ruang yang secukupnya untuk taugeh membesar dalam bekas. jangan masukkan dalam bekas yang kecil dan sempit)


untuk mendapatkan hasil yang baik, 3 hari sudah cukup untuk menyemai benih kacang menjadi taugeh. jangan tunggu sehingga hari ke 4, akarnya sudah mula panjang menjalar, dan menyusahkan untuk di asingkan kemudian nanti.

tumbuhan memerlukan air yang cukup untuk hidup. jadi, sila pastikan kapas sentiasa basah, dan periksa air dibahagian bawah tapis. tambah jika kekurangan. tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari sebagai makanan yang dinamakan klorofil. untuk mendapatkan taugeh yang putih dan cantik, letakkan biji benih kacang jauh dari matahari atau di bilik yang gelap. jika didedahkan pada cahaya matahari, hasilnya akan memperolehi taugeh hijau. pasti tidak mahu kan....

lihat, pada hari ke lima taugeh sudah pandai berdiri, dan mengeluarkan daun juga. ini petanda taugeh sudah terlebih matang. benih yang terdedah kepada cahaya matahari pula menjadikan taugeh kehijauan dan sedikit kemerahan.

ini dia taugeh yang cantik, bersih dan putih. dituai selepas 3 hari disimpan dalam bilik gelap yang jauh dari cahaya matahari. mudah senang dan cepat. taugeh hasil tanaman sendiri. yeay!!

12 comments:

ila nursalina said...

feberet nenek n abah. ehehe

ila nursalida said...

ilana: nenek pun peberet gak ek..sedap masak ngan ikan masin n kucai kan..tapi kucai sini gedabak giler sebesar daun pandan seh...

rimbun said...

baru last week izzah tanam taugeh utk wat projek sains dia kat sekolah kekeke.... apa jadi dah ntah ler.. takde cerita plak.. tp best jugak bole makan taugeh sendiri nii. djamin kebersihannyer... eee nak try jugak ler (tetiba bersemangat kekeke)

ila nursalida said...

k.mila: sila cuba kak...hehe, saya pun kene buat 2 kali...yang 1st tu tak jadi.memula jadi yang hijau tu laa...tp still boleh makan, 2nd baru tau canne nak bg dia jadi putih...tak cube tak tau kan..

Asma' Ahmad said...

hebat! kak ila ni berbakatlah.. pandai masak, pandai nanam ;) geram tingok tauge putih tu.. gemOk! >.<

ila nursalida said...

asma': kalau setakat nak tanam togeh nih takyah bakat...campak aje dan tunggu hasilnya...

rimbun said...

bakat mmg tak perlu... sindrom "R" yg perlu ada... untuk singkirkan sindrom "M"

rimbun said...

bakat mmg tak perlu... sindrom "R" yg perlu ada... untuk singkirkan sindrom "M"

ila nursalida said...

k.mila: betul sangat dah tuh!

ilasya said...

bagusla tanam togeh,bole gak makan dari tanam macam2 kat tiki farm tuh,
hehehe

ila nursalida said...

ilasya: tuh sebab farm aku tuh dah terbengkalai..ko ade jenguk2 tak?

Dalila yusof said...

sedapnya taugeh..buat tahu sumbat paling sedapkan