::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, April 10, 2011

hati kaca lagi


واستعينوا بالصبروالصلاة
mintalah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat ~albaqarah 45

bila kita rasa susah hati, bila kita rasa berat hati, rasa seperti perlu ada tempat untuk berpaut. perlu ada bahu untuk menumpang sedih dan mengelap airmata yang mengalir. tetapi sedar atau tidak, Allah sudah beritahu jalan paling mudah meminta perolongan. bukan pada manusia. cara minta tolong adalah dengan bersabar dan solat. bila sabar dan solat, itu maksudnya Allah suruh mintak tolong hanya kepada dia sahaja. yelah kalau dah namanya solat, pasti menghadap tuhan, padaNya sahaja, benar kan?

[persis hati sedang kuncup, spring season 2011]


ya, pertolongan yang hakiki hanya Allah yang mampu beri. tapi sejauh manakah solat menjadi penyelesai masalah yang dialami? Allah tambah lagi dalam ayat seterusnya, dan solat itu sesungguhnya adalah berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. jelasnya, solat itu bukan mudah, tapi ia menjadi mudah bagi orang-orang yang khusyuk.

bagaimana mendapat khusyuk dalam solat sedangkan sewaktu rukuk, kita sudah lupa bacaan surah yang dialunkan ketika qiam sebentar tadi. bagaimana mengukur khusyuk, kalau selepas sujud kita sudah tidak ingat bilangan rakaat ke berapa sudah kita selesaikan. solat ibarat satu ritual yang berlalu begitu sahaja. dilakukan tanpa jiwa, dilakukan semata-mata kerana memenuhi tuntutan secara fizikal, bukan kejiwaan. solat bukan mudah. nak dapatkan sesuatu harus kene usaha. bila nak minta dengan Allah juga kene usaha keras. kualiti solat yang dikira, bukan kuantitinya. sabar juga bukan semudah yang disangka. siapa pernah cuba bersabar akan tahu, betapa susahnya nak jadi sabar.

[persis hati sudah mula kembang, spring season 2011]

saya syukur tercampak di bumi sini. saya diberi peluang untuk belajar sabar dan belajar solat sempurna. sebab bila dah jauh nih banyak benda saya nak minta Allah tolong. senang cerita sejak duduk sini, saya teruji dengan banyak perkara. kalau nak disebut nanti ada yang kata remeh saja masalah yang saya alami. tapi sekurang-kurangnya saya diberi ruang untuk diuji lantas memperbaiki diri. keluar dari zon selesa, membuatkan saya tidak betah dengan sesuatu, jadi harus pinta pertolongan menghadapi hari-hari muka.


[kembanglah dan bersinarlah selalu, wahai hati yang kuncup]

meski saya tidak diuji dengan ujian kecerdasan mental atau kekentalan fizikal, ujian emosi sudah cukup membuat saya jadi kecil. Allah hadirkan gundah gulana di hati saya supaya saya betah dengan hati kaca. sebelumnya saat saya mula tinggal di sini hati menjadi kaca dengan masyarakat baru. berkat sabar, Alhamdulillah saya mula betah di sini. kehidupan menjadi semakin mudah. rupanya Allah mahu uji lagi. hari-hari terdekat ini hati saya berkaca lagi dengan sekumpulan manusia yang dahulunya menjadi orang sekeliling saya. yang saya sayangi setiap masa. saya kira dengan kejauhan, mungkin yang manis-manis saja dapat dikecapi. tetapi Allah takdirkan lain, Dia wujudkan jarak antara saya dan mereka untuk merasa pahitnya perpisahan. selepas pahit perpisahan reda, Dia hadirkan pula rasa pahitnya merasa dipinggiran. meski teknologi mampu mendekatkan, namun kehendak mengatasi segalanya. bermula dari hati, orang melayu kata Hendak seribu daya, Tidak hendak seribu dalihnya.


sebenarnya kalau sabar sudah tiada, banyak yang boleh saya lakukan untuk ubati hati yang lara pedih tersusuk sembilu luka. tapi kerana sabar itu tuntutan arahan dari yang Maha Esa, saya turutkan moga saya tidak lagi berhati kaca.

nota di kaki: semua gambar koleksi peribadi hasil belakang rumah. sekarang musim bunga, sejuk sudah hampir melabuhkan tirainya, panas kini menjenguk tiba. begitulah kehidupan, ibarat roda. lepas sejuk, panas, lepas panas,sejuk semula.

6 comments:

F.a.d. R.o.y said...

sabar... itulah ubat jiwa

F.a.d. R.o.y said...

sabar... itulah ubat jiwa

ila nursalida said...

fad: sungguhlah, tapi susah tau nak jadi sabar...

*Mawar Nafastari* said...

memang susah utk sabar, tapi sabar itu kan cantik...

:)

sy amat faham perasaan kamu... kuatkan hati, teruslah berdoa... kamu tidak keseorangan.. :)

FirJah said...

Ya nak sabar mmg sgt sukar..tp itu saja yg mampu dikatakan..

Sprtmana pesanan arwah : "mawar,sabar itu cantik"

Jah

ila nursalida said...

adik mawar: kecil sungguh ujian kakak jika dibanding dengan kamu..sungguh malu kalau tidak mampu sabar sepertinya kamu...ya, sabar sangat cantik

jah: thanks, fren...