::.Da' Sweet Friend Follows.::

Sunday, April 3, 2011

kenangan terindah

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

sungguh lama tidak bersiaran. tup tup aik, dah bulan april. menjenguk kembali ke bulan march, ada entry penting yang saya tertinggal. entri hari ulangtahun kelahiran abahanda. busy punya pasal sampai terlupa dedikasi dalam bentuk entry. namun begitu, walaupun jauh diperantauan, dedikasi buat abah dalam bentuk lain telah selamat terlaksana.

bercakap tentang abah, rasanya takkan pernah habis ditulis. punya banyak memori terukir antara kenangan seorang anak dengan bapa, sampai tidak tertulis dengan pena atau tidak mampu terungkap dengan kata-kata. sebagai seorang lelaki yang mula-mula dicintai oleh anak perempuannya, impaknya memberi kesan berharga dalam kehidupan. sejak mula mengenal erti kehidupan pabila mula-mula terpisah jauh dengan abah untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama, peranan abah dalam kehidupan semakin bermakna. tak payah cerita tentang dia yang bagi duit belanja poket, ntah dah sebanyak mana. takkan mampu kalau nak dibayar ganti semula. takyah cerita tentang dia yang membiayai pelajaran, itupun telah banyak sangat. dari mula bangku sekolah rendah sampai bangku sekolah paling tinggi. semuanya dari dia jugak.

ada satu kenangan yang menyingkap kenangan bersama abah di zaman tinggal di asrama dahulu. alkisahnya, jadual pulang ke kampung halaman waktu di asrama dulu adalah 2 minggu sekali. selaku orang jauh, mustahil untuk saya dapat pulang seperti jadual yang ditetapkan pihak asrama. jadi, sebagai mengisi kekosongan minggu pelajar pulang, sesekali saya mengikuti rakan pulang ke rumah mereka. bunyi macam senang. ikut kawan balik rumah. tapi nak dapat keizinan dari abah tuh, sangatlah payahnye. selepas beberapa percubaan memujuk abah
(dari jarak jauh, read: zaman tuh guna public phone jelah, tanpa telefon bimbit segala) akhirnya berjaya jugak berziarah ke rumah beberapa rakan dengan syarat rakan tersebut tiada adik beradik lelaki yang dewasa. dan sampai sekarang saya masih ingat pesan abah kalau ke rumah teman, "duduk rumah orang jangan kasi malu abah. buat perangai elok-elok".

[all pictures courtesy of shahidullah yusuf,
front row, in the middle]

terkini, seperti berulang pula kenangan lalu. saya diziarahi pelajar-pelajar yang juga jauh dari kampung halaman, menghabiskan cuti hujung minggu mereka di kediaman saya. seronoknya tidak terkata. bersama-sama mereka seperti mengimbau kenangan lalu sewaktu saya bercuti di rumah rakan. makan makanan kampung yang sedap, mandi sungai, bermain permainan kampung, tidur beramai-ramai di ruang tamu, membantu persiapan dapur bersama ibu rakan dan berbagai aktiviti berbaur kegembiraan yang lain. cuma yang menjadi beza, dahulu saya mendiami kediaman orang, kini saya menjadi host kediaman. indahnya zaman belajar...

[permainan yang lebih moden dari permainan kampung;UNO]

[melakukan sesi pembakaran mengenyangkan perut sambil berBBQ]

[hidangan juadah ala-ala perkampungan]

[mandi sungai diganti dengan kolam renang]

adik-adik ini adalah pelajar-pelajar Malaysia di salah satu universiti tempatan di sini. mereka menyifatkan percutian mereka di kediaman saya dan suami hujung minggu lalu sebagai percutian balik kampung moden. sungguh melucukan. mereka juga menggelarkan kami atok dan nenek. tambah lucu. apa-apapun, kami gembira menerima mereka sebagai tetamu, dan mengharapkan peristiwa ini berulang lagi. thanks semua.


2 comments:

Eyrique Ettiqaz. said...

mmg manis utk dikenang.

ila nursalida said...

eyrique: kenangan manis, memanglah manis..cube kenangan pahit, jangan kan nak dikenang, terlintas difikiran pon tak mahu!