::.Da' Sweet Friend Follows.::

Wednesday, February 16, 2011

satu penantian

Kata hatiku selalu membisik kau adalah milikku
Biar lama pun kutunggu saat kedewasaanmu
Daku tak pernah jemu menantimu
Di saat ku sendiri ku bayangkan wajahmu
Terkadang ku berilusi tentang dikau dan aku
(satu penantian,Dwen)

baru je lepas makan nestum. bile makan nestum je mesti rasa macam lepas demam. kenapa ntah. mungkin kenangan saya makan nestum bila takde selera kot. kalau takde selera selalunye demam. tapi hari nih tak demam pon. tapi makan nestum jugak. nestum tuh bau dia sedap. kalau dulu-dulu makan nestum sambil tengok tv dengan abah. cik ilasya selalu buatkan untuk abah. nestum abah mesti pekat. nestum atuk tak pekat sangat. nasib baik nestum nih pesan ngan kak SJ aritu. dia bawak dari tanah melayu. kat sini nandaaaa...uhuks, (mode: rindu kg halaman).

bila dah lama sangat tak balik, benda yang best boleh jadi tak best. tuh sebab emas tuh bukannye best sangat. balik-balik kite dok terkenang batu jugak. ayat nih adalah terinspirasi dari pepatah orang melayu yang selalu sinonim dengan orang dok luar nih. ala yang sultan pahang cakap kat sasa (read:safi salee) waktu dia berpindah ke liga negara lain tuh. pasal hujan and pasal batu dan emas tuh. sapa tak tahu pepatah tuh, baik resign jadi orang melayu. maluuu seh.

bila lama tak balik, benda dulu yang ko tak pernah heran pon ko boleh jadi heran. setakat nestum, dulu-dulu kadang-kadang kalau tak disebabkan raye pastu ibu buat kuih nestum, alamatnya dok penuh jelah tin nestum tuh. kalau takde sekali sekala nak tengok tv ngan abah sambil makan nestum tuh takdek sapa pon nak heran ke dia. bila dah duduk kat tempat yang tak jual nestum nih haru biru plak ngko mahukan nestum itu. itu pun nasib baik tahu ade yang pualang ke tanah melayu boleh le pesan2 dia bawakkan. kalau jenis yang terkurung tak kenal orang dan tak bertegur sapa lagilah ko kempuanan tak dapat makan nestum.

sebenarnya bukanlah nak sangat cerita pasal nestum nih. cuma nak cerita perihal bila duduk jauh dari tanah laman. banyak benda remeh yang selalu kita tak endah. bila dah takde baru kite perasan kita perlukan ia. saya tak kata duduk luar nih tak best. personally i feel granted being the one yang dipilih untuk berhijrah. yelah, kalau namanya pon hijrah, banyak ler perubahan besar yang berlaku dalam hidup. bila Allah takdirkan penghijrahan rasa syukur pasti ada. cerita pasal perubahan tuh kite coret di lain entri.

bila dok jauh, hubungan dengan yang jauh makin erat sebab Allah kasi rasa rindu. rasa rindu dengan orang tersayang kenkadang susah nak di buat-buat tak endah. kalau dok dekat, tak berjumpa setahun pun tak rindu sangat. tuh sebab ade lagu raye yang suruh anak-anak kota pulang ke desa. sebab derang nih walaupun dok jauh, tapi satu negara takde rasa nak balik jugak tengok orang tua. nih sebab jauh, tangan nak capai pon tak sampai. bila dah jaun nih kenangan2 lalu asyik mengetuk pintu hati. perkembangan hidup orang-orang tersayang pon boleh buat kita rasa sayu. buat insan2 yang ditinggalkan saat masih dalam kain bedung kini sudah pon berlari laju. yang dulu waktu ditinggalkan belum pandai melontar kata kini sudah pandai berbicara. terlepas milestones kehidupan itupun buat hati makin sayu. itu belum fikir yang berusia makin dimamah usia. disebabkan kejauhan ini adakah sempat dahi mereka kita kucup sebelum dijemput pergi. Nauzubillah, harap-harap kesempatan masih ada.

wajah yang dimamah usia,
walau nenek telah tiada wajahnya tetap segar diingatan
dan adik fafa pengganti iras nenek



raut wajah-wajah yang dirindu
aku membesar atas tangan mereka


anak-anak pewaris bangsa dan keturunan
milestones yang ketinggalan dihadap secara berdepanan

yang dahulunya rakan berjimba, kini sudah menempuh alam rumahtangga. sayu hati melihat mereka dalam dress perkahwinan. sayu kerana tidak dapat bersama merai hari bahagia.

kau yang kupanggil kakak

kau yang kuanggap adik

kawan, semoga jadi isteri solehah. new person in your live itu is not the same as what you have before. tapi percayalah, mereka (read: the hubbies) telah dicipta untuk melengkapkan hidup kita. you will discover that, percayalah. all the best in your new future adventure life.

ilalliqa' maasalamah


Tuesday, February 15, 2011

allahumma solli

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya


genap 15 hari sudah tiada entri. phew. hari-hari ada membuka blog. hari-hari ada mengadap pc. cuma nandaa hapdet entri. dalam entri terakhir saya catatkan sudah tiada lagi sejuk dingin. ku sangka panas sudah menjenguk datang, rupanya sejuk belum mahu pulang.

ya, saya masih lagi menikmati momen-momen indah berselimut dan berbaju tebal. masih lagi bergigigilan kesejukan hingga tiada entri yang dicoret untuk tatapan. banyak mahu bicara, banyak mahu cerita. hari ini hari libur buat semua yang di sana. tapi buat kami yang di sini tiada liburnya, hari-hari kerja.



kata sesetengah pihak, sambutan maulidurrasul itu bidaah. tapi apa yang saya tahu berselawat ke atasnya dan sentiasa ikut sunnah-sunnah yang digarisi lebih memberi pahala berganda. mari berselawat hari-hari sambil anda cuti-cuti.


Tuesday, February 1, 2011

fi amaanillah

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan (Surah Hud: 113)


cuaca di sini tidak lagi sesejuk minggu-minggu lalu. suhu sudah semakin meningkat. keadaan yang kata orang sedang-sedang molek, tak terlalu sejuk juga bukan panas membara. namun, saya di sini sedang dibarakan dengan berita krisis yang sedang melanda Mesir.


[Tahrir Square, Mesir]

Alhamdulillah, saya di sini sedang menyaksikan siaran langsung keadaan yang berlaku di perkarangan Tahrir, Mesir di mana puluh ribu rakyat berkumpul sebagai tanda protes mendesak pemerintah Hosni yang tidak Mubarak untuk berundur. perhimpunan ini dipercayai bukanlah diterajui oleh mana-mana parti politik, ianya adalah semata-mata suara dari anak-anak muda Mesir yang mahukan sebuah perubahan berlaku di tanah air mereka.

bagi yang ingin mengetahui latar belakang apa yang terjadi di sana boleh baca cebisan artikel di bawah yang dipetik dari karangan Tuan Guru Haji Nik Aziz,

  • Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

  • Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

  • Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti denganrahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

  • Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

  • Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

  • Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

  • Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

  • Sekian, wasalam.
    Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M






    sumber dan lagi gambar klik sini

    saya berdoa agar rusuhan ini segera berakhir, dan perubahan segera berlaku. wahai pemimpin sedarlah, dengarlah suara rakyat anda. saya dan seluruh rakyat Malaysia kini sedang merisaukan nasib pelajar-pelajar kita di sana. semoga mereka semua selamat dan aman hendaknya.

    fi amaanillah
    wallahua'lam