::.Da' Sweet Friend Follows.::

Tuesday, July 10, 2012

practice make perfect

Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)  Al Anfal, 33.

Astaghfirullah, Astaghfirullah Al Azim. marilah kita beristighfar dan selalu beristighfar. sesungguhnya selagimana kita beristighfar selagi itulah Allah tidak menyeksa kita. pernah saya terbaca nikmat yang sebenarnya bukanlah diukur dengan wang ringgit, rumah besar, anak pinak yang banyak, kereta besar dan kemewahan dunia lainnya. nikmat itu adala bila kita dapat tidur nyenyak, kita dapat buang air kecil dan besar, dapat bernafas ikut hidung, dapat makan segala yang kita sukai, dapat menggerakkan sendi, dapat mengelipkan mata dan berbagai lagi lah yang sama dengannya. itulah, kita nih yang kecik-kecik selalu terlepas pandang kan.

wadi namar, salah satu tempat rekreasi santai, di sini
untuk pengetahuan, musim panas di sini masih lagi berlangsung dengan jayanya. saya tidak pernah pula mencatatkan darjah kepanasan tahun ini dengan tahun-tahun lalu. tetapi pada tahun ini sedikit kerengsaan saya hadapi akibat dari kepanasan. pernah dengar geligata atau kalgata, atau kelakata atau apa sahaja nama yang lebih kurang sama sebutan dengannya. ya, saya sekarang diserang penyakit itulah. secara saintifiknya nama dia URTICARIA. saya percaya ramai yang pernah mengalami kegatalan seperti ini. ianya seakan bengkak gigitan nyamuk, tetapi bulatannya lebih besar dan seakan bercantum antara satu dengan lain. antara faktor penyebabnya ialah cuaca yang ekstrem. rasanya gatal yang sangat (merenyam) dan akan hilang dalam beberapa jam. kemudian akan datang lagi. dalam kes saya, cuaca panas lah pennyebabnya. kalau saya di rumah, wajib ada pendingin hawa, kalau tidak siaplah mula gatal-gatal di celah pelipat tangan, pelipat kaki, belakang badan, peha dan leher. paling teruk kalau ada aktiviti di luar. siaplah balik nanti, badan saya..fuhh.merah-merah dan gatal. dulu kecik-kecik selalu jugak kena macam nih. ubatnya arwah atuk akan isi air suam panas dalam botol kaca, kemudian dia suruh saya tuam badan yang gatal tuh dengan air suam dari botol kaca itu. ada juga yang kata, diasapkan dengan asap kemenyan. kalau preskripsi doktor pula, biasanya akan ada calamine lotion dan tablet anti-histamin untuk mengelakkan kegatalan seperti pil piriton. pil ini biasanya mengantuk. bila dah dapat tidur, takdelah gatal kan.

biasanya, santai waktu musim sejuk atau bunga dan luruh jelah, kalau musim panas jangan nak wat haru
Ala kulli hal, saya sihat je sebenarnya walaupun dengan sedikit kerengsaan itu. sekurang-kurangnya saya teringatlah untuk beristighfar bila Allah uji sikit-sikit nih kan. Alhamdulillah. 

secawan kopi dan pisang goreng panas, di petang yang mendamaikan

sebenarnya dalam entri carca merba nih saya nak kongsikan sesuatu. apabila melalui hari-hari sebagai surirumah sepanjang masa nih, selalu saya mengarang di dalam kepala untuk menulis perkara ini dalam blog. sebagai peringatan untuk saya juga. apa yang saya nak kongsikan ini mungkin lebih berkenaan kepada pasangan-pasangan yang baru hendak berumah tangga ataupun pasangan pengantin baru (muda). kalau yang dah berumah tangga dalam tempoh masa lama, mereka tentu bersetuju dengan apa yang saya ingin kongsikan ini.

itik menghiasi pemandangan tasik
selalunya untuk perempuan, persiapan diri untuk mengharung alam perkahwinan tentu sahaja orang suruh pandai memasak, bukan? setelah melalui kehidupan alam rumahtangga ini selama (baru) 5 tahun, sangkaan saya persiapan untuk pandai memasak tidaklah penting sangat. ya, nak suruh tambat hati suami ngan air tangan kitalah kononnya kan. bakat memasak tidak perlu diasah awal sangat. bila hari-hari dah memang kena memasak, lama-lama nanti pandailah. sekarang di internet berlambak resepi. terlintas je di kepala nak makan apa, google sahaja, pasti jumpa. dah tuh nanti siap ade step by step cara membuatnya. memang mudah, senang dan cepat. pengalaman saya sendiri sebelum berkahwin, memang tak pandai hal ehwal masak memasak nih. tapi bak kata orang putih, Practice make perfect kan...so jangan risau kalau masih kekok memegang senduk dan periuk belanga. ada benda lain yang ada perlu risau.

kanak-kanak bermain air

apakah itu? risaulah kalau anda tidak biasa mengurus hal ehwal rumah tangga. banyak benda remeh yang kita terlepas pandang sebelum berkahwin. yelah bila zaman muda remaja, hal rumah yang remeh semua ibu dah uruskan. kita buat yang major jer (itu pun kalau rajin). antara perkara remehnya;



1. menguruskan kain baju. 
dari hal membasuh, melipat dan menggosok. perkara ini bergantung bagaimana keadaan kita sewaktu bujangan dahulu. cara membasuh baju, campur semua atau diasingkan dulu satu persatu. seluar dengan seluar. baju warna tak campur dengan baju putih bila membasuh. kalau ini dah jadi habit kita, insyaAllah tidak terjadilah kerungsingan bila kemeja suami yang warna krim dah bertompok-tompok hitam atau singlet putih dah jadi kelabu asap warnanya. juga, kebiasaan memilih untuk di basuh dengan mesin atau tangan. kalau semua ikut nak senang masuk mesin, jangan kecik hati plak bila suami kata, "apsal kolar baju I nih kuning jer". takkan nak jawab tak tahu kan. kita yang urus kain baju.

