::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, May 4, 2010

semalam yang hujan

...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir
- Surah Yusuf ayat 12

semalam sekali lagi hujan turun melimpah ruah. angin kuat sangat. saya yang keseorangan di rumah ini sedikit sebanyak merasa gerun. rumah sudah gelap, bunyi angin menampar pintu seperti kene gegar. menakutkan sungguh. hujan kali ini agak lama. seperti yang sedia maklum, Saudi tidak pernah menerima hujan selebat ini. kalau Malaysia tu dah biasa sangat hujan lebat dan banjir-banjir nih.




keadaan diluar jangkaan ini ditambah lagi dengan perparitan yang tidak pernah wujud dalam kotak pemikiran mereka menyebabkan air yang melimpah dari langit tidak tahu ingin menuju ke arah mana. sudahnya air-air tersebut bertakunglah dengan banyaknya di jalan-jalan raya utama dan menyebabkan kesesekan trafik yang amat teruk. berita lanjut di laporkan oleh arab news di sini. dilaporkan juga, selain berlakunya kesesakan jalan raya, turut berlaku keputusan bekalan elektrik di beberapa tempat. akhbar saudi gazet melalui laporan akhbar muka depannya hari ini melaporkan sekolah-sekolah dan kolej ditutup pada hari ini berikutan keadaan hujan dan banjir yang melanda semalam.

[pohon tamar menyembah bumi]

saya yang sedikit kegerunan tidak berani keluar dari rumah. rakan-rakan kenalan di sini memberitahu, hujan semalam membawa bersama ketulan-ketulan ais dari langit. ketulan kecil itu mampu memecehkan cermin rumah dan kereta.

[courtesy kak yan AF5]

[ketulan ais dari langit di atas rumput menghijau]

jika mahu lihat lagi paparan-paran gambar berkaitan hujan dan banjir semalam yang melanda Riyadh boleh klik di sini. menurut rakan yang telah lama menetap di sini, kejadian hujan semalam direkodkan antara yang terburuk berbanding sebelumnya. sesungguhnya Allah maha mengetahui setiap sesuatu, siapkanlah amal kita sebaiknya, moga-moga kita ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.

sekian,
ilalliqa' maassalamah.

6 comments:

Lady said...

hujan ais tu like real ice ke ila? goshhh~ scary nye...

take care tau!

ila nursalida said...

dunno la..is just like ketulan batu yang sejuk...warna putih..kalau ketulan ais is jernih kann

Asma' Ahmad said...

takutnye kak.. kejap ujan kejap ribut.. tak menentu pulak die.. dok diam2 kat umah e? ;)

ila nursalida said...

asma': itulah pasal..dah akhir zaman kot...

rimbun said...

kat malaysia pon ada hujan ais batu ni kan.. teringat masa kecik2 dulu, mak kata kalau makan ais tuh bole jadi pandai kekekeke... kitorg pon berebut ler nak makan hahahha mcm2...

ila nursalida said...

k.mila: ahah, pertama kali saya dengar nih...kelaka kan waktu kecik2