kalau bab melipat pula, tengok kebiasaan kita zaman bujang bagaimana. kalau sambil tonton televisyen setiap malam tangan kita yang melipat kain baju, (bukan ibu seorang) baguslah. harapnya tiadalah bukit baju di kediaman kita nanti. tapi kalau kita jenis yang tengok tv sambil goyang kaki, alamatnya siaplah terbinanya gunung baju dalam rumah.

bila menggosok, kalau dah biasa gosok baju atau seluar abah, baguslah. itupun kalau abah kerja pejabat yang kena pakai kemeja dan seluar slack setiap hari. kalau ayah yang macam abah saya, tidak mengenakan kemeja dan slack ke tempat kerja, memang parahlah. sebab kita tak biasa. kena tahu, menggosok baju orang lelaki tidak semudah menggosok baju kita, orang perempuan. ketelitian perlu lebih ada. bila menggosok seluar slack, jangan sampai 3 4 landasan pula kita cipta di situ. untuk skil yang ini saya memang sukar nak master. kadang kala berpanasan juga untuk menyelesaikan hanya sehelai seluar. sidenye harus lurus, tegak dan tercacak.


wanita arab

2. hal mengemas 
tengok habit kita mengemas bilik tidur. lepas bangun terus kemas atau biar saja selimut bergulung di situ. kamar beradu adalah salah satu element terpenting dalam rumah tangga. bilik tidur wajib tip top. kekerapan tukar cadar juga harus di ambil kira.

kamar mandi juga adalah tanggungjawab kita. takkan kamar mandi sama setaraf dengan tandas awam kot. sendiri kena fahamlah. tugasan ini kalau kita dah selalu buat sebelum berumahtangga, insyaAllah sesudah berumahtangga nanti, kita tidak rasa kekok menguruskannya. jangan hanya satu kamar mandi, seluruh kamar mandi dalam rumah adalah tanggungjawab kita. kalau tidak dibiasakan, nanti jangan marah lah kalau kena perli dengan suami kan.

begitu juga ruang dapur. bagaimana kebiasaan kita membantu ibu di dapur? adakah setakat tolong kupas bawang dan potong cili. kemudian basuh pinggan. itu sahaja? di sudut dapur lebih banyak tugasan remehnya. menggilap stove. menggilap dinding dan lantai yang berminyak selepas menggoreng ikan. itu belum lagi selepas menyambal. dinding yang berminyak semuanya harus disental. kalaupun kita cuma selalu basuh pinggan, perasan atau tidak air takungan bawah tadahan pinggan itu juga harus diselenggara? jangan silap-silap sudah berjentik-jentik pula di situ. 

bagaimana kebiasaan kita bangun pagi? siapa yang membuka tingkap di pagi hari? siapa yang menyapu ruang tamu, mengemop lantai dan memvacum permaidani? kalau semuanya ibu, biasa-biasakanlah diri mengambil peranan. kalaupun kita sibuk bekerja, ini mungkin rutin hujung minggu. bila bersama orang tua memang kita tak sedar keperluan ini. cuba bila dah tinggal berdua dengan suami, takkan nak biar dia yang pegang penyapu dan mop.

belia muda mudi

3. mengemaskini barangan keperluan harian
bagaimana habit kita membeli belah barangan keperluan rumah dan dapur seperti barang mentah? selalu dengan ibu bapa ambil sahaja apa mahu. nanti ibu bayar. ada senarai barangan yang hendak dibeli? sebaiknya sediakan senarai barang yang hendak dibeli supaya perbelanjaan dapat dikawal. kalau kewangan hanya dipihak suami, kesianlah dia kalau semua barang kita nak borong. belajarlah merancang.

sudah pulang membeli belah, bagaimana pula? mungkin kita terlepas pandang bila peran ini selalunya dilakukan oleh ibu. berubahlah kerana suatu ketika nanti kita yang akan menjadi suri keluarga. jadi tugasan itu adalah hak kita. kalau tidak dibiasakan, nanti takkan nak dibiar ikan yang dibeli terperuk dalam plastik tanpa disiang dan dibersihkan. bagaimana ibu menyimpan sayur-sayuran juga harus kita perhatikan.





cukuplah dulu. panjang benar sudah rasanya. banyak lagi yang mahu dikongsi. tapi biar setakat ini dulu. sila lihat apa yang saya kongsikan sebagai tanggungjawab suri dalam keluarga. lihat ibu kita, betapa dia sudah penat melakukannya sepanjang hidupnya berumahtangga. kini tibalah masa untuk kita mengambil alih tugas supaya kita lebih selesa menggalas tanggungjawab itu bila tiba masanya nanti. 

sekian :D

2 comments:

Mila@Rimbun said...

Kalau saling memahami semua perkara dibuat bersama2, sama rata. so dua2 jadi pandai. Akak ni sampai sekarang tak pandai iron baju lelaki, sebab abg lihin dah ckp awal2 dia gosok baju dia sendiri, dia takmo skill masa dia di asrama dulu hilang katanya (tp akak tau, sebenarnya dia takmo seluar dia hangus kali kedua hahahaha)

ila nursalida said...

k.mila: but still,eventhough the hubs takes incharge,we feel guilty kan..my point is,kite x mcm mak2 zmn dulu.they can be perfect in almost everthing.syukur kite dgn understanding n easygoing husband